Pertama kali nampak ulam buah keladan ni di blog Kak SK. Tapi masa tu tak tahu lagi apa namanya sampailah masuk blog Cie. Baru tahu namanya ulam buah keladan. Jadi, dah berhasrat nak membeli ulam buah keladan ni di Pekan Sehari Temerloh.
Saya beli RM5 sebekas. Jadilah buat rasa-rasa dulu. Risau pula tak kena dengan selera nanti. Kalau sedap nanti lain kali boleh beli lagi.
Pahang kan banyak hutan tebal, agaknya sebab tu lah ulam keladan ni popular di negeri Pahang. Ulam keladan ni tak macam pokok jering, petai semua tu kena panjat bagai. Buahnya luruh dan hanya perlu kutip di tanah je tanpa perlu memanjat pokok.

Saya pasti buah keladan ni juga ada khasiatnya. Harap tidak mendatangkan kemudaratan.
Saya beli RM5 sebekas. Jadilah buat rasa-rasa dulu. Risau pula tak kena dengan selera nanti. Kalau sedap nanti lain kali boleh beli lagi.
Di Pekan Sehari Temerloh tu banyak je kedai jual ulam buah keladan ni. Setakat ni di pasar tani area Seremban, Kuala Pilah memang tak pernah jumpa lah. Agaknya popular di negeri Pahang je kot.
Buah keladan
Juga dikenali dengan nama buah kapur sebab ianya daripada pokok kapur. Sejenis buah yang bermusim dalam tempoh antara empat hingga lima tahun sekali. Pokok kapur ni sejenis pokok hutan yang tumbuh di hutan tebal.Pahang kan banyak hutan tebal, agaknya sebab tu lah ulam keladan ni popular di negeri Pahang. Ulam keladan ni tak macam pokok jering, petai semua tu kena panjat bagai. Buahnya luruh dan hanya perlu kutip di tanah je tanpa perlu memanjat pokok.
Begitulah cerita dia secara ringkasnya.
Orang Pahang boleh jawab dalam kotak komen nanti.
Cara makan buah keladan
Buah keladan boleh dimakan secara mentah dijadikan sebagai ulam atau dimasak dengan pelbagai jenis lauk katanya. Masakan apa? Kena tanya orang Pahang lah.Orang Pahang boleh jawab dalam kotak komen nanti.

Setelah saya buat carian, sebenarnya buah keladan ni bentuk dia bulat. Selepas kulit pecah, dia akan kembang jadilah seperti dalam gambar. Ada nampak hitam sikit tu sisa kulit dia.
Cantik tengok kejadian buah keladan ni. Ada warna pink, hijau, kuning dan coklat. Dia keras-keras lembut. Bila digigit rasa rangup macam jering tapi versi nipis gitu. Ada rasa kelat, berlemak dan berangin sikit macam mint. Lebih kurang macam jering juga tapi tak ada bau. Jering tu macam kelat campur pahit kan.
Bila buang air kecil pun tak ada bau tau. Ulam Buah keladan ni sejenis ulam yang nyaman di makan sebab tak berbau masa makan mahupun selepas makan. Boleh jadi comfort ulam untuk saya. Saya suka.
Ulam jering tu saya makan juga tapi kalau dah dibuat sambal lah sebab kurang sikit rasa kuat jering tu kan. Sama juga dengan petai, kena buat sambal baru boleh makan. Kalau makan mentah tu memang tidaklah.
Jadi, boleh gantikan dengan ulam keladan ni, boleh makan mentah. Makan mentah dan kena ada sambal. Tengok Cie makan dengan sambal tempoyak. Saya pula tak makan dengan sambal tempoyak macam tu.
Ting! Buat sambal ulam buah keladan pun macam sedap juga ni ala-ala sambal jering. Okay baik, nanti saya nak sambalkan dia. Tengok sedap dia macam mana pula kan.
Ting! Buat sambal ulam buah keladan pun macam sedap juga ni ala-ala sambal jering. Okay baik, nanti saya nak sambalkan dia. Tengok sedap dia macam mana pula kan.
Saya pasti buah keladan ni juga ada khasiatnya. Harap tidak mendatangkan kemudaratan.
32 تعليقات
Jap rasa macam jering? Kelat² ke hehe rupa mcm buah delima sekali pandang 😁
ردحذفBegitulah lebih kurang rangup bila digigit. Tak kelat sangat, berangin sikit macam mint. Hihi..sebab warnanya tu kot kan.
حذفKenal buah ni dari blog Cie.
ردحذفTengok rupa tu agak pelik sebab kata buah tapi rupa macam bunga kembang. Rupa-rupanya ini rupa selepas kulitnya pecah. Agaknya kalau belum pecah, belum sesuai dimakan.
