Sambung cerita lepas bersarapan di Warung Kopi Peng, kami berpisah dengan anak buah and the gang bawa haluan destinasi masing-masing. Alang-alang dah keluar awal, jomlah kita ke Pasar Ampangan membeli bahan masakan.

Macam biasa kami ke kedai pakcik ni. Geram betul tengok ikan segar-segar. Macam biasa beli stok ikan kembung banyak-banyak untuk seminggu. Kami memang penggemar ikan kembung. Beli yang sederhana saiznya, baru sedap.
Saya jarang ke pasar Ampangan ni. Encik Suami je yang biasa membeli. Sesekali je ikut. Alang-alang dah keluar sarapan, ikutlah sekali ke pasar. Tak banyak nak membeli barang. Cuma nak beli barang basah je, ikan dan ayam.
Dalam jalan-jalan mencari ikan, ada pula si comel ni. Perhati je pekerja kedai ikan tu buat kerja. Dengan harapan agaknya dapatlah seekor ikan. Entah dapat ke tidak tu tak tahulah.

Macam biasa kami ke kedai pakcik ni. Geram betul tengok ikan segar-segar. Macam biasa beli stok ikan kembung banyak-banyak untuk seminggu. Kami memang penggemar ikan kembung. Beli yang sederhana saiznya, baru sedap.
![]() |
| Pakcik tu tanya nak potong ke tidak, bukan buat gaya Ultraman ye |
Ikan kembung goreng perasakan dengan garam, serbuk kunyit dan pes asam jawa sikit. Itulah resipi rahsia ikan kembung goreng sedap. Kalau tidak pun ikan kembung masak asam pedas atau ikan kembung singgang.
Tambah juga beli ikan kerisi. Lama tak makan ikan kerisi goreng garing-garing. Beli juga ikan merah seekor. Goreng pun sodap!
Pertama kali beli ikan merah seekor. Biasa beli 2 keping je, buat rasa-rasa. Tapi kalau dikira-kira lagi berbaloi beli seekor daripada potong-potong tu. Harga potong-potong tu lagi mahal kalau dikira perkilo.
Dah beli, lepas tu tak tahu kepala ikan merah tu nak masak apa. Kami bukan biasa makan kepala ikan kari ke sup ke. Nampaknya macam bakal dibuat sup je tu. Tinggal sekeping lagi, bahagian ekor dan kepala je. 2 keping dah selamat di goreng.
Ikan merah je kami minta siang dan potong. Ikan kecil siang sendiri kat rumah. Ikan kembung kalau pekerja tu siang tak cantik kejadian dia. Dia bukan potong tengah bawah perut tu. Dia potong tengah tepi badan ikan.
Kita ni bukan boleh tengok ikan potong macam tu. Tak easthetic lansung. Kalau basuh pun hancur bahagian perutnya tu nanti. Kena bagitahu awal-awal kalau tak nak siang. Kalau tidak. laju je potong. Tahu-tahu dah terlepas siang seekor.
Tentang harga tu, tak tahu nak kata lah. Mana ada harga barang murah sekarang ni.

22 Comments
Wak pegi pasar ikan seminggu sekali.
ReplyDeleteMesti cari ikan tongkol putih untuk majikan2 kat rumah tu.
Untung majikan si bulus wak tu dapat makan ikan sedap.
Deleteammi pun penggemar ikan kembung dan ammi pun macam fiza mmg jarang ke pasar. kalau pegi pun jarang-jarang nak pegang ikan atau ayam. kita biarkan suami je uruskan. bab siang-menyiang ikan tu ammi tak kisah apa rupa sekalipun asalkan ko jangan penggal kepala ikanku...i want that kepala hahah..
ReplyDeleteIkan kembung paling mesra dengan selera. Boleh masak pelbagai jenis menu kan. Hihi..kann. Biar Encik Suami je yang uruskan. Tapi bab siang tu saya kena buat, risau tak ikut KPI.
Deletelama tak nampak kak fiza update entry baru. welcome back!
ReplyDeletecomelnya budak bulus tu, nampak bersih! harap2 penjual kat pasar tu berkongsi rezeki dgn si bulus..
harga ikan kembung makin mahal kan. dulu saya slalu beli ikan kembung utk kucing. sbb harga ikan kembung mahal, kita tukar bagi dia makan dada ayam je haha
Terima kasih Mazni. Rezeki si bulus, mesti dapat punya ikan segar. Betul, ikan kembung makin mahal dan susah nak dapat juga kadang. Lagi mewah tu dapat makan dada ayam.
Deletegeram jer tgk sibulus tuuuu
ReplyDeleteSibulus yang comel.
Deletesi tomfok tu geram betul...bergedik2 misai dia ada bau makanan favorite tu haha
ReplyDeleteKann...tengah menunggu makanan lah tu.
Deletecomel kucing tu
ReplyDeleteMemang comel.
DeleteBab2 barang basah itu semua ayah Cuya uruskan... Cuya tukang masak dan makan je. Hehehe
ReplyDeleteUntung sangat, tinggal masak dan makan je. Tak payah susah payah nak beli dan siang semua.
DeleteSyoknya jalan-jalan pasar macam ni, sukaaa~ rasa fresh tengok lauk-lauk.
ReplyDeleteKita dah lama betul tak makan ikan, last makan ikan patin masak tempoyak (beli). Daktiga more to ayam, minggu ni stat cari ikan. Tak kiraaa~
Terapi buat kita kan. Ikutkan nak je beli yang segar-segar tu. Budak-budak memang suka ayam lagi berbanding ikan. Sesekali try masak ikan pulak. Kot laku tiba-tiba kan. hihi...Selamat mencari ikan.
DeleteOh kena letak pes asam jawa bagi ikan goreng sedap! Menarik. Kalau teringat boleh letak nanti. Insya Allah.
ReplyDeleteYe kak. Letak sikit je lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Cuma nanti jangan buka api besar sangat. Masak pun tak perlu lama nanti ikan jadi cepat gelap macam hangus. Minyak pun akan jadi gelap sikit warnanya.
DeleteAkak baca beberapa entri Fizah hari ni. Tulisan Fizah bersahaja, tapi tergelak akak. Contoh dalam entri ni, pakcik tu bukan buat gaya ultraman. Yang entri lagi satu, pakai telekung bertukar jadi obor-obor. Terhibur akak, membayangkan. Terima kasih tau, Fizah. Stay you. Selamat kembali, semoga yang baik-baik untuk Fizah. Comel kucing dalam gambar, tengok tokei ikan dengan penuh pengharapan gitu.
ReplyDeleteTerharu pulak saya dapat menceriakan hari Kak Nur. Sama-sama Kak Nur. Semoga yang baik-baik juga untuk Kak Nur. Harap kucing tu dapatlah upahnya kan.
DeleteSaya nih sukaaaaaa ikan sebenernya kak. Tp tak berani nak masak hahahahhaha. Ikan ini tricky sikit kan. Kalau tak pandai mengolah, rasanya jadi amis dan tak sedap.
ReplyDeleteKrn itu saya tak pernah sekalipun masak ikan sendiri, pasti selalu beef atau ayam.
Kalo nak ikan, beli lah maknanya di kedai makan 😄
Kalau ikan laut kurang sikit rasa hamis tu. Ikan sungai kena basuh sebersih-bersihnya. Biasanya basuh guna limau kesturi atau asam jawa atau asam keping. Baru tak hamis hanyir.
DeleteOhh macam tu..faham. Takpe, in case kalau kena masak begitulah caranya.