Seminggu lepas follow up pertama hari tu, kena datang lagi jumpa doktor pakar. Nak tak nak kenalah datang juga untuk check keadaan mata. Mana boleh kite mamandai-mandai kata dah okay. 

Mujurlah tak jauh sangat dari rumah mudah nak ulang-alik. Tapi kalau jem, dari 15 minit boleh jadi dekat 30 minit, boleh jadi 1 jam juga. Terutamanya hari bekerja sebab nak sampai ke sana banyak melalui jalan utama yang sibuk. Sabar je lah.

Follow Up Kedua Selepas IOL Surgery

Macam biasalah pergi daftar dulu barulah pergi ke klinik. Hari Sabtu boleh tahan ramai juga macam hari biasa. 

Follow Up Kedua Selepas IOL Surgery

Doktor check penglihatan mata samada boleh baca jauh atau dekat. Banyak juga perubahan positif. Bagus doktor kata ada banyak yang boleh baca. 

So far untuk jarak jauh saya rasa macam dah semakin jelas. Cuma jarak dekat tu lah nak kena adjust jarak baru dapat baca. Tapi masih kabur dan tak betul-betul jelas. Itu akan ambil masa lagi. Power mata sebelah kanan pun dah hampir 0. 

Doktor check juga keadaan mata guna mesin khas. Luka dah baik dan keadaan mata okay. Tekanan mata pun okay juga. Alhamdulillah...

Dah bolehlah solat macam biasa dan cuci muka dan rambut macam biasa kena air. Cumanya kita ni risau masih berhati-hati kalau nak ambil wuduk, bersihkan muka dan rambut. Tetap bersopan santun dan berkhemah. Tak boleh lasak-lasak.

Bab masak pun saya masak yang mudah-mudah je. Rebus-rebus je. Nak tumis pun risau juga takut terkena mata. Tunggulah rasa dah betul-betul okay baru memberanikan diri. Kita makan ringkas-ringkas je lah. 

Tapi sakit tekak ni, kurang selera pulak nak makan. Ada hikmahnya jugalah tu kan. Kita fikir positif je lah. Apa-apa berlaku semua dengan izin Allah. 

Syukur mata dah tak sakit dah. Kena rajin titiskan ubat. Ubat titis pun doktor pesan dah boleh kurangkan letak. Dari setiap 2 jam kepada 4 jam sekali je. Ubat antibiotik tak perlu letak dah sebab luka dah sembuh. 

Kemudian set tarikh untuk surgery mata sebelah kiri pula, dalam minggu ni. Dup dap dup dap menunggu hari. Semoga kesihatan saya baik-baik je dan Allah lancarkan segala urusan kami. Aamiin...