Awal bulan lepas balik kampung Segamat. Kesihatan mak merundum sampai kena masuk zon kuning seharian. Risau betul kalau dengar ayat ditidurkan tu. Salah satu faktor buat saya menyepi seketika. Banyak fikir. Semoga kesihatan mak kembali membaik. Aamiin...
Dalam perjalanan balik kampung, singgah di Richiamo Gemas. Senang makan siap-siap. Nanti tak payah nak bersusah payah masak lagi.
Saya pesan caffe latte. Cantik dia punya latte art tu. Tak pernah lagi dapat rupa bentuk macam ni. Bunga kot kan?

Biasa pesan nasi dengan lauk daging salai masak lemak tu, tapi ubah selera pula. Pesan spaghetti chicken bolognese. Encik Suami tetaplah dengan nasi lemak rendang ayamnya tu. Tak ambil gambar nasi lemak sebab malas. Boleh?

Ini bukan pertama kali pesan spaghetti chicken bolognese. Dah beberapa kali pesan di beberapa cawangan. Masih menepati selera. Bagus! Kenyang makan puas hati. Rencah banyak dan sosnya pun melimpah.

Tak berlamaan kami makan di sini sebab nak kejar masa. Saya perasan di Richiamo Gemas ni macam kurang pelanggan. Masa kami sampai pun hanya kami berdua je.
Saya pesan caffe latte. Cantik dia punya latte art tu. Tak pernah lagi dapat rupa bentuk macam ni. Bunga kot kan?

Biasa pesan nasi dengan lauk daging salai masak lemak tu, tapi ubah selera pula. Pesan spaghetti chicken bolognese. Encik Suami tetaplah dengan nasi lemak rendang ayamnya tu. Tak ambil gambar nasi lemak sebab malas. Boleh?
Mood dah melayang jauh bagai terputus talinya.

Ini bukan pertama kali pesan spaghetti chicken bolognese. Dah beberapa kali pesan di beberapa cawangan. Masih menepati selera. Bagus! Kenyang makan puas hati. Rencah banyak dan sosnya pun melimpah.

Tak berlamaan kami makan di sini sebab nak kejar masa. Saya perasan di Richiamo Gemas ni macam kurang pelanggan. Masa kami sampai pun hanya kami berdua je.
Banyak juga cawangan Richiamo Coffee dah tutup. Haritu pergi Richiamo Coffee City Park Seremban 2 dah tutup.Richiamo Coffee Senawang tu tak pasti masih beroperasi atau tidak. Banyak saingan cafe sekarang ni kan. Tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
30 تعليقات
semoga mak sis fiza diberikan kesembuhan, dimudahkan urusan perawatan..aamin
ردحذفAamiin...Terima kasih Linda.
حذفarea rumah ni ada satu. tak lawat lagi. dulu masa baru buka remaja berpusu pusu ke sana. sekarang dah lengang sikit kot
ردحذفBiasalah tu kalau baru buka mesti hype sikit. Nanti² bolehlah cuba.
حذفOoo banyak cawangan Richiamo dah mula tutup ye. Tak tau berapa la Richiamo di Batu Gajah tuh boleh bertahan sebab tiada orang sangat
ردحذفYe, benar. Kita pun tak tahu kan. Tahu-tahu je nanti dah tutup je bila nak datang. Harapnya dapat kekalkan lah.
حذفKurang marketing kot. Kadang2 lokasi dia pun mcm tak kene juga. Mcm yg kat Gemas tu rasanya kene naik belah atas sikitkan.
ردحذفMungkin jugalah. Ataupun banyak saingannya. Betul, kat Gemas tu kena naik ke atas tu baru orang nampak.
حذفRichiamo sini makanannya tak sedap.
ردحذفSalah satu faktor yang membuatkan orang tak datang lagi kot kan. Ada cawangan yang okay.
حذفsantai je minum kopi mahal tuh., hehe
ردحذفKopi standard Cafe wak. huhu...
حذفBetul tu, khabarnya banyak cawangan RC dah tutup. Sayang betul, kan. Tentu sedap Chicken Bolognese tu kalau selalu repeat menu yang sama.
ردحذفSemoga kesihatan ibu Fiza semakin baik dan tidak berulang sakitnya, Aminnn Aminnn YRA.
Itulah kan, sayang betul kalau satu persatu tutup. Ye, so far kalau order di beberapa cawangan sedap je rasa dia.
حذفInshaAllah...Aamiin...
Moga mak cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya ya Fiza.
ردحذفKalau dah selalu makan sedap, akan repeat menu yang sama kan.
Aamiin...Terima kasih untuk doanya.
حذفBetul, repeat menu yang sama. Kadang tak tahu juga nak makan apa sebenarnya. Nak cuba yang lain risau tak kena dengan selera.
spageti tu nampak sedap betul
ردحذفMenu ni dah berkali kali saya order tak mengecewakan. Sedap!
حذفSemoga kesihatan emak Aphizha dah ok semula.
ردحذفYa di MITCpun dah tutup. Baru cuba sekali. Harap bertahan Richiamo ataupuh harap-harap ia cari tempat yang lebih baik.
Aamiin..Terima kasih kak Wina. Oh ye ke? Nampaknya dah banyak tutup di setiap negeri juga. Sayangnya lah kan.
حذفSemoga mak Fizah cepat sihat. Aminn... patut lama Fizah menyepi.
ردحذفRichiamo sini macam dah tak best. Takde banyak pun pastries macam sebelum-sebelum ni.
Aamiin...Terima kasih Kak Nur.
حذفAgaknya dorang tak jaga kualiti, ramai pelanggan lari itu yang mostly tutup kot.
Dekat kawasan saya pun Richiamo Coffee nampak lengang, tiada pelanggan. Sayang sungguh kalau banyak cawangan tutup. Tapi, spagetti chicken bolognese tu nampak sedap ya
ردحذفSama juga ye. Kann...rasa sayang kalau dah banyak branch tapi dapat nak kekalkan. Ya, spaghetti bolognese tu bukan nampak sedap je, memang sedap.
حذفnampak padat betul kuah bolognese tu, harga pun murah!
ردحذفsaya selalu tengok sesetengah orang kat sosial media cakap richiamo tu tak sedap. tpi bila tgok akk selalu buat entry pasal richiamo ni, nampak decent jugak makanannya. mungkin next time kena try sendiri lah :D
Ya, banyak. Tak kedekut. Biasanya kalau cafe macam ni kuah seciput je kan. Mungkin sesetengah branch tak okay kot. Ya, tempat yang saya biasa pergi okay je menepati selera. Nanti cuba lah makan di Richiamo Coffee sesekali.
حذفSedih kadang kalau dengar kafe yg terpaksa harus tutup. Terpikir para staff nya yg pasti hrs pindah
ردحذفKemarin saya tak sempat coba richiamo. Memang tak jumpa juga. Hanya sempat ngopi Zus dan coba Gigi coffee
Ya, apalagi cafe yang kita suka. Pekerja harus pindah dan kena cari kerja lain pulak. Lain kali boleh cari lagi Fanny sebab rajin datang sini kan. Tapi ye lah kalau datangnya tak lama, banyak pilihan makanan lain jadi tak sempat juga. hihi...
حذفkat area ampang park, dari bln 5 hari tu dah tutup... sy sempat laa rasa sekali makanan kat situ... tak tahu laa apa masalah yg sedang dihadapi owner...
ردحذفOh ye ke? Banyak dah cawangan tutup. Tak ramai orang datang kot. Mungkin rugi.
حذف