Pertama kali tengok buah keranji di Pekan Sehari Temerloh. Disebabkan dia rare, saya pun belilah nak rasa. Saya fikir buah ni perlu direbus, rupanya tak ye. Boleh terus makan je. Saya beli RM5 sebekas. Kebanyakkan makanan di Pekan Sehari ni RM5 ek.
Teringat pula pantun buah keranji yang popular.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya mahu.
Buah keranji juga sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui. Tapi berbuah lebat dalam jangka masa yang lama.

Ralit makan buah keranji ni sebab dia saiz dia comel dan isinya pun sedikit. Kena makan banyak-banyak baru puas dinikmati. Beberapa hari jugalah saya makan nak bagi habiskan.
Teringat pula pantun buah keranji yang popular.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya mahu.
Buah Keranji
Buah keranji ialah sejenis buah hutan nadir (kawasan hutan yang menempatkan pelbagai spesies tumbuhan liar atau buah-buahan nadir yang jarang ditemui, sukar didapati dan tidak ditanam secara komersial) yang berasal daripada pokok kayu besar daripada keluarga Fabaceae iaitu spesies utama Dialium indum.Buah keranji juga sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui. Tapi berbuah lebat dalam jangka masa yang lama.

Bentuk dan saiz
Buah keranji bersaiz kecil, berbentuk bulat dan sedikit lonjong. Memiliki kulit keras berwarna hitam arang, ada kalanya warna perang.Rasa
Isinya berwarna oren, bertekstur sedikit kering. Rasa buah keranji masam-masam manis macam buah asam jawa. Bijinya pun lebih kurang asam jawa tapi versi kecil.Cara makan
Pecahkan kulit kerasnya hanya dengan perlu memicit sedikit secara perlahan. Kulit dia mudah pecah dan rapuh. Makan dengan cara kemam dan pisahkan isi daripada bijinya.Ralit makan buah keranji ni sebab dia saiz dia comel dan isinya pun sedikit. Kena makan banyak-banyak baru puas dinikmati. Beberapa hari jugalah saya makan nak bagi habiskan.
Nasib baik beli sikit je sebab saya makan seorang je. Encik Suami tak suka makan buah-buah rare macam ni. Suruh rasa pun tak nak. Makanya, kita hadaplah sendirian.
30 تعليقات
Ooo camtu rupa buah keranji hehe seumur hidup ni la first time tgk.rupa parasnya haha
ردحذفOoo rasa masam² mcm asm jawa, ok ka bkn rs pelik² hahah cuma mcm x puas ye kalau makan sikit tp kan buah ni just ada kat temerloh je ke eh?
Kalau pertama kali makan mungkin rasa pelik sikit tapi kalau dah pernah makan buah asam jawa tu mungkin tak pelik sangat. hihi..tapi tak tahulah kan. Lain orang lain dia punya terjemahan rasa tu.
حذفbuah keranji saya selalu mkn zmn sek rendah..tapi lately pun ada jer mkn..esp my adik suka buah ni, so bila dia beli, dia akan pass kat i jugak...bila mkn buah ni, otomatik akan teringat psl pantun buah keranji dlm perahu tu
ردحذفMaksudnya belah Pantai Timur memang kayalah dengan buah keranji ni ye? Betul, teringat terus pantun tu. hihihi...
حذفDulu orang kampung akk masuk hutan bila musim buah keranji & buah perah utk kutip buah2 ni. Balik rumah kami sekampung datang beli. Satu cupak (time tu masih guna cupak) 50 sen je. Lepas tu pakat makan di tepi tali air dekat bendang. Seronok utk dikenang hehe
ردحذفOhh..susah kan buah ni nak dapat kat dalam hutan nun. Murah betul harga makanan dulu-dulu. Entah-entah secupak dulu sama dengan sebekas RM5 yang saya beli ni. Syoknya tu makan tepi bendang...kann..menariknya kenangan zaman akak tu.
حذفWow, it's fascinating to see Keranji fruit here! All the characteristics you mentioned match Velvet Tamarind (Dialium guineense), which is very common in West Africa and known as Icheku in Nigeria. Just like you described, you gently crack the brittle outer skin to reach the sweet and tart orange pulp. It definitely takes patience to eat a handful, but it's totally worth it!
ردحذفThank you for sharing this interesting information! I’m glad to know that the Keranji fruit is also known as Velvet Tamarind and is commonly found in West Africa, especially in Nigeria.
حذفIcheku is such a cute name! Yes, worth it if you like the taste.
Apa ke rasanya tu?
ردحذفSeperti yang telah diceritakan dalam post diatas Linda. huhuhuhu...
حذفLama tak makan buah keranji ni. Masam2 sikit sedap jugak.
ردحذفA'ah. Masam-masam sikit tu layan juga kan.
حذفsaya tak pernah makan. hitam sungguh kulit dia ye.
ردحذفoh rasa macam asam jawa rupanya. sesuai buat air tak?
Ya, hitam macam baldu sikit kulitnya. Ya, macam asam jawa. Isinya nipis macam tak sesuai untuk dibuat air. Makan begitu je lah.
حذفAda 5 tahun KSarie tak makan buah keranji sebab tak jumpa cari. Nanti hendak keranji hunting la bila ada masa
ردحذفBuah rare ni macam payah nak cari kan. Ini pun saya tengok macam rare je, rupanya buah keranji. Baru pertama kali tengok dan makan. Untung juga beli boleh cuba rasa. Semoga KakSarie dapat jumpa buah keranji ni nanti. Aamiin...
حذفKak SA pernah makan buah keranji masa pi Sarawak dulu....betul rasa macam asam jawa skit...
ردحذفSedap juga kan rasa dia. Ralit juga makan sebab dia kecil-kecil je kan, sambil tu manahan rasa masam-masam sikit.
حذفSedapnya lama tak jumpa buah keranji ni
ردحذفBuah rare ni macam susah nak jumpa kan. Saya pun baru pertama kali jumpa.
حذفBuah paling jarang jumpa
ردحذفBuah zaman kanak2 ciknur ni
Skrg kalu jumpa mesti beli sbnya paayahh nk dpt dah
Oh ye? Kalau dapat ni seronok kan. Sambil tu teringat kenangan zaman kanak-kanak dulu.
حذفBetul, buah rare payah nak dapat.
Buah keranji atas perahu, saya pura - pura tak tahu. Eh! tak ingat pernah makan ke idok buah ini. Erm...
ردحذفEhhhh...salah tu salah..Lain benor pulak bunyi pantunnya ye. hihihi..
حذفNanti kalau datang ke Pekan Sehari Temerloh bolehlah membeli dan cuba rasa.
baca tajuk memang terus auto teringat pantun ni.
ردحذفteringin gak nak cuba, kalau masam2 manja bolehlah...kalau masam beriya macam cermai tu huhuhu...ngilu gigi mak
Kannn..auo terus teringat pantun buah keranji tu. Buah cermai tu masam ya amat. Saya pun tak boleh nak makan. Yang ni okay lagilah masam-masam manja gitu.
حذفKalau jumpa nak rasa juga. Agaknya pokok Keranji ni tumbuh kat certain negeri sebab kat sini tak pernah jumpa buahnya.
ردحذفMungkin juga tu sebab kita tak pernah jumpa buah ni kan. Kalau jumpa kena beli tu.
حذفkita team suami fiza 🫣
ردحذفtapi pantun tu tahu la... ihiii~
Hihi..kena cuba dulu Sya.
حذف