Sebelum pergi makan malam di Rengit Coffee beli dulu minuman di Kopi Kenangan (KopKen)/ Kenangan Coffee di Dataran Centrio Seremban 2 dah alang-alang dekat situ. 

Setakat ni dah ada 4 cawangan Kenangan Coffee di Seremban. Seremban Gateway, Bandar Prima Senawang, Centrio Seremban 2 dan Rasah Prima. Senang nak membeli Kenangan Coffee dimana-mana. 

Ada nampak Kenangan Coffee promosikan moncha ni (monster+matcha) mungkin? Kempen ni dinamakan Moncha’s Matcha Era yang terdiri daripada :
  • Matcha Pistachio Latte
  • Matcha Chocolate Latte
  • Matcha Black Sesame Latte
  • Matcha Sparkling Lemon Tea
  • Matcha Creamy Latte

Harga moncha plushie

  • RM9.90, beli 2 handcrafted drinks termasuk 1 matcha drink.
  • RM15.90 dengan pembelian 1 matcha drink.

Moncha Plushie Kenangan Coffee

Saya beli 2 minuman, 1 matcha latte dan 1 lagi Kenangan latte panas. Dapatlah beli moncha plushie dengan harga RM9.90.

Boleh dapatkan moncha plushie ni bermula 31 Ogos sehingga stok masih ada. Bak kata orang Korea " Kiyowo" bermaksud cute.

Lama tak order matcha latte Kopi Kenangan. Dulu suka beli, tapi kesedapan tu bergantung pada barista yang membuatnya. Kalini dapat matcha latte yang sedap. Halus elok dikacau dan ditapis serbuk tu.

Confirm cepat habis moncha plushie ni. Haritu plushie mimi & tam tam kucing comel tu pun cepat habis.

Oh ya, selain moncha plushie boleh dapatkan juga sticker moncha. Boleh juga download sticker moncha dengan scan QR di instagram Kenangan Coffee.