Rasa macam teringin lah pula nak makan Garret Popcorn yang paling sedap tu. Kebetulan Encik Suami ada urusan kerja di IOI City Mall Putrajaya, kirimlah beli Garret Popcorn.

Lepas habis urusan kerja, Encik Suami pergi membeli. Saya pesan ambil gambar kedai dan harga sekali. Senang nanti saya nak masuk dalam blog.

Bungkusan dia bukan sekadar bungkusan biasa, sekali dengan pengepit bungkusan tu untuk elakkan popcorn lemau masuk angin. Bahagian dalam pula food contact layer plastik, bukan kraft paper. Sesuailah untuk simpan popcorn kekal rangup.

Next time nak beli dalam tin lah pula. Bekas tin tu nanti bolehlah juga buat simpanan makanan ke atau apa-apa yang sesuai.
Kesimpulannya: manis, caramel, buttery, nutty & rich


Kedua-duanya sedap tapi saya lebih suka macadamia CaramelCrisp sebab kacang macadamia tu masih mudah untuk digigit berbanding kacang almond yang agak keras. Untuk gigi yang kuat tu bolehlah makan dengan kekacang dengan mudah dan enjoy.
Harga total RM110. Setiap satu RM55 untuk large size.

Kali terakhir makan Garrett Popcorn tahun 2014. Punyalah lama kan baru sekarang rasa teringin makan tu datang kembali. Yelah popcorn ni bukan ada banyak cawangan. Yang saya tahu ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja.

Lepas habis urusan kerja, Encik Suami pergi membeli. Saya pesan ambil gambar kedai dan harga sekali. Senang nanti saya nak masuk dalam blog.
Encik Suami bertindak mengikut arahan. Dapatlah dua keping gambar. Memang dua keping ni je lah diambil. Betul-betul menurut arahan dengan tepat sekali.
Harga Garrett Popcorn 2026
Tengok harga terbaru tahun 2026 ni macam tak banyak beza sangat dengan yang lama tu.

Beli dua jenis popcorn perisa premium Almond CaramelCrisp dan Macadamia CaramelCrisp saiz large kedua-duanya.

Beli dua jenis popcorn perisa premium Almond CaramelCrisp dan Macadamia CaramelCrisp saiz large kedua-duanya.

Bungkusan dia bukan sekadar bungkusan biasa, sekali dengan pengepit bungkusan tu untuk elakkan popcorn lemau masuk angin. Bahagian dalam pula food contact layer plastik, bukan kraft paper. Sesuailah untuk simpan popcorn kekal rangup.

Next time nak beli dalam tin lah pula. Bekas tin tu nanti bolehlah juga buat simpanan makanan ke atau apa-apa yang sesuai.
Macadamia CaramelCrisp
Sudah namanya caramel, mestilah manis rasa dia. Tapi taklah terlampau manis sangat. Salutan caramel tu penuh dan tebal setiap satu popcorn tu, tak ada mengelat lansung. Kacang macadamia pun meriah banyak dan juga disalut sekali dengan caramel.Kacang macadamia tu bukan dihancur kecil ye. Ada seketul-seketul separuh kacang tu. Macadamia mempunyai rasa kacang yang lembut dan berlemak. Jadi, apabila digabungkan dengan caramel rasa dia menjadi manis berlemak kekacang gitu.
Kesimpulannya: manis, caramel, buttery, nutty & rich

Almond CaramelCrisp
Almond CaramelCrisp pula rasa manis berkaramel dan sedikit rasa kacang badam yang wangi. Popcorn disalut dengan caramel yang rangup bersama ketulan almond yang memberikan tekstur crunchy dan rasa kacang yang lebih ringan.
Rasa dia lebih kepada caramel manis dengan aroma kacang almond dipanggang. Bila dikunyah bersama popcorn tu ada gabungan tekstur rangup popcorn caramel dan kacang yang garing.
Kesimpulannya: manis, caramel, wangi kacang badam dan crunchy.
Rasa dia lebih kepada caramel manis dengan aroma kacang almond dipanggang. Bila dikunyah bersama popcorn tu ada gabungan tekstur rangup popcorn caramel dan kacang yang garing.
Kesimpulannya: manis, caramel, wangi kacang badam dan crunchy.

