Seperti yang dirancang, saya pun buat jugalah sambal tumis ulam buah keladan sebab rasa dia macam jering. Masa makan ulam buah keladan tu terasa-rasa macam sedap kalau dibuat sambal tumis campur buah keladan ni. Seakan-akan sambal jering gitu.
Tambah sekali ikan bilis yang dibeli dari Pulau Pangkor haritu. Mesti sedap! Saya beli buah keladan ni di Pekan Sehari Temerloh dengan harga RM5 sebekas besar tau fu fah tu.

baca juga
Resipi ringkas sambal buah keladan masak cara Fiza
- Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu dan ketepikan.
- Tumis bahan tumbuk (cili api, bawang kecil, bawang besar, bawang putih (1 ulas je) dan garam bukit kasar) sampai garing.
- Masukkan asam keping, kacau rata dan tunggu sampai pecah minyak sikit.
- Masukkan buah keladan yang ditumbuk kasar. Kacau dan biarkan sekejap. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng. Siap!
Bahan tumbuk tu saya guna kaedah agak-agak je. Suka letak bawang kecil tu banyak sikit sebab lagi sedap buat sambal tumis guna bawang kecil. Kena tumis sampai garing dan pecah minyak baru sedap dan tahan lama sikit.
Tak perlu tambah air. Tak perlu tambah garam lagi sebab garam dah ditumbuk sekali dan ikan bilis pun dah masin. Untuk resipi penuh boleh rujuk mana-mana resipi di atas. Lebih kurang je cuma ikan bilis kalini saya goreng dulu. Kalau malas tu tumbuk sekali je ikan bilis tu.
Kalau malas tumbuk bahan, boleh je guna kaedah kisar. Pastikan tapis dulu bahan kisar tu, buang air supaya lagi cepat bahan tumis tu garing nanti. Kalau kisar, jangan lupa letak garam pula ye.
Ikutlah cara dan selera masing-masing. Asam keping pun pilihan juga, boleh gantikan dengan pes asam jawa, buah belimbing buluh, tomato dan yang sejenis dengan mereka.
Lauk sambal tumis ni sedap digandingkan dengan telur mata, telur dadar dan ikan goreng. Laut jahat yang boleh membuatkan kita menambah nasi. Percayalah...
Sedap sambal tumis buah keladan ni. Boleh gantikan sambal jering. Sedap dan tidak berbau okay. Itu yang saya suka. Walaupun dah disambalkan, masih ada rasa rangup, pahit sikit tapi berangin tu kurang. Mungkin sebab dah dimasak kot kan.
Makan buat ulam sedap, disambalkan pun sedap. Buah keladan lulus di tekak saya.
Sedap sambal tumis buah keladan ni. Boleh gantikan sambal jering. Sedap dan tidak berbau okay. Itu yang saya suka. Walaupun dah disambalkan, masih ada rasa rangup, pahit sikit tapi berangin tu kurang. Mungkin sebab dah dimasak kot kan.
Makan buat ulam sedap, disambalkan pun sedap. Buah keladan lulus di tekak saya.
30 Comments
nampak sedap hasil kejadiannya tu. saya tak makan jering tp suka lah apa2 sambal yg ada bilis
ReplyDeleteAlhamdulillah...sedap ikut selera sendiri. Sambal ikan bilis ni kesukaan ramai kan.
DeleteManalah nak cari buah keladan ni Fiza ? Tergoda pulak hihi...
ReplyDeleteItulah, kalau senang nak dapat bolehlah beli selalu. Kita kena cari online lah kot kan kalau ada.
DeleteKSarie tak pernah lagi makan buah keladan. Eh jumpa pun tak pernah sebenarnya😅. Menu ini sahaja pun sudah buat boleh bertambah makan nasi rasanya kan
ReplyDeleteMenu sambal ada ikan bilis ni buat lagi kita berselera makan. Tambah pula ada ulam yang sedap, buat lagi sedap untuk mereka pencinta ulam. Betul, boleh bertambah nasi dibuatnya. hihihi...
DeleteNampak sedap sambal tumis tu Fiza..akak ada stok petai..nak buat la sambal berlada ikan bilis petai campur terung pipit yang PH bagi hari tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap kak. Sambal ikan bilis ni campur apa pun dia akan jadi sedap kan.
DeleteTak pernah beli atau masak tapi pernah makan lama dulu.
ReplyDeleteTapi sedap kan?
DeleteBuah apa tu? Ciknur tak penah dengar pula
ReplyDeleteNmpkk sedapp ni
Buah keladan, saya ada serta link yang saya pernah share sebelum ni.
DeleteAlhamdulillah sedap.
Tak pernah makan.
ReplyDeleteYa, ulam tu pun rare kan.
DeleteTak pernah lah pulak jumpa... agaknya ada kat Pahang aje ye. Jering adalah kat sini.
ReplyDeleteMungkin kot Kak. Sini memang tak pernah lah jumpa. Baru jumpa di Pahang, itupun ada baca blog Cie dan Kak SK sebelum ni. Tu yang buat kita rasa nak mencuba.
DeleteTak pernah lagi buat sambal bilis. Selalu ulam mentah je.
ReplyDeleteNanti boleh cuba Cie. Sedap! dan saya suka. hihihi...
Delete1st time dgr buah keladan
ReplyDeleteBuah rare ni kak. Saya pun tahu dari blog Cie.
Deletealamak rasanya macam jering ke? Ammi ni petai makan tapi jering tak pandai pulak nak mencuba (sebenarnya tak pernah try pun)... mcm kena try jugalah ni. Umur pun dah banyak, kenalah belajar mencuba ek
ReplyDeleteTakdelah macam jering sangat. Tekstur dia tu rangup macam jering tapi versi nipis sikit dan berangin gitu. Next time kena cuba, boleh tahu pov dari Ammi pulak.
DeleteLauk jahat tu memang buat tambah nasi. Akak tak pernah lagi makan. Lain kali nak Cuba lah
ReplyDeleteLauk ni memang jahat. Asal sambal tumis ikan bilis pun dah sedap, ada tambahan ulam ni jadi lagi sedap bagi pencinta ulam. Boleh cuba nanti Kak Notie.
Deletesesuai sangat ni fiza kalau buat bekal pergi oversea
ReplyDeleteboleh tahan lama kan kalau buat pedas sikit?
Kalau buat pedas sikit bukan syarat tahan lama tu Anies. Kena masak lama kot dan kering sikit baru tahan lama, kena retort kalau nak bawa travel.
Deleteok ni boleh team fiza, goodbye mydiet kekdahnya.
ReplyDeleteHihi..orang Johor mesti suka lauk camni kan. Esok je lah diet :p
DeleteLauk jahat tu, seram akak dengar. Cantik kejadian sambal Fizah masak ni. Selera makan ni.
ReplyDeleteAkak tak pernah makan buah keladan. Bila Fizah cerita ni, baru akak tahu.
Hihi..Dia jahat sebab buat rosak diet kita. Alhamdulillah..Sedap mengikut selera kami. Saya pun baru pertama kali makan buah keladan dan buat sambal ni.
Delete