Pergi Cameron Highlands tak kan tak beli strawberry kan. Saya pula peminat buah strawberry. Sangattt! Encik suami lansung tak minat buah strawberry. Buah strawberry sedap kot. Rugi tak makan! Tambah lagi dapat yang fresh dari ladang.

Dalam perjalanan turun bawah kami nak singgah mana-mana tempat yang ada jual buah strawberry. Dari jauh nampak Sky Farm Agro Highlands, jadi kami terus singgah je lah. Kat Sky Farm Agro Highlands kurang meriah sikit.

Sky Farm Agro Highlands

Dah masuk dalam macam sendu teramat je. Dari apa yang saya baca, kat sini boleh petik buah strawberry segar. Kena jalan masuk dalam lagi. Kami rasa macam sendu, terus keluar semula. Ni semua sebab PKP lama sangat kot. Ada jual teh, aiskrim dan sayur.

Kami tak plan nak petik strawberry sebab dulu dah masuk strawberry farm kira cukuplah tu. Nak beli terus je senang kerja. Kami beli buah strawberry di gerai luar. Gerai luar nampak meriah lah sikit berbanding kat dalam tu.

Sky Farm Agro Highlands

Pek strawberry ada yang pek kecil RM10 dan buah strawberry saiz besar RM25 kot. Untuk bagi ole-ole beli yang pek kecil banyak sikit okaylah. Bolehlah bagi sorang sikit. Kalau beli pek besar nanti kena agih agihkan dalam bekas lain pula.

Sky Farm Agro Highlands

Geram tengok buah strawberry segar. Betul ke orang kata buah strawberry ni kalau kat Cameron Highland manis je tapi bila dah sampai bawah jadi masam. Betul ke?

Sky Farm Agro Highlands

Tak menyempat sampai rumah, saya dah habiskan separuh bekas buah strawberry pek besar. Bersihkan dulu baru makan. Risau juga kalau terus makan walaupun fresh from ladang. Sedap manis ada rasa masam sikit sikit tu biasalah.

Kat mana the best strawberry park in cameron highlands? Next time kalau datang nak juga sekali lagi terjah strawberry farm yang lebih menarik, nak petik sendiri kononnya.

Things to do in Cameron Highlands

Dengan itu berakhirlah cuti kami di Cameron Highlands. Walaupun tak berjalan sakan tapi berpuas hati juga dapat pergi tempat-tempat baru yang menarik. Trip ke Cameron Highlands seterusnya mungkin beberapa tahun akan datang.