Umur makin meningkat ni, penglihatan pun mula lah buat hal kan. Rabun jauh tu tak ada masalah kalau pakai cermin mata atau contact lens sebab saya pakai cermin mata pun sejak dari sekolah Menengah lagi.
Itulah, dulu zaman sekolah tak jaga mata betul-betul. Kan dah rabun jauh. Tak nak dengar cakap mak, tengok TV dekat-dekat. Hadap computer lama. Itulah akibatnya! Dah kena pakai cermin mata sampai sekarang. Mujurlah power dia tak tinggi sangat.
Tapi dulu bukan main seronok dapat pakai cermin mata. Sekarang dah rasa leceh dan rimas pula. ON OFF pakai. Itu belum lagi kalau tertinggal cermin mata. Merana tak tak nampak apa, kabur semuanya. Kadang orang cop kita sombong sebab tak senyum. Padahal kita tak nampak.
Maknanya apa? Rabun dekat ke tu? Ahh sudah. Tak bersedia lagi nak rabun dekat ni. Kadang nampak jelas, kadang kena adjust sikit jarak tu baru nampak bila pakai cermin mata. Yang pastinya kalau nak tengok handphone atau buat kerja guna computer kena tanggalkan cermin mata. Baru selesa dan jelas.
Nak dijadikan cerita, sejak last year bila tengok handphone kena buka cermin mata baru nampak jelas. Padahal beberapa bulan sebelum tu baru buat cermin mata baru kot. Takkan silap power cermin mata kot. Kalau pakai cermin mata tengok handphone rasa tak selesa sebab kabur.
Maknanya apa? Rabun dekat ke tu? Ahh sudah. Tak bersedia lagi nak rabun dekat ni. Kadang nampak jelas, kadang kena adjust sikit jarak tu baru nampak bila pakai cermin mata. Yang pastinya kalau nak tengok handphone atau buat kerja guna computer kena tanggalkan cermin mata. Baru selesa dan jelas.
Boleh je buat cermin mata multifocal tapi tak tahulah kenapa macam tak nak buat. Lebih selesa tengok jarak dekat tanpa cermin mata kot. Jadi, nak tengok dekat buka je cermin mata tu.
Ikutkan kehendak, macam nak buat lasik. Masalahnya insurance tak cover untuk pembedahan mata lasik sebab itu dalam kategori pembedahan kosmetik. Tapi ada sesetengah isu boleh cover. Kita cuba nasib je lah tengok apa masalahnya dulu. Boleh tak boleh belakang cerita.
Ikutkan kehendak, macam nak buat lasik. Masalahnya insurance tak cover untuk pembedahan mata lasik sebab itu dalam kategori pembedahan kosmetik. Tapi ada sesetengah isu boleh cover. Kita cuba nasib je lah tengok apa masalahnya dulu. Boleh tak boleh belakang cerita.
Telefon syarikat insurans dan KPJ
Encik Suami call insurance dan KPJ untuk kepastian. Call insurance kata boleh dan KPJ minta datang untuk consult dulu. Saya perlu daftar dulu di KPJ.Pada hari yang ditetapkan, kami pun pergilah daftar di KPJ Seremban. Sekali dia kata kena ada referral letter dari klinik panel untuk guna GL (General Liability) insurance.




Kita punya berdebar hanya Allah je tahu. Dup dap dup dap je. Semoga Allah permudah segala urusan kami. Aamiin...
Jumlah kos : RM200 lebih. (consultation dan beberapa test)

Dapatkan referral letter
Terpaksalah pergi ke klinik panel dulu, jumpa doktor dan minta referral letter. Mujurlah prosesnya tak lama. Kemudian pergi semula ke KPJ. Doktor panel pun tak banyak soal dan mempermudah urusan.
