Masa tengah rehat ni kalau tengok handphone bahaya juga. Tak TikTok, shopee. Lepas tu mulalah shopping itu ini. Kannn...
Mencari makeup skincare organizer storage, berkenan dengan jenis bertutup ni. Nak jaga barang daripada kena habuk. Kalau nak bersihkan pun cuma bersihkan bekas je nanti.

Elok muat botol yang tinggi pun pada bahagian atas. Sedap sikit mata memandang bila barang tersusun kemas dalam bekasnya dan terjaga dari habuk.
Mencari makeup skincare organizer storage, berkenan dengan jenis bertutup ni. Nak jaga barang daripada kena habuk. Kalau nak bersihkan pun cuma bersihkan bekas je nanti.

Barang makeup tu tak ada dah. Saya letak perfume dan skincare je lah. Percaya tak kalau saya cakap ada lipstick sebatang je. Foundation, bedak dan lain-lain habis saya buang. Semua dah expired dan saya pun tak perlukan makeup dah sejak allergic.
Biasa pakai moisturiser je. Sunscreen pun tak pakai dah sebab mostly tak serasi dengan kulit yang akan membuatkan allergic juga sebab ada chemical reaction gitu. Senang kerja nak bersiap.
Biasa pakai moisturiser je. Sunscreen pun tak pakai dah sebab mostly tak serasi dengan kulit yang akan membuatkan allergic juga sebab ada chemical reaction gitu. Senang kerja nak bersiap.
Jimat nak membeli makeup semua tu. Nak ambil wuduk pun senang dan cepat bersihkan moisturiser je. Tak payah nak makeup remover bagai. Kita fokus jaga kulit dengan skincare je sekarang.
Sebenarnya storage ni saya cari jenis full transparent tapi out of stock pulak. Pilih warna putih je lah nampak aesthetic sikit. Banyak juga barang dapat letak dalam ni. Ada 3 laci boleh letak barang-barang perhiasan dan sebagainya.
Elok muat botol yang tinggi pun pada bahagian atas. Sedap sikit mata memandang bila barang tersusun kemas dalam bekasnya dan terjaga dari habuk.
Ambil gambar bekas je lah. Gambar selepas susun malas nak ambil. Boleh?
32 تعليقات
Abang Mu'az ada beli ni, untuk kegunaan dia sendiri .
ردحذفBaguskan. Tak berabuk barang kita.
حذفsama macam ammi punya tapi ammi punya warna hijau. Ingat masa kotak ni sampai, suami ammi cakap "awak order mangkuk tingkat ke?" hahaha
ردحذفAmmi dan hijau berpisah tiada. Warna favourite Ammi kan. Lahh mangkuk tingkat perginya. hihi..
حذفakak pun tengah cari jugak jns bertutup mcmni, kalau tak tak sampai seminggu dah berhabuk...
ردحذفSehari pun boleh datang habuknya kak Dana. Jenuh nak lap habuk. Bagus ni ada satu simpan barang-barang makeup dan skincare.
حذفComey ni..Sy beli utk exchange gift tahun lepas =D
ردحذفMesti penerima seronok dapat gift ni.
حذفDah lama tengok make up organizer ni tapi tak boleh beli lagi. Nanti berebut dengan Naura. Dia pun ada la akalnya nak letak barang apa. Kalau Naura nak, Aryan pun nak juga. So mommy cancel je beli. Hehe..
ردحذفTengok masa tengah viral dulu make up organizer ni. Cantik dan tak berhabuk barang barang make up. Lebih terjamin kebersihan tu sebab dalam bekas tertutup..
Alamak, payah pulak tu. Takkan nak beli 3 pulak kan. hihi..hold dulu tunggu mereka besar. Tak tahu pulak pernah viral. Betul, barang pun tak berhabuk.
حذفMenarik jugak. Saya beli tipuware. Taruk barang-barang dalam tu. 😂
ردحذفPun boleh. Janji barang tak kena habuk.
حذفNice ... Color tu lawa
ردحذفYa, warna putih cantik dan easthetic.
حذفCuya ada satu, semestinya warna pink. Hehe
ردحذفCuya letak perfume dan macam2 lagi la. Penuh setiap laci
Ada juga warna pink tapi sebab rumah kita tema hitam putih. Jadi, pilih putih baru sepadan. Memang penuh bekas tu dengan barang-barang kita yang banyak.
حذفawat tak pilih pink?
ردحذفfiza kan suka dgn kaler pink ;-)
Sebab tema dalam rumah putih dan hitam. So kena pilih antara dua warna tu je lah. hihi...
حذفcute jer sbb transparent tu...MZ suka jugak beli make up tp bab2 pakai, setakat pakai foundation dan bedak, lipliner dan lipstick ajer! utk gi keje hari2 tu
ردحذفTransparent tu yang senang nak tengok barang yang kita letak. Kalau bekerja luar memang kena bermakeup, barulah nampak berseri sikit kan.
حذفSayapun rasanya perlu beli yg ada tutup nih. Kemarin sempat beli, tp ternyata terlalu kecil pula. Jadi tak terpakai. Apalagi skincare dan body care saya yg full size, besar2 size-nya. Susah cari tempat tertutup yg memang sesuai. Pernah sekali jumpa, tp mahal sangat 🤣. Agaknya sesuai utk orang yg profesinya MUA . Kalau yg pakai makeup hanya utk diri sendiri, tak worth it lah
ردحذفKena beli yang besar Fanny, baru puas hati dapat letak semuanya dalam bekas bertutup. Sesuai dan berbaloi juga Fanny kalau untuk personal. Banyak je barang boleh letak, terjaga dari habuk.
حذفAla....baru nak tengok gambar selepas disusun barangnya😅Menarik transparent storage macam ni. Comel dan senang nak tengok apa yang ada dalam tu
ردحذفHihi..dah susun tak rajin pula nak ambil gambarnya. Maafkan saya.
حذفCantikk nk tgk gmbr skincare pula
ردحذفGambarnya tak ada. Saya tak ambil.
حذفEh ni sama macam Dania punya lebih kurang..akak memang xde dah la benda ni..dh malas nak mekap...faktor umur kot
ردحذفSaya tak letak barang makeup, skincare , perfume dan barang perhiasan je. Saya pun tak bermakeup dah. huhu...
حذفCantik bekasnya.
ردحذفTak bubuh barang make up, jadi tempat letak barang lain pun ok juga ni.
Betul, letak barang lain pun okay untuk jaga barang dari berhabuk.
حذفAkak ada satu, tapi tak banyak compartment macam Fizah punya. Letak benda kecil² elok, macam brooch, sepit dan getah rambut satu tempat dan tak kena habuk.
ردحذفYang ni banyak compartment dan besar. Dalam laci tu saya letak brooch, sepit, pin dan getah rambut.
حذف