Lepas solat asar, kami keluar untuk makan petang merangkap makan malam awal di GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle. Pengaruh rakan blogger lah ni lepas baca review blog kak SK.
Encik Suami gunakan bantuan pakcik apple maps untuk ke sini. Lahhh..tahu-tahu sesat. Dah sampai lokasi tanah kosong pula. Ahhh sudah. Lepas tu bacalah dari komen di TikTok tu, patah balik dan jumpalah signboard ni. Barulah lega.

Nak sampai ke sini pun macam jauh kedalam, masuk kawasan kampung. Patutlah pun nama dia in the jungle, rupanya kawasan dekat-dekat hutan tapi tak adalah dalam hutan. Masih kawasan kampung.
Dah masuk simpang tadi, teruslah sampai nampak papan tanda arah ni. Ke kiri dan terus je sampailah di destinasi, GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle.

Masa kami sampai dah jam 6 lebih, ada pelanggan lain tapi tak ramai. Parkir pun banyak kosong lagi kat dalam tu.
GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle
Gerai Koi Chill & Grill in the Jungle sebuah tempat makan dan BBQ santai berkonsepkan alam semula jadi yang terletak di Kampung Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Dikelilingi suasana seperti berada di dalam hutan.

Disebabkan dah baca blog Kak SK, kita teruslah menuju ke kaunter buat pesanan. Banyak menu yang ada, ambil masa sikitlah nak buat order tu.
Agak tak bestlah buat pesanan di kaunter. Kalau ramai yang datang, ramailah nak berkampung di kaunter tu. Lebih suka sistem QR di meja atau ambil pesanan di meja. Tapi dah tu cara mereka, kita ikutkan je lah.
![]() |
| tempat bakar-bakar menu bakar-bakar |
Buat pesanan dan bayar terus di kaunter. Kemudian akan diberikan buzzer, kena ambil sendiri pesanan tu kaunter sebelah kaunter order bila kaunter berbunyi. Ni pun agak leceh juga, kena bangun dua kali nak ambil pesanan.
Menu dan harga

Mulanya kami duduk di hujung ni tapi meja tu macam goyang pula. Pindah meja batu depan tu. Tak selesa nak duduk di kerusi camping dengan meja camping yang rendah tu. Susah nak makan tertunduk-tunduk nanti.

Tak lama menunggu, buzzer berbunyi. Pesanan minuman kami dah siap, Encik Suami ambil di kaunter. Lain pula gaya hidangan minuman kopi panas di sini. Biasanya cawan lebar dengan alas. Di sini dihidangkan dalam mug. Besar pula tu.
Hot Caramel latte
Frothy milk dia tebal betul. Bermisai masa menghirup air caramel latte panas ni. Sedap hirup suam-suam. Walaupun caramel latte tapi tak manis sangat dan saya suka.
Lemon madu ais
Bila ada minuman panas, kenalah ada air sejuk. Encik Suami pilih lemon madu ais. Tapi madunya yilek, tak nampak pula lapisan madu kat bawah tu. Rasa pun macam air kosong letak hirisan madu je. Tak rasa manis. Lupa letak madu kot nohh.


Sizzling yee mee
Saya pesan sizzling yee me. Ada 3 pilihan, yee mee, nasi dan mi kalau tak silap. Saya pilih yee mee lah. Dah lama tak makan sizzling ni, teringin pula. Pengaruh Pak Inche' suaminya kak SK. Hihihi...Dihidangkan bersama cili potong. Perghh berpeluh dan keluar air mata makan sizzling ye mee dengan panas dan pedasnya. Mujurlah saya bawa portable fan hadiah dari blogger CCL tu.
Kuah pekat, cukup rasa, isi ayam lembut cuma terlebih pedas sebab saya makan cili potong tu lah.

Grilled chicken
Encik Suami pesan chicken grilled. Saiz ayam dia saiz budak sekolah rendah. Comel betul. Bukan tu je, isi ayam tu sejuk dalam dia. Luar tu macam panas sikit je.
Makan jugalah dengan paksa rela sampai habis. Tiada pembaziran, masih boleh dimakan lagi. Bukan tak panas sepenuhnya.

Nasib baiklah ada sizzling yee mee yang sedap sikit, saya bagilah Encik Suami makan separuh bagi hilangkan rasa kurang sedap chicken grilled tu. Barulah merasa makan makanan panas-panas sikit. Agak kecewa sikitlah mereka tak jaga kualiti makanan. Kalau mahal tapi sedap, kami okay je.


Tak lama di sini sebab dah nak Maghrib. Moh lah kita balik. Sempatlah memotretkan lampu-lampu yang ada di sini. Seorang Fiza ni memang suka ambil gambar lampu.


Eh lupa pula, berhampiran meja kami ada tempat untuk ambil gambar dan ada permainan juga. Kalau bosan-bosan tu datang ramai-ramai bolehlah main karom atau game board ke kan.

Ada juga cermin cembung di tiang elektrik tu, bolehlah mirror selfie tapi saya tak ambillah gambar di situ. Segan!
GERAI KOI-Chill & Grill in The Jungle bestlah untuk lepak-lepak mengopi dalam suasana kampung gitu. Banyak pilihan menu yang ada. Cuma tu lah nasib kami kurang baik sikit. Tapi enjoy je layan vibes kat sini.