Daftar di KPJ
Dah dapat referral letter, pergi semula ke KPJ Seremban dan daftar memandangkan saya tak ada rekod lagi di KPJ. Selesai daftar semua, barulah pergi ke klinik Ophthalmologist & Medical Retina Specialist jumpa doktor pakar yang dipilih.Consult dengan Ophthalmologist & Medical Retina Specialist
Doktor pakar bertanyakan sejarah mata dan kesihatan semua tu lah. Baru tahu di KPJ Seremban ni tak ada buat pembedahan lasik mata. Di sini ada beberapa jenis pembedahan mata dan doktor terangkan satu persatu.
Pemeriksaan mata
Alang-alang dah jumpa doktor, buat sekali pemeriksaan masa. Test tahap rabun dan silau. Dilute dengan ubat titis mata bagi kembang untuk buat pemeriksaan tekanan mata (intraocular pressure).
Masa ubat titis tu masuk mata, pedih lain macam ye. Kesannya, pandangan akan kabur 4-5 jam macam tu. Kemudian Doktor check retina guna alatan khas. Lepas tu letak ubat kebas sampai tak rasa doktor pegang retina. Pedih mata menahan silau tengok lampu pada alatan tu.
Usai check, doktor bagitahu keputusan dan bawa berbincang sekali lagi. Katanya ada katarak tapi minor. Bukan tahap serius. Kalau tengok dari mata kasar mata normal je. Tak nampak lansung ada katarak pun. hmm...kita pun dah rasa down. Aa risauuu...
IOL (intraocular lens) Surgery
Untuk kes saya boleh buat pembedahan katarak, IOL (intraocular lens) dan saya pilih multifocal lens untuk pandangan rabun jauh dan dekat.IOL ni ada 3 jenis lens iaitu monofocal (kanta satu pandangan samada rabun dekat atau jauh), multifocal (kanta pelbagai untuk pandangan jauh dan dekat) dan toric (kanta betulkan padangan).
Disebabkan saya dah memang rabun jauh dan pandangan dekat pun kabur kalau guna cermin mata, jadi pilih multifocal lens lah. Boleh je buat cermin mata multifocal tapi saya nak bebas pakai cermin mata.
Doktor terangkan pilihan rawatan yang ada dan sesuai dengan keadaan. Beritahu kesannya, jangkamasa rawatan dan juga pembedahan. Dah setuju semua, seterusnya janji temu untuk pre-assessment pula.

Kita punya berdebar hanya Allah je tahu. Dup dap dup dap je. Semoga Allah permudah segala urusan kami. Aamiin...
Jumlah kos : RM200 lebih. (consultation dan beberapa test)
35 Comments
Ramai kawan² kita yang pakai cermin mata, buka cermin mata setiap kali nak tengok hp. Yang kelakar tu nanti kalau tengok hp atau PC, semua letak cermin mata atas meja. Sy rabun dekat, puncanya katarak ke, sama macam Fiza? Tak pernah check pulak dengan doktor pakar. Jadi, skrg Fiza nak buat rawatan lasik ke macam mana? Mudah²an tiada yang memudaratkan dan selesai semuanya dengan baik nanti.
ReplyDeleteHihi...Dah jadi normal dah gitu ek. Agaknya kita ni lama sangat tengok handphone. Tak pastilah. Kena check juga tu. Saya buat cataract surgery IOL tu seperti yang diceritakan.
DeleteBab mata ni memang menyeramkan. Wife dah lalulinya dan sentiasa perlu sentiasa berhati-hati sebab ada diabetis sekali. Macam-macam dah treatment, dari kanan ke kiri, ulang balik. Semoga dipermudahkan prosesnya.
ReplyDeleteBetul, risau kan kalau permandangan tu kurang jelas. Kena extra berjaga-jaga kalau ada diabetes, risau kesan lain yang datang. Allahuakbar, tak mudah perjalanan tu. Semoga baik-baik je matanya. InshaAllah...Aamiinn...
DeleteKita pun da tergolong dalam skuad ni, bila tgk dekat buka cermin mata. Takpelah, layankan je kemenuaan diriku ini, ihiks~ windu Fiza yang comel.
ReplyDeleteRimas kan kadang nak on off cermin mata ni. Faktor umur, nak buat macamana kan.
