Urusan di KPJ habis lambat. Perut pun dah bagi tanda-tanda minta diisi segera. Beli Kopi Kenangan di Dataran Centrio Seremban 2. Alang-alang dah singgah situ, cari kedai makan berhampiran. Nampak Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus sebelah Nasken Coffee.


Untuk makanan, pesan makanan yang sama je dengan pilihan sambal pedas. Dia ada empat tahap kepedasan sambal iaitu tidak pedas, sedang, pedas dan extra pedas.

Ayam crispynya diperap elok, berasa isi ayam dengan bumbunya. Cuma ayam dia saiz remaja. Tak besar sangat dan sedang-sedang je.

Kami pilih menu set sekali dengan air. Kira berbaloi lagilah kan. Berbaloi porsi hidangan dengan harganya. Saya suka sambalnya walaupun pedas sebab jenis sambal yang dimasak elok sampai pecah minyak. Bukan jenis sambal mentah disiram minyak panas.

Pertama kali datang makan di Ayam Gepuk Pak Gembus ni walaupun dah lama dia terkenal. Baru sekarang kita nak mencuba rasa.

Serba kuning merah interior design Resto Ayam Gepuk Pak Gembus ni. Buat pesanan di kaunter dan sekali dengan bayaran.

Serba kuning merah interior design Resto Ayam Gepuk Pak Gembus ni. Buat pesanan di kaunter dan sekali dengan bayaran.
Pesan air mineral dan juga air honeydew latte. Ada ek air honeydew latte. Maksudnya campur susu lah tu. Apa nak dihairankan.

Untuk makanan, pesan makanan yang sama je dengan pilihan sambal pedas. Dia ada empat tahap kepedasan sambal iaitu tidak pedas, sedang, pedas dan extra pedas.

Ayam crispynya diperap elok, berasa isi ayam dengan bumbunya. Cuma ayam dia saiz remaja. Tak besar sangat dan sedang-sedang je.
Pilihan sambal pedas dia tu pada saya dah tahap level extra pedas. Bukan main pedas lagi. Encik Suami orang Nismilan first time makan berpeluh menahan pedas. Tapi saya orang Johor rileks lagi makan pedas.
Berpeluh makan juga tapi masih boleh tahan lagi. Perghhh...pedas bukan biasa-biasa level pedas dia. Mujur tak pilih extra pedas. Kalau tidak, tak dapat bayangkan betapa pedasnya tu.

