Tahu tak roti sourdough ada jual kat Pharmacy Alpro? Saya pun baru tahu. Tak ingat siapa yang share dalam TikTok. Dah lama juga rasanya teringin nak mencuba rasa roti sourdough ni. Ini pertama kali baru nak mencuba.
Lulus diet katanya sebab rendah GI (Glycemic Index). Bukan sekadar itu, rendah karbo juga sesuailah untuk mereka yang mengamalkan diet atau untuk pesakit kencing manis (diabetes).
Cantik elok packaging dia dengan zip lock. Pekerja farmasi terangkan cara simpan dia kena masukkan dalam peti ais sejuk beku tu. Tahan 7 hari. Nak makan, keluarkan je dan biarkan sekejap.

Ingatkan keras kematu lepas keluarkan dari dalam peti ais. Rupanya tak keras ye. Dia lembut yang amat. Dahlah lembut, sedap pula tu. Tak cukup sekeping macam ni. Kalah dengan roti lain ye.
Banyak juga flaxseed oat. Roti tak ada bau pelik dan tak ada rasa masam yis tu. Bau roti yang sedap.

Untuk satu bungkus ni harga dia RM14.90. Kenapa mahal? Sebabnya proses pembuatan yang memerlukan masa yang lama. Proses adunan dan fermentasi tu ambil masa. Nak hidupkan yis lagi berhari-hari. Bahan-bahan yang digunakan pun berkualiti.
Makan begitu je pun dah sedap. Inikan pula kalau buat roti bakar ke, sandwich, sapu any jem ke kan.

Ingatkan keras kematu lepas keluarkan dari dalam peti ais. Rupanya tak keras ye. Dia lembut yang amat. Dahlah lembut, sedap pula tu. Tak cukup sekeping macam ni. Kalah dengan roti lain ye.
Banyak juga flaxseed oat. Roti tak ada bau pelik dan tak ada rasa masam yis tu. Bau roti yang sedap.

Kelebihan Roti Sourdough LowCarb Flaxseed Oat
- Indeks Glisemik (GI) Rendah: GI 37 membantu menstabilkan gula darah berbanding roti putih (GI 72)
- Rendah Karbohidrat: 2 keping roti ini mengandungi jumlah karbohidrat seperti 1 keping roti biasa
- Tinggi Serat: Membantu anda rasa kenyang lebih lama dan menyokong pencernaan yang lebih baik
- Tinggi Protein: Mengandungi lebih banyak protein daripada roti biasa
—sumber AI overview.
Makan begitu je pun dah sedap. Inikan pula kalau buat roti bakar ke, sandwich, sapu any jem ke kan.
32 Comments
Buat sandwich sedap ni. Boleh la buat menu diet.
ReplyDeleteSedap, bakar sikit dengan butter pun sedap. Sesuai sangat untuk menu diet.
DeleteMZ pernah beli roti ni kat Village Grocer bakery..memang sesuai utk reduce carbo...baru tahu ada dijual kat pharmacy yer..bolehlah try beli nanti (nak kena google2 ada ker tak farmasi ni kat my area)
ReplyDeleteSenang tu mudah nak cari. Tak silap ada juga di Jaya Grocer tapi macam tak jumpa pulak. Ya, sesuai sangat untuk kurangkan karbo. Saya pun baru tahu. Boleh cari di Pharmacy Alpro berdekatan kalau masih ada stok.
DeleteBaru tahu jugak dekat Alpro tu ada jual roti macam ni.
ReplyDeletePergi farmasi beli ubat ❎
Pergi farmasi beli roti✅
Bagusnya walaupun harganya mahal tapi boleh tahan 7 hari, kiranya boleh simpan lama . Kalau berkhasiat tak terasalah mahal tu, kan. Nak nak pulak masih sedap dan lembut rotinya walaupun disimpan dalam freezer.
Lepas ni pergi pharmacy bukan beli ubat. Beli roti semata-mata. hihi...
DeleteYa, kualiti dan harga tu seiringlah kan. Kesedapan dan kelembutan dia tu ngam betul dengan selera.
Baru tahu ni... Boleh la try kot² masuk ke PA ni...
ReplyDeleteBolehlah tengok² nanti kot ada.
Deletemcm2 org buat sekarang kan.
ReplyDeleteYa, roti sourdough ni dah lama cuma sekarang macam dah banyak di pasaran.
DeleteSedapnya... sy x pernah rasa tp mst sedap kan? teringin.. selalu nmpk org jual je.. siap ada PS yg jual dr KL
ReplyDeleteSangat sedap. Serious! Kena cuba sekali KakMim. Saya belum pernah beli yang orang jual. Nilah first time cuba. Mungkin nanti boleh cuba yang orang lain buat pulak. Boleh compare nanti.
DeleteMA pun pernah beli sekali, jarang sgt ke alpro
ReplyDeleteSedap dan lembut kan? Pergi Alpro pun sebab nak beli roti. hihi...
DeleteLinda pernah tahu pasal roti ni, cuma tak pernah beli dan rasa..
ReplyDeleteSedap dan lembut tau. Trylah nanti.
DeletePaling suka roti sourdough 😍😍😍. Tp memang dia mahal. Apalagi kalau pakai aneka seeds. Biasanya saya buat utk bikin sandwich tuna atau telur . Sedaap
ReplyDeleteItulah tu, harga berganda mahal. Sesekali boleh lah kan. Sandwich tuna atau telur, dua-dua pun saya suka. Betul tu, sedap!
Deletemakanan sihat, kebanyakkannya mahal. kenapa? sebab kualitinya.
ReplyDeleteKannn...kualiti setanding harganya gitu.
Deletemaksud tu 7 hari dlm peti sejuk beku or roti ni boleh tahan dalam masa 7 hari?
ReplyDeleteRoti tu tahan 7 hari. Kalau roti biasa kan cepat sikit expired dia.
DeleteKalau gini dengan poket-poket sekali diet huhu 😁
ReplyDeleteNampak sedap pula..
Hihi..tahu takpe. Sesekali nak rasa bolehlah. Sebulan sekali ke kan. Setiap minggu rabak jugak.
DeleteTeracun akak sebab akak suka cuba makanan sihat. Nanti kena pergi tanya pekerja Alpro. Lagilah kata sedap dan tidak keras buat rasa macam menarik.
ReplyDeleteSila cari dan beli kak. Dah cuba sekali mesti nak lagi. Semoga ada rezeki kak Wina.
DeleteMacam magis roti ni. Masuk dalam freezer masih lembut bila dikeluarkan. Ini yang buat teruja nak kena cari ni nanti.
ReplyDeleteYa, kena biarkan seketika dulu bagi lembut. Tapi taklah lama. Sekejap je. Lepas tu lembut dah. Selamat mencari dan mencuba.
DeleteTerima kasih Fizah. Banyak info tentang roti Kak Amie belajar dari blog Fizah.
ReplyDeleteSemoga kita tambah sihat dengan pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Sama-sama kak Amie. Tapi serious roti sourdough ni paling sedap pada saya. hihi...InshaAllah. Semoga usaha kita berhasil.
Deletemak ai mahalnya. kalau beli ni mmg kita makan sorang2 je taknak share ngan org lain hahaha
ReplyDeleteYa, harga boleh tahan juga tu. Sebulan sekali bolehlah kot kan. Tudiaa makan sorang tak nak share. hihi...
Delete