DeleteHihi..mekasih Sya!
allahumma yassir utk fiza
ReplyDeleteJazak Allahu khairan
DeleteCie masa kecik memang berimpian nak pakai spec ye. Entah pape punya impian entah 🤣. Maka nya Allah makbulkan mula pakai tahun 2009. Power Cie pun takdela tinggi sangat tapi kalau tak pakai memang tak nampak. Bila tengok hp ada masa buka spec. Dekat nampak la. Teringin nak buat lasik. Rimas dah pakai spec selalu tanggal tinggal merata lepas tu lupa jenuh mencari.
ReplyDeleteKann..dulu kecik² kemain beria nak pakai spec. Dah besar menyesal pulak bila rabun. Rimas pulak jadinya. Samalah kita, power tak tinggi sangat tapi kalau tengok phone tu lagi jelas kalau buka spec. Payah kan kalau nak tengok jauh kena mencari spec dulu. huhu... Buat lasik okay tapi baca dari review rabun tu akan datang kembali selepas beberapa tahun. Tak pasti berapa lama. Bergantung pada penjagaan mata individu tu kot.
DeleteHi Fizah, apa khabar? Macam lama menyepi.
ReplyDeleteCerita pasal kaca mata tu, memang rimas sebenarnya. Tapi terpaksa pakai sebab terpaksa. Kak Amie rabun jauh dan dekat, silau lagi hihihiii.
Mudah-mudahan Fizah dapat buat pilihan yang tepat untuk masalah penglihatan Fizah.
Semoga dipermudah urusan perawatan matanya
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih wak.
DeleteRawatan lasik ni memang impian mereka yang berkaca mata. Bila umur dah meningkat ni, teringin sangat nak bebas dari pakai spek. Semoga dipermudahkan perawatannya ya
ReplyDeleteBenar, impian orang rabun nak bebas bercermin mata. InshaAllah..Aamiin...Terima kasih atas doanya.
Deletesemoga yang baik2 je untuk sis Fiza...macam linda pula, bila tengok dekat buka cermin mata, sebab dah penat pakai cermin mata.. hahaha...kadang2 duduk rumah, tak pakai pun cermin mata..masih boleh buat kerja2 rumah...tapi, kalau nak puaskan pandangan memang kena pakai cermin mata lah
ReplyDeleteInshaAllah, Aamiin...Terima kasih Linda.
DeleteSamalah situasi macam saya. Cuma keluar rumah je pakai cermin mata baru nampak jelas. Kat rumah memang tak pakai. Pakai bila perlu je.
KSarie faham perasaan terpleot sebab kena pakai cermin mata. Banyak aktiviti yang kena berhati-hati dan let go. Anak KSarie pernah hilang cermin mata masa mandi laut😅 Semoga dipermudahkan semua urusannya.
ReplyDeleteAlamak, sampai boleh hilang cermin mata tu. Dibawa ombak kuat agaknya kot. Banyak kisahnya kalau hilang atau patah spek ni.
DeleteInshaAllah..Aamiinn...Terima kasih KakSarie.
Ammi buat spec with multifocal lense tapiii hmmm tak selesa ammi pakai. Tetap bila nak membaca kat hp or tgk jam ammi buka cermin. Motif betullll bayar memahal tapi tak selesa
ReplyDeletePernah juga nak buat cermin mata mutifocal. Tapi dia kata kalau tak guna untuk tengok dekat better tak payah buat multifocal. Harga memang boleh tahan juga kan.
DeleteOk baru baca cerita awal pasal surgery mata Fiza ni. Lepas ni dah seronoklah Fiza bebas tanpa spec.
ReplyDeleteAkak pakai spec multifocal, walaupun tahap rabun dekat tu sikit je. Ada jugak keinginan bebas spec tapi takut nak buat lasik. Fiza ni kira pemberani.
InshaAllah... Tak sabar nak bebas bercermin mata. Saya tak buat lasik kak Ujie, saya buat Intraocular Lens. Tanam kanta dalam mata. Berani-berani takut jugak ni. huhu...
