Masuk muka surat 335 per 365. Bermakna bulan Disember, episod terakhir tahun 2021. Cepat masa berlalu? Bayangan wawasan 2020 kereta terbang yang diharapkan. Rupanya kereta terbang tak bergerak pun selama 2 tahun ni. Ehh gurau...

Belek belek kalender Disember 2021. Ohhh cuti sekolah disember 2021 akhir tahun bermula 11 Disember sampai 31 Disember rupanya. Nampaknya macam kembali sesak tempat tempat percutian. Ghisauuu...ahhh ghisauuu..Selagi tak pupus, COVID-19 ada dimana-mana. 

Bulan Disember ni ramai menghabiskan saki baki cuti yang masih ada. Mana yang ada saman tu, dengarnya ada diskaun saman trafik Disember 2021. 50% diskaun saman trafik katanya. Bolehlah check kot kot ada yang masih belum dilunaskan bila dapat gaji disember ni.

kalendar disember 2021

One of the bravest things you can do in life is to never
look back
Do not let past failure hinder your life any longer.

Cuti Umum Bulan Disember 2021

11 Disember (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
24 Disember (Jumaat): Cuti Hari Natal (Sabah)
25 Disember (Sabtu) : Hari Krismas (Semua Negeri)
26 Disember (Ahad) : Cuti Hari Krismas (Kelantan & Terengganu)

kalender disember 2021

The past can hurt,
But the way I see it,
You can either run from it
or learn from it.

Percutian tertangguh saya masih lagi diperam. Banyak komitmen dan masih sibuk. Tahu tahu ada pulak varian baru muncul. Entah entah PKP pun ikut muncul jugak. Harapnya taklah. 

Okay malam tadi Final Piala Malaysia 2021 KL City vs JDT. Trending Johor, KLCity, Shukor Adan, Bojan Hodak, IC 14 dan Man Of The Match Kevin Mendoza. Sini rancak, sana rancak mana mana Mendoza!!! 

Bangsa Johor jangan bersedih. Ayuh Johor! Tahun depan kita bangkit okay. Apa ada hal 2021 dah dapat 2 piala. 

Rezeki KL City menang selepas 32 tahun mencuba. Rezeki Shukor Adan jugaklah hadiah terakhir sebelum bersara. Bojak Hodan mesti puas hati menang 2-0 sebab boleh kalahkan ex-club, kan? Lepas tu dan dan semua claim IC 14.