Dua minggu lebih selepas consult dengan Doktor pakar mata, datang janji temu untuk Pre-Assessment Intraocular lens (IOL) Surgery. Buat beberapa ujian lagi untuk mata dengan menggunakan alatan khas. Kemudian sesi berunding lagi dan lagi.
Doktor terangkan dengan lebih lanjut lagi rawatan, proses dan keputusan ujiannya. Agak lama juga prosesnya termasuk masa menunggu, dari jam 9 lebih sampailah jam 2 lebih. Keluar masuk bilik doktor, pergi sana sini. Kita ikutkan je lah.

Sabar menanti bila nama dipanggil. Ingatkan tak ramai orang sakit mata ni. Setiap kali datang mesti akan ada beberapa orang lagi untuk buat rawatan. Macam-macam jenis sakit mata ada.

Intraocular lens (IOL)
Jenis-jenis IOL
- Monofokal – untuk membetulkan penglihatan pada satu jarak, kebiasannya untuk rabun jauh
- Multifokal / Trifokal – membolehkan penglihatan dekat, sederhana dan jauh tanpa memakai cermin mata
- Toric – direka khas untuk pesakit astigmatism
- Extended Depth of Focus (EDOF) – memberi julat penglihatan yang lebih luas dengan penglihatan pertengahan yang lebih baik
- OCT Machine
- IOL Master/Biometry
- Procedure Opthmal

Masuk laser room dalam opthalmology room untuk scan ukuran mata kiri kanan kornea-retina, ukur saiz, bentuk dan kira power kanta yang tepat. Dan macam-macam jenis ukuran lagilah.
Tak arif sangat term untuk rawatan mata ni. Nak terangkan pun sikit-sikit je yang faham. Cuma berharap segala urusan Allah permudah dan baik-baik saja.
Tapi masa buat test dalam laser room tu jenuh lah kita menahan mata terbuka daripada berkelip sampai berair mata dibuatnya. Kena pastikan ukuran semua tepat. Seterusnya menunggu hari untuk dibedah. Risau betul dibuatnya. Dup dap dup dap...
Nak tanya, kalau kita preview blogpost ni memang tak boleh scroll ke camne? Ke saya je mengalami masalah ni. Payah betul kalau kita preview dia keluar sekerat atas je.
Jumlah kos : RM700 lebih + RM600 lebih
27 تعليقات
Moga dipermudah kan semua urusan nya ya Fiza. Pasal preview tu, tak reti lah. Kurang arif, nak tukar template lawa2 macam bloggers lain, tak berani. Maintain yg classic ni je.
ردحذفAamiin...Terima kasih untuk doanya.
حذفBaik, saya faham.
Maknanya kanta baru ni lekat terus dekat mats ye? Bukan macam contact lens tu... Maaf Akk ty, curious.
ردحذفPasal preview tu Akk pun tak sure la Fiza. Lepas edit, terus post je Akk ni.
Ye, betul. Permenant dalam mata. Rawatan lasik tu yang macam contact lens kalau tak silaplah sebab dia bahagian atas.
حذفohh tak pernah preview ek. Okay, takpe². Terima kasih menjawab.
semoga dipermudahkan.. teringin juga nak free cerin mata, tapi tulah.. tak pernah tanya @ riki2 mata kita macam mana. kalau ikut, power tu tak tingi mana pun..
ردحذفpasal preview tu, sama macam PH, linda pun jarang preview.. terus post je.. hahaha.. kalau baca balik ada salah ejaaan ke apa, edit je.. sebab entry kita ikut suka je..takde perenggan2 macam sis fiza punya
Aamiin... Terima kasih Linda.
حذفImpian setiap pemakai cermin mata nak bebas cermin mata kan. Semoga tercapai juga hajat Linda. Aamiin...
Oh ye ke? Ingatkan semua orang preview post dulu sebelum pubslish. Baik²..faham. Terima kasih respons.
Lebih kurang macam lasik la ye, sebab tak perlu pakai spek dah? Semoga Fizah baik-baik saja dan selamat menjalani operation mata ni, ya. Preview blogspot di handphone ok je, keluar macam biasa.
ردحذفBetul, kalau buat surgery ni pun tak payah pakai cermin dah. InshaAllah...
حذفAamiin..Terima kasih Kak Nur.
Oh ye ke Kak Nur. Pelik pulak tiba-tiba preview sekerat atas je tak boleh scroll kebawah. Ada lah tu technical error kot kan.
Alhamdulillah
ردحذفSemoga cerah penglihatannya selepas rawatan ini
InshaAllah..mudah-mudahan. Aamiin...
حذفTerima kasih wak.
حذفbab2 operate mata ni i memang takut laaa...moga smooth semuanya yer ur operation tu nanti insya Allah
ردحذفSaya pun takut juga. InshaAllah...Aamiin... Terima kasih.
حذفBanyak eh proses. Tq kongsi. Akak baru tahu. Wah lepa ini Aphizha bebas bercermin mata.
ردحذفA'ah. Banyak dia punya process. Sama-sama kak Wina. InshaAllah...
حذفMoga baik2 ajer ya....
ردحذفMudah-mudahan. Aamiin...Terima kasih kak.
حذفDah boleh ke belum preview tu.. akak rasa blog akak boleh skrol preview. Tupun blog basic je takde canggih cam Fizah punya.
ردحذفBelum lagi kak. Agaknya technical error atau template problem. Padahal tak usik apa pun. Tiba-tiba lak dia jadi tak leh full preview. Ada masa nanti baru sambung belek. Sekarang tak dan.
حذفboleh tahan jugak kos baiki mata ni.. tapi seronokla nanti dah tak payah pakai spek. ni kira lasik jugaklah kan?
ردحذفYe, betul. Harga perubatan semua tak murah. Medical card pun semakin menaik juga.
حذفInshaAllah, lepas ni boleh bebas tanpa cermin mata. Lasik atas mata, luaran. Saya buat tukar kanta, dalam mata.
Rasa macam masuk kelas medic mata, banyak sungguh terms gagal ku faham.
ردحذفKu doakan semua yg terbaik buat kamu okey dak comel sgt. Suka tui tgk dia.
Saya pun baru je belajar semua terms ni. hihi..ada yang kena buat-buat faham je. InshaAllah..semoga semuanya baik-baik je. Terima kasih Sya..Eh, dia yang comel. Kita pulak. heee
حذفOh maknanya kakak JD lasik yaaa? Saya pikir Krn nak operasi katarak minor yg kemarin. Aduuuuuh galau saya, teringin tapi takuuuuut hahahaha.
ردحذفSaya biasanya preview sebelum post. Tp saya kan di wordpress. Jadi tak tahu beda nya dengan blogspot. Kalo WP pasti terlihat semua sampai ke bawah
Tak jadi lasik, buat IOL surgery juga. Ya, IOL ni under cataract juga. Kiranya untuk katarak juga. Saya pun takut sebenarnya. Memberanikan diri jugalah untuk kemudahan akan datang."
حذفSamalah kita suka preview. Tak sama pulak Fanny guna wordpress. Saya punya kes ni baru jadi. Tak tahu kenapa. Dapat preview sekerat atas je. huhu...
berapa lama kena tahan mata tu supaya tak berkelip?
ردحذفDalam seminit lebih jugaklah. Kita ni mana tahan kan..mesti nak berkelip. Kena la juga bertahan.
حذف