Pagi ni tergerak hati nak timbang berat badan. Nak timbang berat badan ni seram. Risau bertambah! Baru-baru ni pun sakit dan kurang selera makan. Jadi, apa salahnya kita mencuba. Ye tak?
Kalau tengok graph dibawah, jarang sekali saya nak timbang berat badan. Beberapa bulan baru timbang. Bulan ni dua kali timbang. Kali terakhir awal bulan haritu sebelum jalani intraocular lens (IOL) surgery mata kanan.

4 Oktober - 4 November tu berat badan naik 0.6 kg. Mujur sebulan tu tak naik banyak. Sebelum tu turun dan turun je. Kita dah lega dah tengok. Tiba pulak naik. Sekarang dia turun kembali dari 4 November-28 November turun 1.1kg. Alhamdulillah...
Banyak lagi nak kena turunkan berat ni baru boleh mencapai BMI yang ideal. Entah mencapai entah tidak. Ingatkan berat naik sebab kita pun dah lama tak bersenam. Ye lah kena berpantang dari buat aktiviti selepas surgery.
Agaknya sebab kurang berselera dan makan pun banyak rebus-rebus dan jaga makan sikit. Minum air masak banyak. Sehari saya boleh habiskan 3-4 botol air spritzer 1250ml tu. Kadang kurang sikit dari tu. Letih nak ke toilet masalahnya kalau minum air banyak ni.
Kurangkan pengambilan gula. Itu yang turun juga berat walaupun tak bersenam. Kena jaga makan je lah buat masa ni sebab masih tak boleh bersenam.
Briskwalk tu boleh tapi nak keluar tu malas lah pula. Apa nak jadi lah dengan malas tu kan. Apa apa pun turun berat badan satu pencapaian jugalah walaupun tak banyak.
Saya guna penimbang digital Xiaomi Body Composition Scale S400 connect dengan apps sekali. Senang ada record. Selain ukur berat badan, boleh tahu BMI, heart rate, body scare, body mass water, body water, fat mass, protein mass, muscle mass dan macam-macam lagi.
52 تعليقات
Tgk graf tu mcm byk jugak progress tu fiza.. semoga istiqamah amalkan hidup sihat ye
ردحذفYa, so far dia turun dan turun. Cuma ada sesekali naik sikit. InshaAllah...Semoga kita sihat-sihat je hendaknya. Aamiin...
حذفBila jaga makan memang senang berat turun. Lagi2 kalau berpantang makan.
ردحذفBetul. Jaga makan dan minum air masak banyak, kurangkan gula mesti akan turun berat juga kan. Alhamdulillah.
حذفTurun 1kg,, Luar biasa mba, semangat nurunin berat badannya ;)
ردحذفAlhamdulillah...syukur ada penurunan.
حذفPenuh perjuangan, semangat terus perempuan hebat!
ردحذفMencabar prosesnya berperang dengan nafsu makan. Tapi kalau tak berselera ni kurang sikit rasa nak makan macam-macam.
حذفakak ni pun br balik travel risau nak check sebab takut tercabut penimbang tu.
ردحذفBalik dari travel, tak disarankan. Dah tentu kita makan macam-macam kan. hihi...
حذفwah bestnya penimbang tu
ردحذفYa, bagus sangat. Recommended!
حذفBanyak jugak tu Fiza, turun 1.1 kg 👏🏽
ردحذفSeronok rasa bila tengok ada pengurangan berat.
Akak guna penimbang smart digital jugak, bagus kan kita boleh pantau terperinci. Tapi itulah, penimbang dah bagus tapi kita yang tak bagus berat asyik naik 😅
Kira bolehlahkan tu dalam masa hampir sebulan dan tak bersenam. Betul! Seronok rasa kalau berat badan turun. A'ah senang nak pantau berat badan dan yang lain-lainnya bila guna smart digital weight scale. hihi..harap tak naik dahlah. risauuu...
حذفSy berat turn jgk
ردحذفAlhamdulillah.
حذفlast week MZ was on diet for 5 days dan sempat jugak turun 2 kilos, then gi cuti2 sabah2 so off diet...kena restart balik hari isnin nanti laaa
ردحذفWah, awesome turun 2kg tu. Banyak! Alamak, kalau travel tu memang rosak dietlah. Kena mula diet semula camtu. Selamat berjuang kembali.
حذفAlhamdulillah...dpt turun bb dgn jaga makan...byk jg 3-4 botol sehari..selalu ke toilet tu yg payah sikit tapi utk kesihatan, kena bertabah..
ردحذفAlhamdulillah..A'ah, banyak juga. Tapi tak lebih dari tu rasa tak larat nak minum banyak dan ke toilet banyak kali. huhu...
حذفOk nak cari timbangan Xiaomi ini juga 🤩🤩🤩. Bagus kalau ada feature fat mass juga 👍👍. Biasanya timbangan begini cuma ada di gym. Tp yg di gym agaknya versi mahal lah.
ردحذفNak beli buat yg di rumah saya
Sila cari Fanny. Bagus sangat untuk kegunaan di rumah seisi keluarga. Boleh add banyak users dalam apps.
