Ada lebihan kuah ikan baung masak lemak cili api, simpan dalam kulkas. Berhajat nak makan roti canai cicah kuah ni tapi roti canai pula tak ada. Jadinya kena rajinkan diri melempeng.
Lempeng pun buat dua keping je untuk diri sendiri. Bancuh yang mudah-mudah je. Tepung gandum, secubit garam, secubit soda bikarbonat, minyak sikit dan air secukupnya. Butter tak ada, tu yang ganti letak minyak sikit.
Kalau ada butter lagi sedap tak perlu letak minyak. Kenyang juga makan dua keping lempeng ni kalau tak nak makan nasi.

Cocok sangat buat hidangan untuk sarapan pagi atau minum petang ni. Saya suka jenis lempeng yang lembut, nipis sikit dan rangup sikit. Tebal-tebal tu tak suka sangat.
Hmmm...Rindunya roti canai dan lauk ikan baung masak lemak cili api arwah mak. Alhamdulillah dapat masak ikan baung.
Nanti kena masak lagi untuk anak-anak buah pula sebab mereka pun rindu masakan ikan baung masak lemak cili api arwah mak mereka. Arwah mak mereka (kakak ipar saya) ikut cara arwah mak saya masak untuk abang saya dan anak-anak.
Nanti kena masak lagi untuk anak-anak buah pula sebab mereka pun rindu masakan ikan baung masak lemak cili api arwah mak mereka. Arwah mak mereka (kakak ipar saya) ikut cara arwah mak saya masak untuk abang saya dan anak-anak.
26 Comments
Wahhhhhh cantiknya kejadian lempeng nya. Udah la favourite KSarie tu. Langsung kelaparan. Rezeki Fizah pandai memasak. Boleh anak-anak saudara merasa masakan yang mereka rindui, masakan seperti arwah ibu mereka
ReplyDeleteAlhamdulillah...Syukur kalau kena dengan selera tu.
DeleteLempeng pun sodap ni... semoga murah rezeki pizzah selalu sediakan makanan utk anak² arwah ..terubat sket rindu tu kan
ReplyDelete.
Lempeng cicah dengan apa pun jadi sedap kan KakRet.
DeleteInsyaAllah..Aamiinn...
uih sedap tu, dapat lak dah pekat kuahnya
ReplyDeleteSedap! Kuah dah pekat sikit bila disimpan.
Delete2 keping memang kenyang dah. Sedapnya cicah kuah apa2 pun sedap je.
ReplyDeleteKalau ikut saiz perut kita, okay sangat dah tu kan. Betul tu Cie, cicah sambal atau kuah apa pun sedap.
Deletepandainya fiza buat lempeng!
ReplyDeleteAlhamdulillah..menjadi. Mungkin dah biasa melempeng kot.
DeleteCantik lempengnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah..menjadi dengan eloknya.
Deletesedap juga lempeng
ReplyDeleteAlhamdulillah..Sesekali melempeng, sedap!
DeleteKemas gulungan lempeng Fiza tu. Akk tak pernah makan lempeng cicah kuah masak lemak. But I'm sure it tastes good.
ReplyDeleteCantik kejadian lempeng tu. Sedapnya makan lempeng dgn sambal ikan bilis. Tak pernah cuba lagi makan dgn kuah lemak, tapi mesti sedap jugak kan.
ReplyDeleteLempeng dia takde kesan over cook lah... perfecto!
ReplyDeletehımmm yummy! thanks for your post
ReplyDeleteWah, lempeng panas cicah kuah ikan baung masak lemak tu memang kreatif dan menyelerakan
ReplyDeleteTak pernah makan lempeng dengan kuah lemak ni. Cuma pernah makan dengan sambal tumis ikan bilis je.
ReplyDeleterare lempeng cicah kuah lemak
ReplyDeleteTak pernah juga makan lempeng cicah kuah masak lemak.
ReplyDeleteI have only had pancakes with maple 🍁 syrup, which is very common here in Quebec, Canada 🇨🇦
ReplyDeleteAlhamdulillah Aphizha dapat skil memasak daripada arwah mak.
ReplyDeleteNampaknya Aphizha kena selalu masak untuk anak buah yang merindui masakan mak mereka juga.
uisshhhh sedapnyaaa lempengggg
ReplyDeleteia cicah dgn apa sahaja mmg sedap...
tak cukupp sekeping
paling tak 5
hahahha
sy laa tu
sedaaap, nnt nak sajes pd arrizqi, lempeng boleh cicah dgn kuah gulai lemak. dedua dia suka ni.
ReplyDelete