Special Force : Anarchy dibintangi pelakon Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Elizabeth Tan, Yusuf Bahrin dan ramai lagi. Tonton drama Special Force : Anarchy online di Disney+ Hotstar.

DRAMA SPECIAL FORCE ANARCHY
Jumlah episod : 8Mula siaran : 2022
Siaran TV/Platform : Disney+ Hotstar
Penulis skrip : June Tan, Nazri Vovinski
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON SPECIAL FORCE ANARCHY
- Puteri Aishah
- Dato’ M. Nasir
- Yusuf Bahrin
- Steve Yap
- Dynas Mokhtar
- Theebaan G
- Fify Azmi
- Chacha Maembong
- Elizabeth Tan
- Johan As’ari
- Daniella Sya
SINOPSIS SPECIAL FORCE ANARCHY
Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!
Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).
Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).
Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.
0 Comments