Rasa macam teringin lah pula nak makan Garret Popcorn yang paling sedap tu. Kebetulan Encik Suami ada urusan kerja di IOI City Mall Putrajaya, kirimlah beli Garret Popcorn.

Lepas habis urusan kerja, Encik Suami pergi membeli. Saya pesan ambil gambar kedai dan harga sekali. Senang nanti saya nak masuk dalam blog.

Bungkusan dia bukan sekadar bungkusan biasa, sekali dengan pengepit bungkusan tu untuk elakkan popcorn lemau masuk angin. Bahagian dalam pula food contact layer plastik, bukan kraft paper. Sesuailah untuk simpan popcorn kekal rangup.

Next time nak beli dalam tin lah pula. Bekas tin tu nanti bolehlah juga buat simpanan makanan ke atau apa-apa yang sesuai.
Kesimpulannya: manis, caramel, buttery, nutty & rich


Kedua-duanya sedap tapi saya lebih suka macadamia CaramelCrisp sebab kacang macadamia tu masih mudah untuk digigit berbanding kacang almond yang agak keras. Untuk gigi yang kuat tu bolehlah makan dengan kekacang dengan mudah dan enjoy.
Harga total RM110. Setiap satu RM55 untuk large size.

Kali terakhir makan Garrett Popcorn tahun 2014. Punyalah lama kan baru sekarang rasa teringin makan tu datang kembali. Yelah popcorn ni bukan ada banyak cawangan. Yang saya tahu ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja.

Lepas habis urusan kerja, Encik Suami pergi membeli. Saya pesan ambil gambar kedai dan harga sekali. Senang nanti saya nak masuk dalam blog.
Encik Suami bertindak mengikut arahan. Dapatlah dua keping gambar. Memang dua keping ni je lah diambil. Betul-betul menurut arahan dengan tepat sekali.
Harga Garrett Popcorn 2026
Tengok harga terbaru tahun 2026 ni macam tak banyak beza sangat dengan yang lama tu.

Beli dua jenis popcorn perisa premium Almond CaramelCrisp dan Macadamia CaramelCrisp saiz large kedua-duanya.

Beli dua jenis popcorn perisa premium Almond CaramelCrisp dan Macadamia CaramelCrisp saiz large kedua-duanya.

Bungkusan dia bukan sekadar bungkusan biasa, sekali dengan pengepit bungkusan tu untuk elakkan popcorn lemau masuk angin. Bahagian dalam pula food contact layer plastik, bukan kraft paper. Sesuailah untuk simpan popcorn kekal rangup.

Next time nak beli dalam tin lah pula. Bekas tin tu nanti bolehlah juga buat simpanan makanan ke atau apa-apa yang sesuai.
Macadamia CaramelCrisp
Sudah namanya caramel, mestilah manis rasa dia. Tapi taklah terlampau manis sangat. Salutan caramel tu penuh dan tebal setiap satu popcorn tu, tak ada mengelat lansung. Kacang macadamia pun meriah banyak dan juga disalut sekali dengan caramel.Kacang macadamia tu bukan dihancur kecil ye. Ada seketul-seketul separuh kacang tu. Macadamia mempunyai rasa kacang yang lembut dan berlemak. Jadi, apabila digabungkan dengan caramel rasa dia menjadi manis berlemak kekacang gitu.
Kesimpulannya: manis, caramel, buttery, nutty & rich

Almond CaramelCrisp
Almond CaramelCrisp pula rasa manis berkaramel dan sedikit rasa kacang badam yang wangi. Popcorn disalut dengan caramel yang rangup bersama ketulan almond yang memberikan tekstur crunchy dan rasa kacang yang lebih ringan.
Rasa dia lebih kepada caramel manis dengan aroma kacang almond dipanggang. Bila dikunyah bersama popcorn tu ada gabungan tekstur rangup popcorn caramel dan kacang yang garing.
Kesimpulannya: manis, caramel, wangi kacang badam dan crunchy.
Rasa dia lebih kepada caramel manis dengan aroma kacang almond dipanggang. Bila dikunyah bersama popcorn tu ada gabungan tekstur rangup popcorn caramel dan kacang yang garing.
Kesimpulannya: manis, caramel, wangi kacang badam dan crunchy.

Kedua-duanya sedap tapi saya lebih suka macadamia CaramelCrisp sebab kacang macadamia tu masih mudah untuk digigit berbanding kacang almond yang agak keras. Untuk gigi yang kuat tu bolehlah makan dengan kekacang dengan mudah dan enjoy.
Bagi saya yang baru lepas buka braces ni, struggle sikit nak makan kacang almond tu sebab keras sikit. Nak makan popcorn tak ada masalah gigitan dan mengunyah. Cuma kacang almond tu lah susah sikit.
Harga total RM110. Setiap satu RM55 untuk large size.