حذفTahniah Fiza dapat turunkan berat badan. KSarie ni udah la tidak bersenam makan macam bela hantu raya pula. Entah bila dapat turunkan berat ni😅
ردحذفAlhamdulillah. Hihi..tapi banyak berjalan tu dan sibuk kira exercise lah juga bakar kalori. No problem.
حذفpenat juga nak jihad cut sugar ni.. moga beroleh kesihatan yang baik..
ردحذفBetul. Mencabar betul. Tapi kita cubalah mana yang mampu.
حذفTahniah, Fizah. Semoga istiqomah kurangkan gula dan makan sihat. 👏👏💪
ردحذفBagusnya, ada penimbang digital sekali dengan app. Akak masih pakai yang manual punya.
Alhamdulillah.
حذفTerima kasih Kak Nur. Harap dapatlah konsisten. A'ah senang ada penimbang smart digital ni. Boleh pantau semua. Ada rezeki bolehlah upgrade nanti.
Makin kita meningkat usia makin metabolisme semakin kurang jadi ok lah boleh turun tu. Harap2 boleh turun lagi dan lagi....insya allah....
ردحذفBetul tu. Syukur juga ada kurang sikit berat badan tu.
حذفInshaAllah...
Canggih sangat penimbang ni... penimbang uncle masih guna jarum lagi... (malu)
ردحذفOkaylah tu uncle, ada juga alat penimbangnya.
حذفNani baru je turun lepas tu pergi staycation eh terus naik sebab makan lewat malam. Hehe..
ردحذفTapi pengambilan gula tu betul. Kalau kurangkan inshaAllah kejap je turun dan juga jaga makan (small portion) walaupun tak bersenam tetap boleh turun berat.
Kalau bercuti, auto diet kelaut dan berat badan naik kan. Kena mulakan semula lah ni. Betul, jaga pemakanan tu paling penting kan.
حذفSeronok bila timbang pastu nampak banyak yang turun... kalau akak 2kali sehari wajib timbang masa hd heheheh
ردحذفBetul. Seronok lain macam! Ohh kiranya sebelum dan selepas ye Kak Dana.
حذفKak SA ni kejap naik kejap turun sampai dh malas dh nak monitor..kalau turun mendadak turunnya..naik pun bukan main cepat lagi naiknya sudahnya lantak la...hahaha
ردحذفTahu-tahu turun, tahu-tahu naik je ye. Saya pun timbang kalau rasa macam dah kurang je. Kalau rasa berat, seram juga nak timbang tu. hihi...
حذفAkak cam dah taknak kawan dengan penimbang tu.. berat mata memandang😅
ردحذفHahaha..kesian penimbang tu akak pulaukan dia. Tak baik tau. Tapi takpelah, kita nak kurangkan beban bahu memikul ni kan.
حذفtuuu diaaaa dah turunnnn tahniahhh!!!
ردحذفni rasa bersemangat nak kurus jugakkkkk😁
Alhamdulillah.... Seronok lain macam kalau berat turun kan. Jom kita kurus bersama Anies.
حذفtahniahnye dh kurus sikit cikkak fizah kita. hehe
ردحذفAlhamdulillah..Ada jugalah turunnya kan wak.
حذفAlhamdulillah. Moga Fizah tambah sihat. Best betul kalau dapat turunkan berat badan.
ردحذفSaya ni berat sungguh nak melangkah keluar rumah untuk briskwalk. Kebelakangan ini hanya buat senaman basikal dalam rumah sahaja. Dapatlah bakar kalori keluarkan peluh sikit-sikit.
Mudah-mudahan. Aamiin..Terima kasih kak Amie.
حذفItulah, seronok rasa berat badan turun. Kira okaylah tu kak Amie dpat bersenam dalam rumah, yang penting bakar kalori tu. Saya ni masih tak boleh bersenam berat-berat. Nak angkat dumbell pun risau. huhu...
yeayyy...kekalkanlah makan rebus2 tu. senang sikit kerja didapur. nak membasuh pun senang tak berminyak-minyak.
ردحذفHihi..kan! Tak payah nak bersusah payah masak. Tapi tulah jemu juga. Sesekali bolehlah kot bergoreng sikit.
حذفYa Allah larat Aphizha minum sampai 4 liter ek? Akak minum kalau minum yang 1 literpun rasa macam kembung perut.
ردحذفBagusnya banyak turun berat walaupun kurang bersenam.
Kadang rasa kembung juga. Tapi paksa jugaklah minum air banyak. Kalau dah biasa tu okay je. Alhamdulillah...Banyak lagi kena kurangkan ni kalau nak capai BMI ideal.
حذف80% mmg Dari pemakanan kan kalau nak kurus tu .huhu...Pernah minum air Sebanyak itu .mmg letih nak ke toilet...haha..Skrg sy dh semakin mengembang..tak semangat nak diet..Sonbbssss
ردحذفMinum air masak banyak tu okay. Yang tak ok tu kalau kerap ke toilet, jenuh lah kan. Hihi..sempat lagi tu nak mengecil lagi nona.
حذف