Kann..macam pelik kalau tengok dari rupanya. Baru tahu dia dari buah yang bulat, pecah dan kembang gitu. Mungkin juga, sebab ada yang saya baca rendam dalam air bagi kembang.
حذفTak kenal buah ni. Tapi menarik betul buahnya macam² warna. Indah ciptaan Allah.
ردحذفAkk tak makan ulam jering tapi pernah rasa jering yg dimasak lemak. Takde bau langsung.
Bila dah kembang tu cantik sangat kombinasi warna-warna dia kan. Saya pun tak makan ulam jering mentah, kena masak baru boleh makan. Kalau dah masak kurang kot bau dia kan.
حذفSedap ulam buah keladan. Na ajar suami makan masa zaman bercinta hahaha. Ada pakcik makcik panggil telinga kera tak silap Na. Hahaha
ردحذفOhh ada nama lain rupanya. Sedap, saya pun jadi suka.
حذفSaya suka ulam tapi jenis yang berbau memang tak makan. Sambal bilis petai pun saya kuis petainya :)) Kalau jumpa bolehlah cuba makan buah keladan pulak
ردحذفYang berbau tu saya makan kalau disambalkan je. Ya, boleh cuba buah keladan ni pulak.
حذف1st time dgr dan tgk gmbr buah ni kat blog fiza laaa...sekali tgk nampak mcm delima kat dlm tu kan...rasa dia kelat2 lah yer? MZ jenis tak mkn most ulam..ada certain ulam jer yg MZ mkn
ردحذفYe, betul. Warna tu yang macam buah delima sikit.
حذفcantik warna isi dalamnya
ردحذفpink gituuuu
kiranya kalau warna macam ni dah kira masak laa ya?
Kann..warna dia pun buat rasa tertarik tengok. Rasanya lepas buah tu pecah dan kembang begini dan boleh terus makan je. Kira dah cukup matang untuk makan lah gitu agaknya. Saya pun baru kenal buah ni. huhuhu...
حذفBuahnya hitam. Dah kembang baru boleh makan. Cicah sambal tempoyak je. Tak pernah lagi masuk dalam masakan.
ردحذفOhh macam tu. Kalau disambalkan pun tak pernah ek Cie?
حذفJering Linda tak makan.. petai makan.. hihihi
ردحذفGitu pulak ek. Begitulah kan selera kita ni. Ada yang makan, ada yang tak.
حذفkalau pahit2 camni susah saya nak telan hahaha
ردحذفDia tak pahit tapi kelat-kelat macam tu, bukan macam jering.
حذفCantik rupanya macam bunga dan buah delima pun iya dengan warna pink nya
ردحذفKann..gabungan warna dia tu buat nampak lagi menarik. Macam warna bunga pun ye. Kita pun tertarik nak mencuba rasa.
حذفKak SA suka je makan ulam tapi x pernah jumpa lagi Keladan ni...kalau jumpa nak jugak try..nampak rupa paras macam bunga...tak nampak bentuk buah...
ردحذفKena cuba kak. Saya rasa macam tak rasa pelik. Rasa yang boleh diterima. Dia sebenarnya bulat, dah kembang/pecah di jadi macam tu, tu yang tak nampak macam buah.
حذفMacam - macam di beli di Pekan Sehari Temerloh ye! Nak kena pergi juga ni.
ردحذفAlhamdulillah..beli mana-mana yang rare tak pernah jumpa lagi dan tak pernah makan. Especially makanan lokal orang Temerloh. Ya ya, kena pergi tu.
حذفItulah rupanya keladan yang Aphizha beli ni jenis dah kembang. Memang unik rupanya.
ردحذفYe, dia kena kembang dulu macam ni baru boleh makan. Memang unik rupa parasnya.
حذفPertama kali akak tengok ni, buah keladan. Sejenis ulam boleh makan mentah, rupanya.
ردحذفAkak pula, jering tak reti makan. Petai, boleh, yang dibuat sambal. Mentah memang tak boleh makan. 😊
Ye, begitulah apa yang saya baca masa cari infonya. Biasanya dibuat ulam makan mentah. Samalah kita, ulam macam tu kena buat sambal baru sedap. Mentah² saya tak boleh masuk. Tapi yang keladan ni okay je kalau buat ulam makan mentah. Mungkin sebab tak ada bau kot.
حذفbentuknya tu terlalu sukar bagiku namun, jika diracik halus campur dgn apa-apa sambal, maunya hilang sesi diet.
ردحذفBila buahnya bulat pecah dan kembang, begitulah rupa dia. Ya kalau campur dengan sambal tu tak rasa pun kewujudan dia dalam sambal tu. Of course lah diet kelaut.
حذف