Usai urusan di KPJ, singgah makan dulu. Kat mana lagi kalau bukan di LaPaROTI. Dah tu je tempat makan yang ada dalam kepala ni. Tak boleh fikir tempat lain dah. Sebab dekat dengan rumah pun ye. Senang on the way balik rumah, singgah je situ.
Lambat sikit makan tengahari lebih kurang jam 2 petang lebih macam tu. Perut pun dah berbunyi-bunyi meminta-minta.

Tak ramai orang masa kami sampai. Duduk jauh sikit dari meja lain. Lebih suka privacy gitu sambil healing makan tepi sungai.

Kalau dah sampai di LaPaROTI mestilah pesan nasi khao mok. Takkan tidak ek. Inilah menu kegemaran kalau datang sini. So far tak pernah mengecewakan. Harap kekalkan lah kesedapan tu.

Dapatlah layan suasana tenang tepi sungai. Budak-budak paling seronoklah datang sini sebab dapat main buaian.

Sekarang kawasan makan dah diperbanyakkan, ada yang dah berbumbung. Nampaknya makin ramai lah orang datang makan di sini. Yang tak bestnya kadang parkir penuh. Kalau parkir penuh, bungkus je lah jawabnya.

Kami beli juga roti. Tak sempat nak ambil gambar, dah ngap dulu. Gebu dan lembut rotinya. Patutlah orang ramai beli. Dulu-dulu mereka bermula dengan jualan roti, itu yang nama LaPaROTI kot. Sekarang dah meriah menunya. Macam-macam ada.

20 تعليقات
Wah, layan selera dengan nasi khao mok lagi. Kalau memang sedap, rasa selalu nak ulang makan di situ kan Fizah.
ردحذفHihi..begitulah kan kak Amie. Dekat juga dengan rumah pulak tu. Selalulah singgah.
حذفNampak sedapnyer menu nasi khao mok
ردحذفSedap wak. Ulang-ulang dah membeli. hihi...
حذفKalau kedai makan yang sedap yang kita boleh tersinggah beberapa kali kan. Roti apa yang dijual tuh Fiza? Macam bun kah?
ردحذفBetul tu KakSarie. Macam-macam jenis roti ada kak. Pernah cuba roti golok. Sedap!
حذفEh dia dh few times makan kat situ, ammi yg tak sampai2 lagi
ردحذفMaknanya Ammi kena sampai jugak tu nanti.
حذفMemang syok ni makan tepi sungai.
ردحذفBetul, suasananya tu lebih mahal.
حذفHehe setia dengan nasi khao mok. Alhamdulillah kualiti tidak berubah.
ردحذفHihi..itu je yang rasa nak makan kalau datang sini. Tak nampak menu lain dah. Syukur rasa dia tak berubah.
حذفRepeat banyak kali tu, confirm sedap nasinya. Macam pokok durian, yang tepi sungai tu.
ردحذفA'ah. Sebab sedap tu yang rajin datang sini. Tak pasti pulak kak. Tengok daun macam ye, macam tak.
حذفsebab sedap sangat nasi khaomok, tu yg selalu repeat kan. portion pun besar setalam tu haha!
ردحذفroti apa yg special kat sini? :D
Tahu takpe. Situlah je lah kami repeat datang makan. Takpun bungkus kalau ramai. Portion dia besar makan berdua pun kenyang tau. Kena datanglah kalau nak tahu apa yang special. Saya pun baru cuba beberapa je. Tak tahu mana yang special. hihi...
حذفKalau sedap, memang sukaaaa lah nak repeat. Saya penasaran dengan rasa nasi Khao mok 😍😍😍. Liat platingnya nampak sedap pun 🤤🤤
ردحذفKalau Fanny datang Seremban bolehlah cuba nasi khao mok ni. Mesti suka.
حذفpuas tu 1 talam makan berdua...
ردحذفbtw nasi khaomok mmg sedap... dah rasa sekali pasti nak repeat ;-)
Taklah Anies. Sepinggan sorang. Saya tunjuk yang saya punya je sebab menu kami sama. hihi...Betul, sekali dah rasa mesti nak makan lagi dan lagi.
حذف