Pagi Ahad, pergi pasar Ampangan dan Pasar Tani di Stadium Paroi membeli barang dapur. Beli cili api nak buat sambal ikan bilis untuk bekal anak buah. Kat rumah tak cukup stok cili apinya. Beli sekali barang-barang dapur.
Lepas tu makan tengah hari di Restoran Bumbu Babah Senawang. Malam tadi tu tak ada rezeki nak makan malam di sini. Rezeki makan tengah hari lah nampaknya.

Bumbu Babah buka jam 10.00 pagi. Kami sampai pun jam 10 lebih macam tu. Masih kosong tak ada pelanggan lagi. Bumbu Babah di Senawang ni bahagian corner lot. Ada ruang makan luar dan dalam.

Parkir pun masih kosong lagi. Kami jadi pelanggan pertama haritu. Awal betul kami makan tengah hari. Kira brunch lah ni kan.

Kami bukanlah pengemar nasi padang. Saja nak mencuba makanan yang ada di Bumbu Babah ni.

Rambang mata lah juga nak memilih menu di situ. Ambil masa memilih menu di kaunter pesanan.

Dihidangkan bersama rendang daging, telur rebus separuh, dua jenis sambal iaitu sambal merah dan hijau, pucuk ubi rebus, sayur kobis tumis, nasi semangkuk dengan kuah gulai.



Buat pesanan dan bayar di kaunter. Pesanan dah siap, ambil di kaunter pick up. Dah ada semua makana, kita wefie dulu sebelum makan.

Kalau ada jadi ahli tu, dapatlah 10% diskaun. Kami bukan member, jadi kena bayar harga biasalah. Total semuanya RM68. Dah sampai makanan, lansung terlupa nak ambil gambar air lepas tu. Kami pesan air honey lemon ais dan limau ais.


Hidangan saya semuanya sedap. Sambal pun pedas. Cuma porsi besar ni tak sesuai untuk saya yang jenis makan porsi kecil je. Rasa menyesal pula tak order set yang ringkas je.
Encik Suami pesan set nasi ayam gulai. Menu ringkas tak banyak lauk pauknya. Nasi semangkuk dengan kuah gulai, ayam gulai, pucuk ubi rebus, sayur kobis tumis dan sambal merah pedas. Habis dimakan.

Anak buah pula set nasi rendang daging. Nasi semangkuk dengan kuah gulai, telur rebus separuh, pucuk ubi rebus, sambal merah, sambal hijau, sayur kobis tumis dan paru goreng. Pun tak habis juga dimakan.

Buat pesanan dan bayar di kaunter. Pesanan dah siap, ambil di kaunter pick up. Dah ada semua makana, kita wefie dulu sebelum makan.

Kalau ada jadi ahli tu, dapatlah 10% diskaun. Kami bukan member, jadi kena bayar harga biasalah. Total semuanya RM68. Dah sampai makanan, lansung terlupa nak ambil gambar air lepas tu. Kami pesan air honey lemon ais dan limau ais.