Kedua-duanya sedap tapi saya lebih suka macadamia CaramelCrisp sebab kacang macadamia tu masih mudah untuk digigit berbanding kacang almond yang agak keras. Untuk gigi yang kuat tu bolehlah makan dengan kekacang dengan mudah dan enjoy.
Bagi saya yang baru lepas buka braces ni, struggle sikit nak makan kacang almond tu sebab keras sikit. Nak makan popcorn tak ada masalah gigitan dan mengunyah. Cuma kacang almond tu lah susah sikit.
Harga total RM110. Setiap satu RM55 untuk large size.

Lain kali nak beli popcorn perisa biasa caramelcrisp tu je dalam tin pula. Boleh makan tanpa gangguan kekacang.
24 تعليقات
lamanya tk mkn garret popcorn...dlu time viral 2011 kerap juga la beli...last beli 2013...fav akak caramel crips ....harga pn dh meningkat
ردحذفCaramelCrisp tu sedap. Semuanya pun sedaplah kan. Ya, harga dia dah naik.
حذفPernah jugak makan garret popcorn ni lama jugak dah. Ingat2 lupa dah rasanya tu.
ردحذفSamalah kita dah lama tak makan. Itu yang macam teringin.
حذفAnak buah akak yang duduk Brunei kalau balik Malaysia 1 beg khas untuk makanan beli Di Malaysia seperti popcorn garret ni. Pak mertua Dan adik ipar dia pesan banyak. Kat sana tak ada
ردحذفMesti banyak membeli tu sesekali balik kan. Popcorn ni pun boleh tahan lama.
حذفWah.. popcorn kayangan ni. Akak tak pernah jumpa kedainya.
ردحذفKedai ni tak semua tempat ada Kak Nur. Di beberapa negeri je seperti yang saya ceritakan dalam entry di atas.
حذفBiasa amik yg caramel crisp je.Itu pun amik yg small. Itu pun susah nk habiskan dlm 1 masa..Kena mkn ulang2..=D
ردحذفMemang kena makan lain-lain masa, makan sikit-sikit. Taklah sekali hadap terus habis. Hihihi...
حذفCheq tak ingat la pulak samada pernah try ka dak Garret popcorn ni masa zaman kerap turun KL dulu, rasanya macam pernah dan memang sedap betoi popcorn tu, luxurious taste 🤓
ردحذفYup, sedap sangat-sangat. Terasa mewahnya tu dengan salutan caramel tebal dan crunchy.
حذفLama betul dah tu tak makan, tiba² teringin ya. Nasiblah Cik abang ada urusan kat sana, bolehlah belikan popcorn utk adinda. Pandai jugak tu ambil gambar ikut arahan, macam ni baru boleh masuk dalam blog.
ردحذفLama sangat tu kan berbelas tahun. Hihi..bertindak mengikut arahan kalau tidak nanti payah nak menjawab. kekekeke...
حذفTak pernah makan popcorn jenama ni. Terkejut tengok harganya 🤭
ردحذفSesekali bolehlah. Bila teringin je. hihihi...
حذفNampak sedap popcorn nya....ni dekat juga kalau Dania nak beli. Turun escalator je.
ردحذفYang ni memang sedap. Nanti bolehlah cuba kak. Dekat tu je. hihihi...
حذفNak cubalah...
ردحذفP/s.. uncle hanya makan popcorn bila tengok muvi... hehehe
Pasni beli nanti get ready lah tengok muvi kat rumah je uncle. hihihi...
حذفsedapnya dibuat kudapan diantara meal time. Cuma harga tu mahal la. Tp x salah membelinya sekali-sekala kan?
ردحذفYe, begitulah. Sesekali je bukan selalu. hihihi...
حذفKadang2 kalau teringin, Linda beli yang tGV punya je.. hahaha..
ردحذفPun sedap, cuma coating dia nipis sikit dan ada yang kosong kadang. Tapi okay je layan sambil tengok movie.
حذف