Sekejap dah hari Jumaat. Hari Jumaat penghulu segala hari atau disebut Sayyidul Ayyam. Hari Jumaat, hari yang istimewa berbanding hari-hari yang lain. Hari untuk perbanyakkan amalan amalan kebaikan menambah pahala.

Selain membaca Al-Quran setiap hari samada sikit atau banyak, lebih afdhal membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat.

Surah Yassin yang biasa kita amalkan baca pada malam Jumaat, boleh juga diamalkan pada malam-malam selain jumaat atau pada bila bila masa bila saja pun sebab baca Al-Quran pasti akan mendapat ganjaran pahala.

surah yasin tulisan tangan satu muka surat
sumber : twitter


Surah Yassin antara surah yang pendek. Kagum dengan penulis surah Yassin yang menulis dalam satu muka surat ni. Siapakah pemiliknya? Tulisan kemas betul.

Teringat dulu sekolah agama masuk petandingan khat jawi wakil sekolah. Tak menang tapi dapat saguhati pun jadilah.