We added a restriction to your account. Eh apa benda ni? Terkejut tengok paparan ni keluar masa buka account instagram di desktop. Dah kenapa? Encik Suami pun kena benda yang sama tapi pada hari yang berbeza.
Kita ni bukan jenis hari-hari upload story atau post. Post pun kali terakhir tahun lepas. Apooo nak hacked account lemah macam ni. Lepas tu saya tengok messages penuh dengan spam messages yang saya hantar kat orang. Padahal bukan saya hantar.
Maknanya apa? Kena hacked lah tu. Kemudian orang tu spam message entah apa-apa ke link entah pada orang lain. Semuanya dihantar kepada Korean Instagrammer. Hmmm...Siapalah punya kerja.

Saya delete dan logout account saya. Lepas tu masih juga tak boleh hantar message atau balas message sesiapa yang dm. Mula jadi pad 19 November 2025 dan tak boleh hantar message sampai 26 November 2025.
Lepas tu dapat lagi pada 22 November 2025 dan tak boleh hantar message sampai 23 November 2025 pula.

Kali terakhir dapat lagi pada 23 November 2025 dan berakhir pada 30 November 2025. Aikk bersambung-sambung pula dia. Ini sudah lebih ni. Saya buat report pada help di instagram. Harapnya selesailah masalah.

Buat masa ni tak bolehlah nak berbalas message di instagram. Janganlah cop saya sombong pula. Keadaan tak mengizinkan. Ini pertama kali jadi macam ni kena restriction. Sebelum ni pernah beberapa kali kena hacked.
Mujurlah dapat kembali. Tak faham kenapa berminat sangat dengan account saya yang sendu tu. Alahaiii...
Ada yang pernah jadi macam ni tak? how can I fix my restricted instagram account?
32 تعليقات
Begitu pula kisahnya ye Fizah. Macam-macamlah dunia digital sekarang ni. Makin lama makin banyak kacau-bilaunya.
ردحذفSaya dah lama tak buka Instagram. FB pun terus sendu tak update. Tak tahu apa khabarnya akaun-akaun tersebut.
Itulah tu. Tiba je. Tak pasal-pasal kita jadi mangsa. Rasa tak best dah social media sekarang. Suka update blog je kan kita ni kak Amie.
حذفhuhu tak pernah kena mcm ni..harap x kena laa.. kita ni dah ler jarang buka IG. haha
ردحذفSyukur tak pernah kena. Pelik kan, kita tak aktif pun jadi mangsa juga. huhu...
حذفAkak dulu IG pernah kena hack. Orang lain take over padahal akaun sendu juga. Pastu dia post benda lucah. Pastu terus akak tutup akaun tu. Habis cerita. 😁
ردحذفDorang ni kadang random je kot kan. Tak pasal kita jadi mangsanya. Nak buat account baru macam malas dah.
حذفAduhai..macam2 hal la..ada je cubaan nak hack kan
ردحذفItulah tu. Ada je lah orang dengki. Yang tak bestnya kita pulak jadi mangsa.
حذفlama juga tk bole balas msg tu
ردحذفYa, lama betul. Kalau sehari tu okay lagi. hmm...terpaksa la menanti dengan sabar.
حذفsaya pernah kena hack ig jugak. punca dia jadi daripada emel saya yg kena hack, membawa smpai ke ig dan blog saya pun hampir2 tak dapat diselamatkan masa tu. perasan ada orang masuk ig saya pun lepas tba2 profile picture saya bertukar, kemudian ada account2 yg saya tk pernah follow ada dalam list following pulak. tpi mujur saya sempat private ig, tukar pw dan set up 2 authentication tu
ردحذفYa Allah. Bahayanya kalau email kena hacked. Macam-macam dorang boleh buat. Mujurlah sempat tukar semua tu dan dapat diselamakan.
حذفAkk takde akaun IG.. tak tau la camne ianya berfungsi. Tapi tak sukalah kan, breach of privacy. Simpan je la SS tu Fiza as a bukti, just in case something bad happen. Socmed ni macam² boleh berlaku :(
ردحذفBetul, bila dah kena hacked. Kenalah kita tukar semuanya. Ya, simpan buat bukti. Risau kan.
حذفdekat IG tak pernah lagi...kalau dekat FB selalu posting yang kena padam.. hahhaa
ردحذفAlahaii. kena padam lah pulak. Ada je yang tak kena kadang kan. Tak faham betul.
حذفKalau kena hack, memang teruk lah. 😭
ردحذفItulah tu. Sedih betul. Harapnya cepatlah settle dan tak berlaku lagi.
حذفUii...Serammmm ekk..Tak pernah jadik lagi..setakat takleh Komen kena banned tu pernah la jugak...Huhu...
ردحذفMoga takda yang memudaratkan ye..
Seram kalau dia buat bukan-bukan atau spam kat orang lain. Yang tak bestnya tu lah, kita pulak yang kena terima akibatnya tak boleh komen dan message tu kan. Harapnya tak berlakulah yang pelik-pelik lagi.
حذفPernah beberapa teman saya yg influencer di sini, akunnya kena restricted juga. Tp sebab dia share banyak postingan iklan dalam 1 masa. Dan memang hrs menunggu sampai hari terakhir restricted.
ردحذفKalau case kakak, sebab di hack kan. Aduh seram juga.... Kakak dah aktifkan 2 ways authentication kan? Ganti pasword dulu semua, harap2 si hacker tak bisa masuk lagi . Percuma saja kalau dia masih bisa akses akun kakak 😔
Saya punya kes kena hacked lepas tu orang tu spam message. Nak tak nak kenalah menunggu sampai waktunya. Dah aktifkan 2 ways tu lama dah. Tetap juga jadi. Dah tukar password dan logout. sama juga kena hacked. Tak faham sudah. huhu...
حذفrisau kan jadi macam ni. Takut hacker mencuba nak handle IG. Tapi tak dapat. Tu yang kena restriction kot. (memandai je).
ردحذفItulah tu. Kalau dah take over apa pun boleh jadi. Rasanya kena restricted sebab dia spam message kat orang lain.
حذفbanyak betul masa hacker tu ye. masalah ammi ialah bila buka IG tiba-tiba tengok banyak je video remaja-remaja. rupa-rupanya Kyra dok login IG dia kat phone ammi. Tanjat kita
ردحذفKann...macam takde kerja lain nak buat. Ohh patutlah. Sebab tengok yang sama, algo dia pun terus gitu je lah.
حذفIsk macam mudah dorang hacked. Seriau pula. Dah selesai ke masalah Aphizha. Akak tidak tahu bagaimana sebab tiada ig.
ردحذفItulah tu. Macam mudah je padahal kita dah buat two factor authentication tu. Belum lagi kan. Masih tunggu masa restriction habis baru boleh balas message.
حذفmesti hacked tu sebab nak jual akaun laa tuuuu
ردحذفHarap taklah. Malas nak buat account baru. huhu...
حذفso far tak pernah kena...ur IG tu public ker private? mine i buat private access ajer
ردحذفBaguslah macam tu. Saya punya ig private.
حذف