14 September, kami ikut hantar anak buah daftar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. Tak jauhlah dari rumah kami. Kakak, abang ipar dan anak buah dari Sabak Benam datang menginap di Seremban dan esoknya kami gerak sama-sama ke USIM.
Pendaftaran pelajar baru bermula jam 9.00 pagi. Kami gerak lebih kurang jam 8 lebih hampir jam 9 jugalah. Malas nak gerak awal, tak nak bersaing dengan geng nak pergi kerja. Jadi, gerak lewat sikitlah.

Dari jalan lurus pintu masuk tersergam bangunan canselori USIM. Cantik bangunannya. Nampaklah seni bina bercirikan Islamic dengan kubahnya tu.

Kami terus menuju ke ruang parkir. Ramai dah yang dah datang, parkir pun hampir penuh. Dapat parkir jauh sikit terpaksalah jalan jauh sikit menuju ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM ni tempat daftar pelajar baru.

Menonong je budak sorang ni jalan. Pakai baju arwah atok mak dia (mak saya). Elok pula tu dengan saiz dia. Senang katanya pakai baju atok tak payah gosok, lengan dan kaki pun tak potong. Ngam-ngam saiz dia.

Sampai di dewan, dia masuk dengan kawan dia dari sekolah yang sama di Sabak Bernam. Kami menunggu di luar je lah. Ingatkan sekejap, rupanya sampai 3 jam kena sidai duduk di luar tu. Selepas 3 jam barulah dia muncul.

Sebelum hantar ke Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), kami makan tengah hari dulu di Salomak Sampodeh. Lepas tu barulah hantar anak buah ke PRUPEL.

Pendaftaran pelajar baru bermula jam 9.00 pagi. Kami gerak lebih kurang jam 8 lebih hampir jam 9 jugalah. Malas nak gerak awal, tak nak bersaing dengan geng nak pergi kerja. Jadi, gerak lewat sikitlah.
Sampai sana jam 9 lebih hampir ke jam 10 pagi. Tak jem sangat. Alhamdulillah...

Ni kali ketigalah saya dan Encik Suami masuk sini. Dua kali sebelum ni sebab ambil vaksin msa covid dulu, officially bangsa Sinovac (see no vaksin katanya).

Ni kali ketigalah saya dan Encik Suami masuk sini. Dua kali sebelum ni sebab ambil vaksin msa covid dulu, officially bangsa Sinovac (see no vaksin katanya).

Dari jalan lurus pintu masuk tersergam bangunan canselori USIM. Cantik bangunannya. Nampaklah seni bina bercirikan Islamic dengan kubahnya tu.

Kami terus menuju ke ruang parkir. Ramai dah yang dah datang, parkir pun hampir penuh. Dapat parkir jauh sikit terpaksalah jalan jauh sikit menuju ke Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM ni tempat daftar pelajar baru.

Menonong je budak sorang ni jalan. Pakai baju arwah atok mak dia (mak saya). Elok pula tu dengan saiz dia. Senang katanya pakai baju atok tak payah gosok, lengan dan kaki pun tak potong. Ngam-ngam saiz dia.
Banyak baju arwah atok mak dia yang kena dengan saiz dia. Dapatlah pakai nak pergi kelas nanti. Baju orang dulu-dulu kan jenis tak payah bergosok melainkan baju sutera tu. Ada juga pewaris baju arwah mak saya.
Saya pun ada juga sehelai. Muat dipakai dan simpan buat kenangan. Alhamdulillah, tak payah dah dia nak beli baju baru. Baju arwah atok mak banyak. Jimat banyak dah tu. pergi kelas hari-hari pakai baju kurung je senang.

Sampai di dewan, dia masuk dengan kawan dia dari sekolah yang sama di Sabak Bernam. Kami menunggu di luar je lah. Ingatkan sekejap, rupanya sampai 3 jam kena sidai duduk di luar tu. Selepas 3 jam barulah dia muncul.
Muka ada senyum dah dapat jadi pelajar USIM yang diimpikan. Terus dapat kad pelajar sekali. Senang macam ni. Sama juga sistem di UiTM dulu.

