Threads ni lagi bahaya rupanya ye. Asal viral je, mesti terhasut nak membeli. FOMO pula nak mencuba Vanilla OTR. Salah satu versi air minuman OTR (On The Rock) yang sedap katanya.
OTR 2 espresso shots + vanilla powder + rose syrup + espresso crème crown
Begitulah resipi Vanilla OTR yang mereka kongsikan di Threads. Saya menurut saja. Bukan saja tertarik dengan warnanya tapi tertarik juga nak tahu rasa vanilla OTR ni.

Begitulah resipi Vanilla OTR yang mereka kongsikan di Threads. Saya menurut saja. Bukan saja tertarik dengan warnanya tapi tertarik juga nak tahu rasa vanilla OTR ni.

Pertama kali rasa kopi campur sirap rose. Mulanya rasa kopi pahit-pahit sikit sebab add on espresso creme crown tu kan. Mujurlah tak ambil 3 espresso shots tu. Lagilah pekat dan kuah rasa kopi dia. Hujung-hujung barulah dapat rasa sirap rose tu.
Dia macam ala-ala sirap bandung campur kopi pekat kot kan. Sedap juga gabungan kopi dan sirap rose. Rasa tak pelik sangat dan saya suka. Boleh repeat beli kalau rasa teringin. Ye lah, sesekali nak juga bertukar menu kopi kan.
OTR 16oz - 2 Espresso Shots (Vanilla powder +Rose syrup +espresso creme crown) harga RM14.60 order guna grab. Kalau di store atau guna apps murah sikit.
Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 yang ke-63 tahun. Selamat bercuti semua.
Harini mesti ada banyak promosi sempena Hari Malaysia. Kan?
22 تعليقات
Macam-macam gabungan perasa air sekarang ni kan...
ردحذفTengah dok belek juga promo Hari Malaysia ni, kot ada yg menarik boleh grab.
Selamat Hari Malaysia Fiza!
Yaa, macam-macam ada. Kita pun tak tahu dah nak cuba mana satu kalau dah FOMO.
حذفMacam banyak promo, saya sempat grab Kenangan Coffee.
Selamat Hari Malaysia kak.
Kopi+ sirap rose mmg rare
ردحذفKann..Sedap juga kombinasi rasa tu.
حذفsy try aritu yg americano punya
ردحذفwaduhhhh terpejam pejam sy nak habiskan hahaha
orait nnt nk try yg ni pula
Americano saya memang tak berani nak orderlah, for sure susah nak habiskan.
حذفSila cuba yang ni pulak nanti okay.
warna dia pun lawa..menarik perhatian betul
ردحذفKhennn...Itu yang lain tertarik nak membeli. Kita pula FOMO.
حذفPandai Fizah ambil gambar. Tengok gambar je, telan ailio, akak. Entah bila tu kan, nak merasa air CBTL ni, bila pergi Ipoh je, selalu lupa nak singgah cuba.
ردحذفTerima kasih Kak Nur. hihihi...takpe, masuk dalam list dulu. Nanti kot pergi CBTL boleh cuba menu ni.
حذفSedapnya minum petang2 gini.
ردحذفSesekali minum kopi sejuk petang-petang kan, sedap jugak.
حذفsaya hanya mampu tgk sbb hari ni baru hari ke9 saya on diet programme, full durationnya 3 bln...stress jugak hahah sbb semua sweet drinks tak leh minum langsung, not even tea o with stevia. moga MZ terus tabah
ردحذفLama juga tu. Betul-betul kena berpantang ni. Jiwa kena kental menahan godaan. Semoga mencapai targetnya. Terus kuat Dr.
حذفKopi campur sirap rose apa rasa dia ye. Macam2 style air sekarang tapi pada akak baik le buat sirap bandung panas2 ni
ردحذفKena cuba nanti Kak Notie. Lain orang lain taste bud dia. hihihi...Rare tu sirap bandung panas, biasanya minum sirap bandung sejuk.
حذفThat combination of coffee and rose syrup sounds so unique! The subtle blend of rich espresso with a floral hint of syrup definitely makes for an interesting read. Thanks for sharing. Happy Malaysia Day to you !
ردحذفThank you Josh for your kind wishes!
حذفYes, the combination is quite unique.
Menarik nampaknyaaa..Kena Cuba ni .... Rare gituhh
ردحذفSila cuba nanti Nona. Selamat mencuba.
حذفIni salah satu bentuk entry yang boleh mengugat keimanan mereka yg tengah diet dan sugar, he he he. Tak pe tak pe. suruh je mereka pejam mata masuk sini buat2 mcm x nampak air tu air apa. ha ha ha
ردحذفAmpunnn...hihi..siapa cut sugar atau on diet boleh pangkah terus atau ke entry lain.
حذف