DeleteBaru tahu boleh tanam kanta untuk tengok jauh dekat. Ya akakpun dah ada rabun dekat tapi tidak buat multifocal itu.
ReplyDeleteBerani betul Aphizha pilih pembedahan.
Ya, ada. Saya pun baru tahu masa consult ni. Mulanya macam nak buat lasik tapi ada pilihan yang lagi baik. Semoga ada kebaikan di masa depan. InshaAllah...
Deleteoo cerita nya begitu.. akak baca dari depan tadi.. tu yang cari entry asal.
ReplyDeleteNampaknya lama akak tak menyinggah huhu
Ye, beginilah cerita dia. hihi.
DeleteMaaf, saya pun lama tak menyinggah sebab menyepi lama juga. huhu...Ada masa saya singgah ye. Tunggu ye. Janji!
Masya-Allah, ada katarak minor. Nasib baik jumpa pakar, boleh juga tahu.
ReplyDeleteMacam sama dengan suami akak, kalau nak pergi hospital, kena pergi klinik panel, minta surat referral dulu.
Begitu rupanya, dari awal. Akak sekarang pakai spek multifocul. Dua-dua rabun, jauh dan dekat. Spek sekarang tak macam dulu, orang tak tahu pun kita pakai multifocul, dulu punya spek boleh nampak ada kanta kecil lain di bahagian bawah. Tapi betul juga, kosnya seribu paling kurang bila buat spek. Tahun ni je akak tak buat, sebab jaga mata, tak mahu mengait dan menjahit selalu. Sebelum tu, tiap-tiap tahun kena buat spek baru, kopak poket.
Ye, risau jugak tu walaupun minor. Kalau tak check ke pakar memang tak tahu. Kita baru first time kak Nur ke hospital. Biasanya ke klinik panel tu mudah je prosesnya.
DeleteBoleh je pakai multifocal tapi macam susah juga sebab lagi puas tengok jarak dekat tanpa spek. Cuma jarak jauh tu je lah kena ada spek.
Betul, kalau multifocal spek mesti cecah harga tu punya tambah itu ini lagi kan.
Tindakan yang bagus tu kak Nur. Kena jaga mata sebaiknya.
saya sebenarnya kategori rabun jauh.. tapi saya taknak pakai spek haha. saya pakai spek bila hadap laptop or PC je. punca rabun ni sebab selalu hadap screen lah huhu
ReplyDeleteBetul, itu salah satu puncanya. Mendapatlah kita kan. Eh, terbalik pulak kita. Saya rabun jauh juga tapi kalau tengok laptop/pc memang tak pakai spek. Tak selesa tengok kalau pakai spek.
DeleteSaya pun dah pakai multifocal kak 😅😅. Cuma kdg kalau sedang di luar tak pakai, sebab merasa tak cocok hahahahha. JD pakai hanya di rumah atau sedang nonton bioskop.
ReplyDeleteEh so cancel nak lasik? Saya pernah kepikiran untuk lasik juga. Tapi saat baca cerita teman, yg matanya jadi super duper sensitif setelah lasik, jadi seram hahahaha. Akhirnya memilih pakai lens multifocal saja 😅
Oh ye ke? Agaknya kita jenis lama menghadap screen je kan. Saya pun kurang gemar pakai di luar. Biasanya akan pakai contact lens. Tapi kalau nak cepat terpaksa sarung cermin mata jugalah.
DeleteYa, cancel lasik. Buat rawatan lain IOL surgery under cataract surgery. Kalau buat lasik dia akan kembali rabun nanti apa yang saya pernah baca lah. Saya belum pernah lagi cuba multifocal lens.
ooo ya ke? sy ingatkan setiap hospital ada tawarkan lasik...
ReplyDeletetp harga buat lasik ni pun boleh tahan juga ya...
Tak semua ada kot. Saya pun baru tahu sini takde lasik. Ingatkan semua KPJ ada. Ye betul. Lasik pun mahal juga untuk 1 mata. Kalau sepasang lagilah double kan.
Delete