Kami pilih menu set sekali dengan air. Kira berbaloi lagilah kan. Berbaloi porsi hidangan dengan harganya. Saya suka sambalnya walaupun pedas sebab jenis sambal yang dimasak elok sampai pecah minyak. Bukan jenis sambal mentah disiram minyak panas.
Tapi kalau dia buat jenis sambal mentah tapi disiram minyak panas juga, kira pandailah dorang buat sambal jadi sedap. Kan! Kalau tak silap, boleh tambah sambal dan nasi percuma dengan syarat nasi dan sambal tu dah habis dimakan.
Tidaklah kami menambah. Porsi nasi pun dah cukup banyak untuk saya. Sambal pun cukup-cukup makan nasi ayamnya. Ada yang pernah cuba sambal extra pedas ke?
36 Comments
memang sama eh ID dalam dengan cawangan lain.. pernah masuk yang dekat selayang nie, tapi takde rezeki nak makan.. sebab dia tutup waktu rehat hari Jumaat.
ReplyDeleteRasa macam lain-lain. Sebab ada nampak cawangan lain macam berbeza sikit ID nya. Ohh baru tahu dia tutup waktu rehat hari Jumaat.
Deleteayam pak gembus, ayam gepuk lebih kurang sahaja kan Fiza menu depa, pedas sangat kak ana tak tahan juga hehe :)
ReplyDeleteYe, betul tu kak AJ. Ayam jenis salut tepung dan crispy. Cuma sambal tu je lah kadang berbeza tempatnya. Kadang ada yang combine. Kita pun jadi keliru sudahnya. Ini betul-betul pedas kak AJ, bukan cobaan dah.
DeleteWah jogja dah ada kat seremban 2
ReplyDeleteTak payah susah-susah ke sana kan Wak.
DeleteJanganlah cari nahas minta extra pedas walaupun pempedas orangnya ek. Meraung nanti kepedasan air sebotol pun tak cukup karang. Dengar ramai yg komplen ayam Pak gembus ni kecik, ayam masih remaja lah agaknya tu ek.
ReplyDeleteItu bukan cari nahas tu, menempah azab adalah. Menangis terus agaknya bukan berpeluh lagi. huhu...A'ah, saya rasa pun kecil saiz ayamnya. Agaknya KPI dia saiz tu je kot.
DeleteDeco kuning yg cantik hiasannyerr.. 😁
ReplyDeleteOkaylah gabungan warna-warna ceria.
Deletefav my boys...kat my area ada satu so kdg2 weolls singgah mkn2 sini/tapau
ReplyDeleteKalau dah kena dengan selera dan dekat memang selalu singgahlah jawabnya kan. Saya suka ayam dan sambalnya.
DeleteAkak pernah makan sekali, masa tu di PJ. Memang berasap. Tak ingat tahap kepedasannya, lagi pun kakak yang orderkan. Tapi sedap la, walau pun makan berpeluh. Boleh repeat kalau jumpa.
ReplyDeleteBerapi betul sambalnya tapi sedap kan. Nak repeat jugak nanti. hihi...
DeleteSedapnyaaa Makan pedasss pedass! Menu menu Pedas selalunya saya tak berani Makan yang extra Pedas sebab risau tak terhabis lak, dah air mata je yang berjurai Kang..hahaa..
ReplyDeleteSaya pun tak berani nak makan extra pedas. Biasanya ambil level pedas biasa. Risau kang tak termakan dek sobab podeh. Tahu takpe!
Deletesalam kenal...
ReplyDeletebiasa nampak kedai makan ayam pak gembus. tapi tak pernah lg nak try makan..haa dah nampak review ni.. boleh laa kot try.
Salam kenal. Terima kasih singgah sini. Next time bolehlah singgah makan pulak. Pada saya ayam dan sambalnya sedap.
DeleteAkakpun hari itu baru cuba di Tampin. Memang sedap. Akak ambil extra pedas memang pedas betul. Hehe tapi puas hati sebab tidak boleh bising kata tidak pedaspun.
ReplyDeleteSangat menepati selera kita kan Kak Wina. Uishh extra pedas terus kak Wina ambil. Hebat kak Wina boleh tahan pedas extra pedas tu.
DeleteSesekali terasa nak makan jugak ayam gepuk ni. Sedap juga.
ReplyDeleteNanti cubalah. Kot kena dengan selera, gerenti datang lagi. hihi...
DeleteKak Amie kalau makan nasi ada sambal pedas memang pesan sekali air suam lebihkan panas. Apabila terasa pedas yang tak tertahan, terus minum air, tergigil kejap. Lepas tu kuranglah rasa pedasnya.
ReplyDeleteAir suam sangat membantu kan kak Amie. Tapi tulah ingatkan tak pedas. Minum air sejuk tu bertambah pedas pulak rasa dia. huhu...
DeleteSedapnya ayam gepuk ni. Terasa betul nak mencubanya. Kalau saya, porsi nasi tu kena tambah satu lagi dan sambalnya kena ekstra pedas. Haha
ReplyDeleteYa, pada saya sedap kena dengan selera. Ada rezeki nanti bolehlah tuan mencubanya. Hihi...Kalau macam tu kena makan bagi habis dulu baru boleh menambah.
DeleteAyam Wak Gembus yang KSarie pernah makan di PJ. Walaupun ambil sambal dia yang paling kurang pedas, tetap rasa terbakar mulut menahan pedas. Tapi betul kata Fiza, saiz ayamnya remaja betul😅
ReplyDeleteKann...saya pun rasa macam tu. Pedas lain macam. Tapi sedap! Maybe level pedas dia berbeza. A'ah saiz remaja tapi okaylah sesuai dengan porsi nasi.
Deletesaya selalu juga makan ayam gepuk, tapi taklah terlalu fevret. sebab saya sebenarnya tak tahan pedas, haha. suka kalau dia campur dgn kacang gajus tu
ReplyDeleteKalau jenis tak tahan pedas kena ambil sambal yang tak pedas. Kalau campur kacang gajus tu kurang pedas sikit kot kan.
DeleteKita makan ni, memang tolak sambal. Makan kosong dgn ayam je, sbb ayamnya pun berasa rempahnya.
ReplyDeleteAla, tak Johor lah kita tak makan sambal. hihi...Ayam berempah ni, makan gitu tanpa nasi pun sedap juga kan.
DeleteHahahahah saya ini makan sambal dah dari kecil kak, sebab orang Batak memang penyuka pedas kelas berat 🤣🤣.
ReplyDeleteJadi pas coba sambal pak gembus, yg paling pedas, masih level fine saja buat saya 😅😄😄. Tapi sedap lah. Sesekali saya beli juga, sebab pak gembus juga buka cabang dekat rumah saya 🤭
Kalau dah biasa makan sambal, harus kena ada sambal baru sedap makan nasi bersama lauk lain kan. Maknanya Fanny ni lagi pempedas dari saya. Level kurang pedas tu dah pedas bagi saya. huhu...
DeleteNasi Ayam Pak Gembus ni memang dari sana kan. Mesti banyak cawangannya. Untung juga tu dekat je cawangan dengan rumah. Boleh makan selalu.
sy baru plan nak mkn salah satu cawangannya kat sini esok... tak tahu laa jd ke tak hehehe
ReplyDeleteSelamat menjamu selera Anies. Pastikan ready air suam. Takut tak tahan pedas.
Delete