Tonton Drama Adakah Engkau Menungguku episod 1 bermula pada 29 September 2022, pukul 9:00 malam di slot Lestary TV3.  Drama Adakah Engkau Menungguku dibintangi pelakon Adam Lee, Wanna Ali, Wani Kayrie, Syafi Tee dan ramai lagi. 

drama adakah engkau menungguku

DRAMA ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 29 September 2022
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : Anina Sahal, Amin Shakib, Eja Lorena
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production

PELAKON DAN WATAK

  • Adam Lee sebagai Chef Ikmal
  • Wanna Ali sebagai Arianna
  • Wani Kayrie sebagai Tina
  • Syafi Tee sebagai Zain
  • Farhan Asri sebagai Azman
  • Nabil Aqil sebagai Redza
  • Bella Astillah sebagai Maya
  • Neera Azizi sebagai Lara Sofea
  • Sherry Ibrahim sebagai Mak Su
  • Enot sebagai Mak Ngah
  • Wan Nor Azlin
  • Rosli Rahman
  • Khaty Azian
  • Elanie Aidid

SINOPSIS DRAMA ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU

Ariana mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh.

Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?