Seminggu lepas follow up pertama hari tu, kena datang lagi jumpa doktor pakar. Nak tak nak kenalah datang juga untuk check keadaan mata. Mana boleh kite mamandai-mandai kata dah okay.
Mujurlah tak jauh sangat dari rumah mudah nak ulang-alik. Tapi kalau jem, dari 15 minit boleh jadi dekat 30 minit, boleh jadi 1 jam juga. Terutamanya hari bekerja sebab nak sampai ke sana banyak melalui jalan utama yang sibuk. Sabar je lah.

Macam biasalah pergi daftar dulu barulah pergi ke klinik. Hari Sabtu boleh tahan ramai juga macam hari biasa.

Doktor check penglihatan mata samada boleh baca jauh atau dekat. Banyak juga perubahan positif. Bagus doktor kata ada banyak yang boleh baca.
So far untuk jarak jauh saya rasa macam dah semakin jelas. Cuma jarak dekat tu lah nak kena adjust jarak baru dapat baca. Tapi masih kabur dan tak betul-betul jelas. Itu akan ambil masa lagi. Power mata sebelah kanan pun dah hampir 0.
Doktor check juga keadaan mata guna mesin khas. Luka dah baik dan keadaan mata okay. Tekanan mata pun okay juga. Alhamdulillah...
Dah bolehlah solat macam biasa dan cuci muka dan rambut macam biasa kena air. Cumanya kita ni risau masih berhati-hati kalau nak ambil wuduk, bersihkan muka dan rambut. Tetap bersopan santun dan berkhemah. Tak boleh lasak-lasak.
Bab masak pun saya masak yang mudah-mudah je. Rebus-rebus je. Nak tumis pun risau juga takut terkena mata. Tunggulah rasa dah betul-betul okay baru memberanikan diri. Kita makan ringkas-ringkas je lah.
Tapi sakit tekak ni, kurang selera pulak nak makan. Ada hikmahnya jugalah tu kan. Kita fikir positif je lah. Apa-apa berlaku semua dengan izin Allah.
Syukur mata dah tak sakit dah. Kena rajin titiskan ubat. Ubat titis pun doktor pesan dah boleh kurangkan letak. Dari setiap 2 jam kepada 4 jam sekali je. Ubat antibiotik tak perlu letak dah sebab luka dah sembuh.
Syukur mata dah tak sakit dah. Kena rajin titiskan ubat. Ubat titis pun doktor pesan dah boleh kurangkan letak. Dari setiap 2 jam kepada 4 jam sekali je. Ubat antibiotik tak perlu letak dah sebab luka dah sembuh.
Kemudian set tarikh untuk surgery mata sebelah kiri pula, dalam minggu ni. Dup dap dup dap menunggu hari. Semoga kesihatan saya baik-baik je dan Allah lancarkan segala urusan kami. Aamiin...
38 Comments
Alhamdulillah makin positif perkembangannya...moga segera beroleh kesembuhan yang tiada kesakitan selepasnya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur.
DeleteAamiin...
Terima kasih.
shafakillah. bestnya bila dh sembuh dan tak pyh pakai spec dh lps ni
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih.
DeleteAlhamdulillah..separuh jalan sudah. InshaAllah glasses free soon.
Semoga dipermudah semuanya fiza... ada hikmah jugak tu masak rebus2 boleh la jaga kesihatan while recovering.. part nk wuduk & mandi tu, fahammm... begitulah kan nnt lasak2 takut trauma pulak yg dpt
ReplyDeleteInshaAllah..Aamiin..Ye, ada hikmahnya tu. Betul tu KakMim. Ye, kita hati-hati buat masa ni. Jaga sebaiknya.
Deletesmoga dipermudahkan segala urusan and cpt sembuh..mmg berdebar la kalo melibatkn mata ni kn
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih kak. Terlalu mendebarkan..huhu...
DeleteWalaupun rasa dah okey, tak boleh pakai rasa², kena periksa juga dengan yang pakar. Mujur semua baik², semoga proses mata yang sebelah lagi tu pun lancar dan cepat sembuh nanti. Kena banyak berehat, tak yah masak takpe kot buat masa ni.
ReplyDeleteBetul tu. Tetaplah kena jumpa doktor. InshaAllah...Aamiin...Terima kasih bonda. Hihi..masak simple je. Kadang kalau teringin tu masak jugalah kalau jemu membeli.
