Sekali lagi terjebak shopping di Uniqlo sebab ada sale. Sebab satu lagi dapat free gift Uniqlo limited edition stainless steel water bottle. Padahal baru je membeli haritu dapat tote bag dan recycle cup holder.

Dah lama tak shopping baju baru sejak PKP nak pergi mana mana pun tak boleh masa tu kan. Bagilaha peluang tambah baju baru. Mujurlah saiz tak berubah. Kah!

Bila ada sale value buy atau e-member price special tu kira berbaloilah jugalah membeli. Kalau tidak, tunggu bila perlu baru membeli. Baru-baru ni pun Uniqlo meraikan Thank You Festival dari 26 November 2021 sehingga 2 Disember 2021.

Jadi, Uniqlo menyediakan free gift Uniqlo limited edition stainless steel water bottle sebagai penghargaan kepada pembeli dengan terma dan syarat. Berguna ni bawa pergi travel atau nak bawa bekal jalan jalan.


Yang penting design dia cantik dan berguna. Dek kerana alang alang shopping, rebut peluang sekalilah dapatkan percuma. 

Dapat jugak bawa beliau bercuti sekali haritu. Tak sesia lah dapat si comel ni. Untung jugak dia dapat ikut bercuti. 

nota : maaflah kalau saya belum singgah lagi balas kunjungan. Elok dah ada masa, banyak tinggalkan komen sekali keluar notification "You have created the maximum number of comments for today, please try again tomorrow." Tanda kena berhenti komen dah tu. Dengki betul kan tak bagi kita komen banyak banyak.