Telefilem Korban Adha, telefilem khas sempena Hari Raya Aidiladha lakonan Hisyam hamid, Khatijah Tan, Meor Mohd dan Puteri Rafasya bersiaran pada hari Sabtu, 9 Julai 2022 jam 12:00 tengah hari di saluran 105 Astro Prima. Juga boleh tonton Telefilem Korban Adha strim menerusi Astro Go/Ultra Box!

TELEFILEM KORBAN ADHA
Waktu siaran : Sabtu, 9 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari
Siaran TV : Astro Prima CH105
Idea Asal : Redzuan Shukor & Syawal Azrai
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.
PELAKON DAN WATAK
- Hisyam Hamid sebagai Wan
- Khatijah Tan
- Meor Mohd
- Puteri Rafasya
- Shyrim Husni
SINOPSIS KORBAN ADHA
Mengisahkan tentang Wan seorang lelaki lembam yang disisih oleh ibunya sendiri. Namun, Wan sangup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan kembali kasih dari seorang ibu walaupun seringkali diperalatkan oleh adik tiri Rahmat untuk kepentingan peribadinya.
0 Comments