DeleteAlhamdulillah..lega 1 part.. debar semula untuk 1 part ..semoga dipermudah segala urusan...
ReplyDeleteAlhamdulillah...legaaa. Berdebar pula menanti.
DeleteAamiin..Terima kasih Linda.
moga dipermudahkan urusan....and moga cepat2 sihat. dekat sgt ngan rumah Ibu MA ni,,,next time roger2 la kalau ada appt kat sana, mana tau MA free..leh kopi2 kat palm mall ke kan....
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih Mummy Ayu. Ohh dekat ye. hihi..Baikkk
DeleteAlhamdulillah... Mata kanan dah settle. Mata kiri pula. Semoga dipermudahkan dan diberi kelancaran.. Aamiin ..
ReplyDeleteAlhamdulillah..lega sikit. Debaran seterusnya menanti.
DeleteInshaAllah. Aamiin...
moga baik-baik semuanya ye Fiza,syukurnya nanti dah tak perlu pakai spec
ReplyDeleteInshaAllah...Terima kasih kak Afzan. Ye, harap begitulah.
DeleteKakak, kalau nanti seandainya mata dah semakin jelas, boleh tak olahraga Berat macam angkat beban? Soalnya beberapa penyakit mata tak bisa angkat beban Krn akan ada tekanan di bola mata. Nak tahu saja, apalagi saya rutin angkat beban.
ReplyDeleteApa yang saya pernah baca, boleh je angkat beban tu tapi yang ringan-ringan dulu lah bawah 4kg selepas 2-3bulan. Tapi apa-apapun kena rujuk pada doktor dulu sebab kes setiap individu tu berbeza. Cuma masa follow up baru ni doktor pesan jangan berenang atau melibatkan aktiviti air. Nanti saya tanya doktor pasal angkat beban tu sebab saya pun nak teruskan angkat beban kettle ball 6kg tu.
DeleteSihat terus Fiza. Semoga dipermudahkan semua urusan kamu.
ReplyDeleteKitanya seram part operation gini~ cukupla sekali operation bersalin dulu, trauma.
Aamiin..Terima kasih Sya. Ikutkan memang seramlah. Tapi tulah kena kuat dan beranikan diri jugalah. huhu...
Deletealhamdulillah makin baik, moga terus sihat ye
ReplyDeleteAlhamdulillah...Aamiin..Terima kasih Lydia.
Deletealhamdulillah... dah selesai satu bahagian...
ReplyDeletemudah-mudahan yg seterusnya ni nanti berjalan lancar...aminnn
Alhamdulillah...
DeleteAamiinn...Terima kasih Anies.
Kalau nak masak yang goreng-goreng mungkin kena pakai safety goggle.
ReplyDeleteA'ah, boleh juga.
DeleteSemoga dipermudahkan untuk pembedahan ke-2. Hehe tidak jemu ke makan rebus-rebus?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat sudah. Terima kasih kak. Jemu jugak kak Wina, tu yang beli roti buat hilang jemu. hihi...
DeleteDah ok ke sekarang?.
ReplyDeleteTertinggal keretapi.
Moga lekas sembuh.
Masak rebus2 pun sedap je. Lagi2 kalau ulam pucuk buas2, yg penting ada pencicah power.
Alhamdulillah, lebih baik. It's OK kak.
DeleteInshaAllah...Aamiin.. Ulam rebus-rebus tu sedap cicah sambal. Pucuk buas macam tak pernah dengar lah pulak. Kena google. hihi...
Alhamdulillah, mata semakin sihat. Semoga selamat ya, Fizah, pembedahan mata lagi sebelah. Jaga diri. 🤗
ReplyDeleteAlhamdulillah...perubahan positif. Selamat sudah KakNur. Terima kasih KakNur.
DeleteKakNur juga, take care.
Alhamdulillah....semakin molek matanya. Semoga terus sembuh dan mendapat pandangan mata yang terbaik. Lama2 makan rebus2 memang kurang lalu jadinya ye
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur. Better. Aamiin..Terima kasih KakSarie. Itulah tu, kena tukar selera.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteAllah rezekikan untuk melihat dengan jelas menggunakan anugerah semula jadi.
Take care Fizah.
Alhamdulillah. Dapat kembali melihat dengan lebih baik. Terima kasih Kak Amie.
Delete