Lain kali nak beli popcorn perisa biasa caramelcrisp tu je dalam tin pula. Boleh makan tanpa gangguan kekacang.
56 Comments
lamanya tk mkn garret popcorn...dlu time viral 2011 kerap juga la beli...last beli 2013...fav akak caramel crips ....harga pn dh meningkat
ReplyDeleteCaramelCrisp tu sedap. Semuanya pun sedaplah kan. Ya, harga dia dah naik.
DeletePernah jugak makan garret popcorn ni lama jugak dah. Ingat2 lupa dah rasanya tu.
ReplyDeleteSamalah kita dah lama tak makan. Itu yang macam teringin.
DeleteAnak buah akak yang duduk Brunei kalau balik Malaysia 1 beg khas untuk makanan beli Di Malaysia seperti popcorn garret ni. Pak mertua Dan adik ipar dia pesan banyak. Kat sana tak ada
ReplyDeleteMesti banyak membeli tu sesekali balik kan. Popcorn ni pun boleh tahan lama.
DeleteWah.. popcorn kayangan ni. Akak tak pernah jumpa kedainya.
ReplyDeleteKedai ni tak semua tempat ada Kak Nur. Di beberapa negeri je seperti yang saya ceritakan dalam entry di atas.
DeleteBiasa amik yg caramel crisp je.Itu pun amik yg small. Itu pun susah nk habiskan dlm 1 masa..Kena mkn ulang2..=D
ReplyDeleteMemang kena makan lain-lain masa, makan sikit-sikit. Taklah sekali hadap terus habis. Hihihi...
DeleteCheq tak ingat la pulak samada pernah try ka dak Garret popcorn ni masa zaman kerap turun KL dulu, rasanya macam pernah dan memang sedap betoi popcorn tu, luxurious taste 🤓
ReplyDeleteYup, sedap sangat-sangat. Terasa mewahnya tu dengan salutan caramel tebal dan crunchy.
DeleteLama betul dah tu tak makan, tiba² teringin ya. Nasiblah Cik abang ada urusan kat sana, bolehlah belikan popcorn utk adinda. Pandai jugak tu ambil gambar ikut arahan, macam ni baru boleh masuk dalam blog.
ReplyDeleteLama sangat tu kan berbelas tahun. Hihi..bertindak mengikut arahan kalau tidak nanti payah nak menjawab. kekekeke...
DeleteTak pernah makan popcorn jenama ni. Terkejut tengok harganya 🤭
ReplyDeleteSesekali bolehlah. Bila teringin je. hihihi...
DeleteNampak sedap popcorn nya....ni dekat juga kalau Dania nak beli. Turun escalator je.
ReplyDeleteYang ni memang sedap. Nanti bolehlah cuba kak. Dekat tu je. hihihi...
DeleteNak cubalah...
ReplyDeleteP/s.. uncle hanya makan popcorn bila tengok muvi... hehehe
Pasni beli nanti get ready lah tengok muvi kat rumah je uncle. hihihi...
Deletesedapnya dibuat kudapan diantara meal time. Cuma harga tu mahal la. Tp x salah membelinya sekali-sekala kan?
ReplyDeleteYe, begitulah. Sesekali je bukan selalu. hihihi...
DeleteKadang2 kalau teringin, Linda beli yang tGV punya je.. hahaha..
ReplyDeletePun sedap, cuma coating dia nipis sikit dan ada yang kosong kadang. Tapi okay je layan sambil tengok movie.
DeleteGreat photos. Popcorn 🍿 😋 is a delicious snack.
ReplyDeleteIndeed!
DeleteThank you Linda.
Ya ampun!. Sedap sangat ni garret popcorn. Pertama kali makan, saya terus jatuh cinta. Mama kawan Firdaus bagi sebungkus awal tahun lalu, yang ada kacang macadamia. Saya setuju kalau nak kata paling sedap...paling sedap di dunia. Tengok di tik tok, harganya memang kayangan, tapi berbaloi dengan rasanya.
ReplyDeleteKann Kak Amie. Sedap sangat. Yang CaramelCrisp tu pun dah sedap, inikan ada kekacangnya. Sesekali makan okaylah kan. Betul, sangat berbaloi dengan harganya.
Deletewah seap.
ReplyDeletelama akak tak makan popcorn sejak takut takut nak makan benda sedap.eh!
Alhamdulillah sedap. Kena berpantang ye? Takpe kak, kalau memudaratkan better kita elakkan.
