Filem Kalut Nak Kahwin, filem terbaru Astro First sebuah filem komedi satira dibintangi Amerul Affendi, Salih Yaccob, Kartina Aziz, Dee Al-Hadi, Anas Ridzuan dan ramai lagi. Tonton Filem Kalut Nak Kahwin di pawagam rumah anda melalui Astro First saluran 480, tarikh tayangan Filem Kalut Nak Kahwin pada 4 Ogos 2022.

filem kalut nak kahwin

FILEM KALUT NAK KAHWIN

Tarikh tayangan : 4 Ogos 2022
Siaran TV : Astro First, saluran 480
Penulis skrip : Aloy Paradoks
Pengarah : Yussuf Yunus
Produksi : Cinemalaya Studios supported by FINAS, ALB Infiniti & Astro Shaw
Genre : Romantik Komedi

PELAKON DAN WATAK

  • Amerul Affendi sebagai Mustaqim
  • Salih Yaccob sebagai Pak Lang
  • Kartina Aziz sebagai Mak Minah
  • Dee Al-Hadi (Sharifah Nordiana Syed Shaikh) sebagai Munirah
  • Anas Ridzuan sebagai Buyut
  • Chelsia Ng sebagai Honey
  • Aloy Paradoks sebagai Sulaiman
  • Megat Sharizal sebagai Zaidi
  • Fudail Daiyyan

SINOPSIS FILEM KALUT NAK KAHWIN

Kisah kehidupan sebuah masyarakat di rumah flat yang mengalami masalah air pada majlis hari majlis perkahwinan di tempat mereka. Munirah bingung apabila berlaku gangguan air di flatnya pada hari perkahwinannya. Abangnya, Mustaqim cuba mengatasi masalah dan memastikan perkahwinan itu berjalan seperti yang telah dirancang.

Lebih memburukkan keadaan lagi, Pak Lang selaku tukang masak tidak boleh menghidangkan semua juadah untuk tetamu jemputan kerana kesuntukan masa. Dalam masa yang sama berlaku kebakaran, tok kadi pula ada urusan lain dan pelamin tak siap. Atas semangat berpasukan, semua masalah dapat diselesaikan.