Rasa macam teringin lah pula nak makan Garret Popcorn yang paling sedap tu. Kebetulan Encik Suami ada urusan kerja di IOI City Mall Putrajaya, kirimlah beli Garret Popcorn.

Kali terakhir makan Garrett Popcorn tahun 2014. Punyalah lama kan baru sekarang rasa teringin makan tu datang kembali. Yelah popcorn ni bukan ada banyak cawangan. Yang saya tahu ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja.

Garrett Popcorn Shop IOI City Mall Putrajaya

Lepas habis urusan kerja, Encik Suami pergi membeli. Saya pesan ambil gambar kedai dan harga sekali. Senang nanti saya nak masuk dalam blog. 

Encik Suami bertindak mengikut arahan. Dapatlah dua keping gambar. Memang dua keping ni je lah diambil. Betul-betul menurut arahan dengan tepat sekali.

Harga Garrett Popcorn 2026

Tengok harga terbaru tahun 2026 ni macam tak banyak beza sangat dengan yang lama tu. 

Harga Garrett Popcorn terkini 2026

Beli dua jenis popcorn perisa premium Almond CaramelCrisp dan Macadamia CaramelCrisp saiz large kedua-duanya.

Almond CaramelCrisp & Macadamia CaramelCrisp Garrett Popcorn

Bungkusan dia bukan sekadar bungkusan biasa, sekali dengan pengepit bungkusan tu untuk elakkan popcorn lemau masuk angin. Bahagian dalam pula food contact layer plastik, bukan kraft paper. Sesuailah untuk simpan popcorn kekal rangup.

Large Size Garrett Popcorn

Next time nak beli dalam tin lah pula. Bekas tin tu nanti bolehlah juga buat simpanan makanan ke atau apa-apa yang sesuai.

Macadamia CaramelCrisp

Sudah namanya caramel, mestilah manis rasa dia. Tapi taklah terlampau manis sangat. Salutan caramel tu penuh dan tebal setiap satu popcorn tu, tak ada mengelat lansung. Kacang macadamia pun meriah banyak dan juga disalut sekali dengan caramel. 

Kacang macadamia tu bukan dihancur kecil ye. Ada seketul-seketul separuh kacang tu. Macadamia mempunyai rasa kacang yang lembut dan berlemak. Jadi, apabila digabungkan dengan caramel rasa dia menjadi manis berlemak kekacang gitu.

Kesimpulannya: manis, caramel, buttery, nutty & rich

Macadamia CaramelCrisp Garrett Popcorn

Almond CaramelCrisp

Almond CaramelCrisp pula rasa manis berkaramel dan sedikit rasa kacang badam yang wangi. Popcorn disalut dengan caramel yang rangup bersama ketulan almond yang memberikan tekstur crunchy dan rasa kacang yang lebih ringan.

Rasa dia lebih kepada caramel manis dengan aroma kacang almond dipanggang. Bila dikunyah bersama popcorn tu ada gabungan tekstur rangup popcorn caramel dan kacang yang garing.

Kesimpulannya: manis, caramel, wangi kacang badam dan crunchy.

Almond CaramelCrisp Garrett Popcorn Yang Paling Sedap

Kedua-duanya sedap tapi saya lebih suka macadamia CaramelCrisp sebab kacang macadamia tu masih mudah untuk digigit berbanding kacang almond yang agak keras. Untuk gigi yang kuat tu bolehlah makan dengan kekacang dengan mudah dan enjoy.

Bagi saya yang baru lepas buka braces ni, struggle sikit nak makan kacang almond tu sebab keras sikit. Nak makan popcorn tak ada masalah gigitan dan mengunyah. Cuma kacang almond tu lah susah sikit.

Harga total RM110. Setiap satu RM55 untuk large size.

Harga Garrett Popcorn

Lain kali nak beli popcorn perisa biasa caramelcrisp tu je dalam tin pula. Boleh makan tanpa gangguan kekacang.