Bukan pengaruh rakan sebaya mahupun racun blogger. Kalini terpengaruh dengan anak buah umur 3 tahun! Satu hari tu nak pergi rumah dia, mak suruh beli corndog Family Mart sebab anak buah tu suka makan corndog Family Mart tu. 

Disebabkan kami berdua laki bini tak pernah membeli corndog apatah lagi makan, jadi mak pun cakap belilah lebih.

Sekali dah rasa, eh rasa nak makan lagi. Beli satu kongsi berdua mana cukup. Lepas tu on the way balik rumah sempat lagi singgah Family Mart area rumah beli sorang satu corndog. Baru puas makan.

Nama sebenar dia double cheese corn sausage. Corndog dipek dalam pek kertas satu-satu walaupun beli dua. 

Double Cheese Corn Sausage Family Mart

Saiz double cheese corn sausage Family Mart ni boleh tahan besar jugak. Agak mengenyangkan jugak lah makan satu batang ni. Sosej saiz besar dibaluti roti dan bread crumb. Sangat rangup! 

Terpaling suka sos cili dia sebab macam pedas sikit. Bila tambah sos cheese dia jadi balance lah, kurang pedas sikit.

Double Cheese Corn Sausage Family Mart

Puas hati membeli. Bukan sekali dua membeli. Lepas tu repeat beli lagi dan cuba triple cheese corndog pulak. Yang triple dalam dia separuh sosej dan separuh lagi cheese. 

Yang suka cheese sila pilih triple cheese. Tapi saya suka double lagi. Triple ada extra cheese dalam tu rasa muaklah pulak. Kena makan panas panas baru sedap ada cheese tarik.

Double Cheese Corn Sausage Family Mart

Double cheese corn sausage Family Mart price RM6.90. Okaylah sesekali rasa nak makan. Nak beli selalu memang tidaklah kan. Poket menipis, lemak menebal pulak nanti.