In case kalau nak ulang makan di sini kena minta nasi separuh kot baru boleh habis satu hidangan tu. Kena pilih menu yang ringkas je tanpa banyak lauk pauk.
37 Comments
Saya pun dah lama tak makan kat sini. Lepas ini rasanya macam nak explore Senawang pulak.
ReplyDeleteSilakan explore Senawang pula, banyak kedai makan yang sedap-sedap.
DeleteOh, big portion, dan banyak lauk dalam satu set, ya. Kalau orang diet makan sikit, boleh share makan ni.
ReplyDeleteKalau tak diet pun boleh share lagi ni Kak Nur. Saya rasa memang sesuai untuk dikongsi berdua ni.
DeleteMmg kalo mkn skit sure tk abis tu...Byk portion tu... Tk pernh try lg bumbu babah
ReplyDeleteBetul, portion besar boleh share berdua. Nanti bolehlah cuba.
Deletesedapnya mcm2 jenis lauk
ReplyDeleteYup, ada banyak pilihan jenis lauk pauk.
DeleteMcm2 menarik jjcm kat senawang ye
ReplyDeleteHah betul share berdua kalu byk mcm ni kalu tak comfirm tak abiss
Ye, macam-macam cafe/resto menarik di sini.
DeletePortion dia besar pada saya juga. Kena share baru boleh habis.
Belum rasa lg
ReplyDeleteNanti bolehlah cuba dimana-mana cawangan terdekat.
Deletemasakan padang ni bole juga diterima pasal hampir sama dengan masalah kat sini. nampak makanan yg diorder pon sedap. pucuk paru rebus tu mmg standard ke akan dapat dalam semua menu?
ReplyDeleteYe, betul tu. Lebih kurang lauk pauk kita je. Rasanya macam tu lah, semua pinggan ada pucuk ubi rebus dan sambalnya sekali.
DeletePH suka lauk pauk Bumbu Babah ni. Sedap dan service pun selalu laju je itu yg best tu.
ReplyDeleteNx time boleh request nasi separuh kot :)
Betul, ada yang kena dengan selera dan service pun cepat. Tulah tu, kena request nasi separuh next time.
Deleteada nampak ni haritu bumbu babah... time ni tengah makan dekat malatang... ada baru bukak dekat senawang.. sebelah nasi ayam tokwan
ReplyDeletePerasan juga mee tarik malatang tu. Boleh tahan ramai jugak orang situ.
DeleteSuka la tgk rupa branch kat senawang... mmg nmpk fresh n bersih.. eh eh tp kan kita plak rs nasi tu x cukup setiap.kali makan 🤣🤣 adakah perut kami sejenis yang makan byk 😅
ReplyDeleteMungkin sebab masih baru lagi kot. Hihihi..sebab saya dah biasa makan nasi separuh dan sikit kot KakRet. Tu yang perut terkejut tak mampu nak habiskan.
DeleteVery beautiful photos thanks for your sharing
ReplyDeleteThank you so much!
DeleteThanks for stopping by and leaving such a lovely comment.
Tertelan² ailio tengok set nasi pilihan tiga beranak ni. Memang nampak banyak tu, sebab dalam set tu dah ada lauk, kan.
ReplyDeleteA'ah betul, ada lauk pauk sekali dalam set ni. Porsi besar untuk saya dan anak buah sebab kami jenis makan sikit. hihihi...
DeleteSesekali boleh la layan nasi padang..pucuk ubi kayu tu kena rebus bagi layu skit baru ok kot kan..sambal dia akak suka
ReplyDeleteSesekali teringin tu bolehlah. Mungkin bukan pucuk, daun keras sikit. Betul, kena rebus lama sikit baru lembut. Sambal tu sedap, saya pun suka.
DeleteBaca entry ini langsung buat rasa kepingin betul hendak makan Nasi Padang. Ah sudah....mano nak cari kawan yang sudi makan bersama tetiba ini ye. Ngences rasanya tengok gambar ketiga-tiga pinggan itu
ReplyDeleteKalau takde geng, boleh je guna food delivery service. Pun boleh KakSarie.
DeleteCie tak pernah makan nasi padang. Teringin juga nak try Bumbu Babah ni.
ReplyDeleteSekarang dah banyak cawangan. Nanti bolehlah cuba Cie.
DeleteAkhirnya dapat juga merasa Bumbu Babah waktu lunch 😋 Portion besar memang kena datang dengan perut betul-betul lapar.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tapi kalau datang dengan perut lapar ni confirm tak habis. Sebab dah biasa makan sikit je. hihihi...
DeleteBoleh la pergi Bumbu Babah kat food court baru IOI City Mall kalau nak rasa makanannya. Tapi....dah pernah rasa kulit lembu kat sini.
ReplyDeleteAda baru buka ye kat IOI City Mall tu. Mesti ramai orang. Pernah rasa juga keropok kulit lembu kat batam. Tak kena pula dengan selera saya.
DeleteHaah banyak betul lauknya. Selalu 2-3 jenis sahaja.
ReplyDeleteYe, banyak betul dalam sepinggan tu kak Wina.
Deleteokey kalau macam tu nanti sy datang kena perut betul2 kosong supaya dapat mkn banyak hahaha...
ReplyDeletekat mana entah sy baca katanya kalau ke sini wajib cuba lauk paru... tak tahu lauk paru yg mana satu... ke cuma ada 1 je lauk paru?