DeleteHarga memang 'kayangan' sebab quality dia premium. Saya kali terakhir makan berbelas tahun dulu beli kat Suria KLCC tu pun orang belanja.
ReplyDeleteYa, harga setanding rasa dia. Berbaloi lah membelinya. Kalau orang belanja, extra sedap rasa dia. hihihi...
DeleteFavorite kita jugaaa!! Betul la dah lama sangat x beli meaning lama btul tak jejak klcc ni haha kitrg kalau beli mmg ke klcc je la.
ReplyDeleteFav macadamia caramel..haha skrg rsnya mcm x bole nak makan byl, manis 😅🙊
Kannn..benda ni bukan selalu kita beli. Bila teringin je baru makan. Sekarang dah banyak cawangan sikit berbanding dulu. Bolehlah beli mana yang terdekat. Boleh beli yang kecil tu buat rasa-rasa lepas teringin makan.
DeleteRin dgn husband kalau craving popcorn singgah GSC semata beli popcorn je haha. Nanti kalau jumpa nak try belilah Garrett ni.
ReplyDeletePun boleh. Janji lepas craving kita nak makan popcorn kan..hihihi...Nanti trylah cuba Garrett ni pulak.
Deleteharganya kena menabung dulu, maklumlah bukan seorang je yg mahu makan. pernah makan memang rasanya tu level mewah. bagi popcorn warna warni pasar malam pun dah sedap untuk kita.
ReplyDeletepaper bag boleh letak dalam junk-journal. tiber~
Kann..sedap betul rasa popcorn ni kan. Popcorn pasar malam pun sedap cuma dia kadang tu ngelat ada yang tak kena salut.
Deletehiihihi...Betul-betul nampak seni tu..
Sama lama tidak makan.
ReplyDeleteHehe tq tunjuk harga terkini. Nanti boleh pesan pada Adik untuk beli.
Hihi..sama-sama kak. Nanti bolehlah makan lagi.
Deletetak dinafikan mmg sedap
ReplyDeleteesp yg ada almond tu
tp bila tgk harganya
fuhhhh
sesekali beli boleh laa hehehe
Kannn..sedap sangat. Tak rugi membeli. Tulah tu, tengok harga memang sesekali je lah boleh beli. huhuhu...
Deletewah sedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteFuh, dari 2014 baru datang balik craving Garrett Popcorn 😆 Memang lama tu! Bau popcorn dia pun dah cukup menggoda.
ReplyDeleteItulah tu. Dia datang secara tiba-tiba. Alhamdulillah dapat merasainya kembali. Bau dia jangan ceritalah, rasa tak sabar nak makan!
DeleteDah lama tak beli. Dulu masa masih bekerja di Sarawak, wajib beli setiap kali turun outstation ke KLCC sbb anak2 peminat popcorn 😄
ReplyDeleteLagilah garrett popcorn ni kan. Boleh jadi kegemaran ramai.
DeleteMemang sedap popcorn Garrett ni, kena tahan sikit manisnya. Tapi kita tak lah makan selalu pun kan.
ReplyDeleteBetul, ni pun makan sebab teringin. Dah berbelas tahun baru makan kembali. hihi...Tak selalu makan kira acilah kan.
Deletesampai ke sini terbau wangi popcorn tu
ReplyDeleteHihi..terasa-rasa bau popcorn wangi tu kan..
DeleteTeringat saya zaman Garret ini masih ada di Singapore saja , belum buka cabang hahahahaha. Ya Allah tiap saya ke SG, pasti adaaa saja teman nak titip beli.
ReplyDeleteSayapun dulu sukaaaa kak.
Tapi dah lama sangat dari terakhir beli. Apalagi di JKT ada popcorn yg mirip sangat rasanya dengan Garret, buatan lokal sini 😄. Sejak itu memang jadi jaraaang sangat beli Garret.
Tapi baca ini agak rindu juga 😄
Lagi bagus tu Fann ada yang lebih kurang. Tapi harga lebih murah atau sama je? Sekarang dah banyak cawangan macam mudah jugalah nak membeli kan. Itulah, tiba-iba rindu selepas berbelas tahun. Terus beli. hihihi...
Deletepernah beli sekali kat KLCC..manis sgt2 hahah saya jenis tak tahan benda2 manis sgt :p
ReplyDeleteHihi..faham sangat tu.
Delete