28 تعليقات
Konsep sekarang memang jenis layan diri. Order di kaunter dan angkat makan/minuman sendiri. Di masa hadapan mungkin pengunakan robot sepenuhnya. Kat fast food & mamak 'terkenal' dah guna robot penghantar makanan.
ردحذفKann...Mudah kerja mereka macam tu. Jangan ada charge service sudahlah. Tempat rata bolehlah guna robot. Macam ni mana mahunya.
حذفLovely photos. The food looks great.
ردحذفThank you. Some are good, some are not.
حذفOoo kat temerloh eh... kalau termasuk area tu myb bole try juga kan.. tp mcm seram plak kalau dah malam² masuk hutan² ni 😅
ردحذفA'ah. Dia tak adalah dalam hutan betul KakRet. Suasana kampung gitu, kena masuk ke dalam lagi.
حذفSeriau juga tiber masuk kampung pelusuk dalam. Sayangnya chicken tu tak cukup grill kut.
ردحذفDia taklah jauh sangat ke dalam, tapi masuk kampung lah sikit. hihi...itulah tu, dia masak tapi sejuk kat dalam macam baru keluar peti ais. huhuhu...
حذفLampu2 tu kalau malam sure cantik ni....
ردحذفYe, malam-malam automatik lampu nampak cantik. hihihi...
حذفOrang Pahang ni belum sampai ke situ. Hihi. Selalu urusan kerja je ke Temerloh so tak pernah la explore kedai makan area sana.
ردحذفHihi..itu biasa Cie. Yang dekat ni lah kita jarang singgah, orang jauh sampai dulu.
حذفIhhh dekat kampung kita laa tu. Tapi biasalah, gajah depan mata tak nampak. Hm Hm.
ردحذفOhh dekat kampung Na rupanya. Kann..biasalah tu. heee~
حذفMolek kedainya walaupun bisa tersesat untuk masuk ke sini ye. Sizzling mee nampak molek siap cendawan dan cili kering. Terkilan juga kalau makan makanan macam grilled chicken kan.
ردحذفYe, bolehlah nak lepak santai mengopi dan menjamu selera. Sizzling tu okay sangat, memang itulah rencah dia kan. Itulah tu, kecewa sikit dengan chicken grilled tu.
حذفOK masuk wishlist la..SK dan sampai Fiza pun dah sampai..mana tau akak plak tersesat ke Temerloh lagi...hehehehe...
ردحذفBoleh masuk dalam list dulu. Tahu-tahu kang sampai je. hihihi...
حذفahakss.. baru je tau maps dalam fon tu apple punya. patutlah ammi macam apsal ada 2 maps ni satu tulis google maps satu lagi maps semata. Dulu guna waze tapi sejak org dok heboh dia beribupejabat di negara haram tu langsung uninstall je
ردحذفhihi..lepas ni tak confused dah. Dah uninstall waze, tu yang guna maps.
حذفAduhai, tersengih² kita baca kisah Pizzah ke Gerai Koi ni. Kenapa ayam dia sejuk, ek? Dah masak awal ke, bila pelanggan mintak panaskan sikit, tu jadi dalamnya sejuk. Memang tak syok la kalau sejuk. Dan tak syok jugak kan cara membuat pesanan tu. Nak ambil makanan tu kalau sekali serentak tak apa, macam akak hari tu kena tiga kali bangun.
ردحذفTak tahulah dia bawa kemana entah. Nasib baik cari juga patah balik tu. Entahlah, dalam dia sejuk macam keluar peti ais, pastu tak betul-betul panas kot. Letak sekejap je panaskan luar agaknya.
حذفItulah tu, makan jugalah habiskan.
Jenuhlah nak bangun duduk tu. Dah gitu gayanya, kita ikut je lah kan.
Tempatnya memang tak disangka yaaa 🤭🤭🤭. Tapi kalau dikasih plang2 begitu, agak memudahkan jadinya .
ردحذفBetul kak, kalau makan dengan meja rendah nih saya pun tak suka. Postur tubuh jadi menunduk. Tak nyaman
Hahahahah tak protes ttg lemon madu tuh kak? 😅😅
Sizzling mie ini saya suka sebenarnya. Tp harus makan segera..sebab jika dah dingin biasanya rasa jadi lebih asin 😅😅
Aiiih grilled chicken kalau sejuk dalamnya mana sedap. Berarti dah mereka masak lebih dulu yaa.
Sayapun kalau mahal tp sedap tak masalah. Tapi kalau rasa biasa sangat, memang kecewa.
Ya, masuk ke kawasan kampung kedalam sikit. Betul, kalau ada papan tanda kita berada di laluan yang betul.
حذفSusah kan nak makan dengan meja gaya camping ni. Prefer yang biasa dan selesa.
Betul tu Fann, kena makan panas-panas baru sedap. Dah sejuk dia akan jadi hambar sikit.
Malas nak complaint selagi mana boleh minum. Tanpa manis madu pun okay, detox drink jadinya.
Mungkin juga macam tu, tak cukup lama dipanaskan agaknya. Kann..kalau mahal tapi sedap tu kita tak nak complaint.
Yee mee nya pedas eh? Selalu rasa kuat masin. Nasib baik yee mee itu penyelamat ayam yang sejuk itu. Risau macam tidak cukup masak kata dalamnya sejuk.
ردحذفSizzling yee mee tak pedas, cili potong tu yang pedas saya makan dengan yee mee. Itulah tu, dalam tu cukup masak cuma sejuk. Maybe dah masak, dipanaskan semula macam tu.
حذفbestnya jjcm!! saya suka yee mee tapi yg versi sup
ردحذفVersi sup pun sedap. Kena ada sambal kicap lah tapi. hihihi...
حذف