Selesai urusan pendaftaran, moh la kita berangkat ke asrama pula. Marilah menuju ke parkir kereta. menapak jauh sikit dengan panasnya. Musim jerebu, kabur je. Gambar pun ikut kabur sekali.


Sebelum hantar ke Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), kami makan tengah hari dulu di Salomak Sampodeh. Lepas tu barulah hantar anak buah ke PRUPEL.
Lahh saya baru tahu kat luar rupanya. Ingatkan dalam USIM juga. Nak pergi kelas kena naik bas. Lebih kurang 15 minit macam tu. Bertabahlah ye anak buah, nak menuntut ilmu tu pasti ada cabarannya.
Nak ke PRUPEL tu agak jem sikit tapi bergerak lah juga. Tak lama. Parkir tepi, letak barang di situ dan angkat barang ke tingkat 4. Encik Suami dan abang ipar terpaksalah bawa kereta masing-masing ke tempat parkir kereta yang jauh sikit.

Saya dan anak buah angkutlah sikit-sikit barang naik atas. Kakak dilarang naik sebab sakit kaki. Naik turun naik turun 3 kali jugalah berdua dengan pertolongan kawan anak buah juga. Kali ketiga tu barulah kakak saya naik sekali. Gigih pula naik. Aduhaiii...
Kang sakit kaki, siapa nak tolong urut. Abang ipar lah jadi mangsa. Anak-anak semua dah sambung belajar. Sorang di Politeknik Sabak Bernam bakal training di Shah Alam nanti dan sorang lagi di Politeknik Behrang.
Ni sorang tercampak jauh sikit luar Selangor. Begitulah cabaran nak menimba ilmu ni. Nak balik tu adalah drama air mata sikit. Ehhh kita pun ikut rasa nak tumpah air mata. Tapi kutahan jebatttt...
Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Semoga Allah permudah urusan anak buah saya belajar di USIM sampai graduate nanti. Aaamiin...
![]() |
| ku lihat hijau |

