September, bulan kesembilan dalam kalendar tahunan. Kita akan menempuhi 30 hari di bulan September dengan entah apa ceritanya. 3 Bulan lagi akan menyusul pula buku baru di tahun baru. Masa berlalu pergi bagai ditiup angin.
Selamat bercuti warga Selangor pada 1 September sempena cuti peristiwa/tambahan negeri sempena SUKMA XXII. Encik Suami cuti, kita pun kena tempias jugalah bercuti sama. Merasalah orang Selangor long weekend kan sampai Selasa sambung cuti Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos.
Selamat bercuti warga Selangor pada 1 September sempena cuti peristiwa/tambahan negeri sempena SUKMA XXII. Encik Suami cuti, kita pun kena tempias jugalah bercuti sama. Merasalah orang Selangor long weekend kan sampai Selasa sambung cuti Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos.
Cuti pun tetaplah kena buat kerja juga. Nak kemana-mana pun jem sana sini sebab dah bermula cuti sekolah. Ramai yang ambil peluang ni untuk bercuti bersama keluarga. Selamat bercuti semua.
16 September kita akan bercuti lagi sempena Hari Malaysia 2026, hari Rabu. Nampaknya tak bolehlah nak mengelat cuti long weekend. Tapi okaylah ada cuti daripada tak ada, kan!
Bulan September bakal sibuk semua dengan pelbagai urusan. Belum apa-apa lagi saya dah terbayangkan kepenatan tu. Semoga segala urusan Allah permudah. Aamiin...

September
Some battles area carried quietly and kindness is the light they hold on to

Gentle Remembrance
So as for orphan, do not oppress —Ad-dhuha 93:9
I like how kindness often begins with remembering. Everyone is fighting silent battles we cannot see. I hope to meet others gently, with the same care I once needed too.
Cuti umum/ Public holidays September 2026
- 1 September 2026 – cuti peristiwa/tambahan negeri sempena SUKMA XXII
- 16 September – Hari Malaysia (Cuti Umum)
- 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
- 30 September – Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
Sambutan pada bulan September
- 5 September – Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)
- 10 September – Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (World Suicide Prevention Day)
- 11 September – Sambutan Hari Patriot (Patriot Day)
- 15 September – Sambutan Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy)
- 16 September – Sambutan Hari Malaysia (Malaysia Day)
- 16 September – Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
- 21 September – Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
- 21 September – Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)
- 22 September – Sambutan Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
- 26 September – Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)
- 27 September – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)
- Ahad Terakhir September – Sambutan Hari Sungai Sedunia (World River Day)
- 28 September – Sambutan Hari Penyakit Anjing Gila Sedunia (World Rabies Day)
- 29 September – Sambutan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)
24 تعليقات
Selamat Hari Merdeka!
ردحذفDan selamat menyambut bulan baru, September. Semoga yang manis2 dan baik2 utk kita semua
Selamat Hari Merdeka dan selamat menyambut bulan September juga.
حذفInsya Allah. Aamiin...
Salam Kemerdekaan buat Malaysia..
ردحذفSelamat datang September..
Moga yang manis-manis untuk Fiza akan datang
Selamat menyambut Hari Merdeka ke-69 tahun.
حذفInsya Allah. Aamiin...
16/9 tengah minggu tak syok la nak menyelit cuti panjang dari weekend tu kena apply cuti sendiri.
ردحذفKann..tak syok cuti tengah-tengah tu.
حذفOoo bln Sep kita rileks sket... msk oct & nov mmg bulan yg bakal bizi so sementara rilek ni kita chill² je ka keje ye haha
ردحذفKena betul-betul rehat tu Kak Ret sebelum sibuk melanda.
حذفSeptember kali ini saya sedih sebenarnya, trip saya ke Mongolia kena cancel. 😔. Semua dah bayar, tp memang belum rezeki. Saya dan teman akhirnya switch plan , hanya saja nak eksplor pulau Jawa 😅. Sebagai ganti yg Mongolia. Semoga baik2 saja September tahun ini buat kita yaa
ردحذفAamiin...
حذفSaya tumpang sedih juga. Of course sedih dan kecewa kan. Ada hikmahnya sebab cancel tu.
Semoga nanti dapat ke sana juga. Takpelah, liburan di tempat lain dulu Fanny.
September bulan kelahiran Linda dan our first born...hadiah tahun ni, Linda dapat transfer..Alhamdulillah..
ردحذفWah..mesti menghitung hari ni. Dapatlah celebrate sama-sama kan nanti dah pindah Perak. Alhamdulillah. hadiah paling berharga tu Linda.
حذفSemoga yang molek-molek untuk kita semua di bulan September 2026 ini
ردحذفInsya Allah. Aamiin...
حذفSekejap je masa berlalu kan
ردحذفYe, sekejap je dah masuk bulan September.
حذفseptember istimewa sbb bday month my hubby ;)
ردحذفWah mesti counting days ni kan.
حذفSemoga yg baik baik September 2026 ni..Aamin!
ردحذفHopefully. Aaamiin...
حذفammi pun kerja Selangor juga tapi tak cuti sebab ada submission di KL. Hmmm kenalah masuk kerja kejap je pastu kita gi berdating dengan Linda
ردحذفOhh kenalah juga masuk kerja kalau macam tu. Tak cutilah nama dia. Tapi dapatlah jumpa Linda sekali alang-alang tu kan.
حذفdiam x diam 2026 tggl 3 bln je lg
ردحذفKann..sekejap betul masa berlalu.
حذف