42 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjalani kehidupan Di USIM
Good luck
Alhamdulillah...
DeleteTerima kasih Cik Nur.
all the best utk ur niece. my niece pun grad dari usim (medic)..dh lama dh grad..(anak sulung arwah abg MZ)
ReplyDeleteTerima kasih Dr.
DeleteAlhamdulillah..tumpang bangga dan happy untuk anak buah Dr juga.
slamat menempuh pengalaman baru di universiti utk ank buah fiza..oh asaramanya luar universiti...nasibaik ada bas
ReplyDeleteTerima kasih Kak. Ye, asrama kat luar U. Alhamdulillah ada disediakan pengangkutan ke kelas.
DeleteSept 14 pun akak ada ke N.Sembilan. mmg cuaca x menarik. gloomy tp panas membahang.
ReplyDeleteKannn...Terasa panas bahang tu.
DeleteMasya-Allah, selamat belajar kepada anak saudara Fizah. Semoga baik-baik saja dan dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Tumpang gembira, tengok anak orang dapat sambung belajar tempat baik-baik. Mestilah sedih, nak tinggal jauh. Kena naik bas pula pergi kelas, ya.
ReplyDeleteInsyaAllah. Aamiin...
DeleteItulah tu, semoga baik-baik je sampai habis belajar nanti.
Tahniah untuk anak buahnya. Semoga di permudahkan segala urusan belajarnya.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih.
Alhamdulillah tahniah utk anak buah Fiza. Semoga sukses selalu!
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih kak.
DeleteAamiin...
Alhamdulillah, belajar pandai sampai ke menara gading.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deletejadilah tumpang tgk USIM. all the best utk anak buah fiza.
ReplyDeleteHihi..dapat juga explore USIM kan.
DeleteTerima kasih Sya.
I wish you and your niece all the best 👍 Lovely photos.
ReplyDeleteThank you Linda.
DeleteTahniah n selamat belajar buat anak buah Pizzah, baju orang lama cantik je, kain pun elok kan. Baju kurung biasa sesuai dipakai selesa pun iya kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih Kak Dana. Betul, baju-baju arwah mak saya semuanya masih elok dan cantik-cantik. Paling best tu banyak jenis tak payah iron. Senang anak buah nak pergi kelas tak payah nak iron dah. Memang selesa ikut design baju kurung lama dengan pesak dan kain lipat tepi.
DeleteAlhamdulillah rezeki dapat sambung pelajaran dan di tempat molek dan rezeki muat baju arwah atoknya...
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki dia dan dapat sambung belajar tempat yang dia nak.
DeleteRezeki dia juga dapat mewarisi baju arwah atok dia.
Alhamdulillah, tahniah untuk anal saudara Pizzah. Mesti dia selalu rindukan atoknya, tu yang ambil baju atok banyak² ya, muat ngam² plak tu saiznya. Bertabahlah kalau asrama di luar, jauh jugak tu kalau 15 minit. Semoga mudah urusannya belajar nanti. Ustaz kat kolej akak pun lepasan USIM tau.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih. Ye, rindu sangat. Saat akhir pun tak sempat jumpa. Ngam dengan saiz dia. Memang jauh, minggu ni orientasi pun penat katanya sampai malam. Oh ye? Semoga menjadi insan yang hebat juga nanti keluar dari USIM ni.
DeleteCantiknya bangunan Canselorinya....kalau UPM errr....ok tak nak komen. Hehe. Bangunan lama kan....Moga berjaya dalam pelajaran hendaknya ya.
ReplyDeleteA'ah kann..cantik seni bina bangunan tu. Masih baru lagi kak. U lain lama dah.
DeleteInsyaAllah..Aamiin...
Alhamdulillah..tahniah.. semoga berjaya buat anak buah Fiza..
ReplyDeleteAlhamdulillah...InsyaAllah..Aamiin...
DeleteTerima kasih Linda.
Tahniah. Selamat menjadi pelajar.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih Cie.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeletetahniah utk anak buah tu
selamat belajar dan belajar rajin2 tau ;-)
Alhamdulillah...
DeleteTerima kasih Anies.
InsyaAllah...
Tahniah anak buah, moga dapat sesuaikan diri dengan suasana kampus. Mudah-mudahan rasa selesa menuntut ilmu di USIM, dan menempah kejayaan cemerlang.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Harapnya begitulah. InsyaAllah...Aamiiinnn...
DeleteTahniah anak buah dapat melangkah ke USIM 🎓 Momen daftar universiti ni memang terasa lain, satu keluarga pun ikut berdebar dan teruja. Semoga dipermudahkan perjalanan belajar nanti. ❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih.
DeleteYa, kenangan untuk keluarga.
InsyaAllah. Aaamiin....
Moga terus cemerlang dunia akhirat dan dipermudahkan semuanya buat anak buah Fiza.
ReplyDeleteSelalu dengar Salomak Sampodeh ni, moga sampai sana nanti.
Kalau hari pendaftaran universiti dll ni memang ambil masa kan.
InsyaAllah..Aamiin..
DeleteTerima kasih. Betul tu, lama sikit prosesnya.
Kalau terlimpas di Nilai tu bolehlah singgah di Salomak Smpodeh.
Baju kurung nih jenis baju yg everlasting. Dari zaman dulu sampai skr tak banyak berubah, dan tetap baguuuus dipakai. Jadi beruntung sangat kalau baju Atok dia cukup dipakai 😍👍. Memang bisa lah dipakai berganti2.
ReplyDeleteBetul tu Fann! Timeless and evergreen. Selesa dipakai pun ye. Alhamdulillah rezeki dia. Tak perlu beli baju baru lagi.
Delete