Kita nak bantu mangsa banjir tapi kadang tak tahu nak sumbangkan apa. Mana-mana individu atau pertubuhan yang nak menyumbangkan bantuan barang keperluan mangsa banjir, boleh tengok senarai barang keperluan yang diperlukan semasa pasca bencana banjir.

Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir
sumber : Public Health Malaysia


Senarai barangan keperluan mangsa banjir

1. Minuman bersih - air mineral
2. Susu kotak atau Milo kotak/minuman kotak
3. Barang makanan segera - Jenis yang boleh terus dimakan, contohnya roti atau makanan dalam tin
4. Pakaian Dalam
5. Pakaian bersih
6. Krim kulit - elakkan kulit gatal terkena air banjir
7. Lilin
8. Pampers/ tuala wanita
9. Tuala
10. Telekung/ tudung
11. Dapur portable + gas
12. Sweeper
13. Genset + Waterjet + Petrol - kena check dulu rumah ada air ke tidak
14. JCB & Roro - Memudahkan bersihkan selut dan angkut sampah sampah 
15. Air manis
16. Tong air - Simpan barang makanan atau air bersih dengan selamat.
17. Ubat ubatan asas - seperti panadol, ubat gamat, minyak angin dan sebagainya
18. Selipar
19. Tilam & bantal
20. Face mask
21. Kit hygiene

Ada lagi? Boleh tambah di dalam kotak komen.

Sama-samalah kita doakan semoga bencana banjir berakhir segera dan mangsa banjir diberikan kekuatan mental dan fizikal menghadapinya. Aaaminnn...

Bantulah selagi mampu
Kita kena cuba ikhtiar untuk membantu. Kalau ada duit, sedekahlah, Kalau kurang berduit dan berani untuk sumbang tenaga, buatlah. Kalau tak mampu sedekah dan sumbang tenaga? Berdoalah dan sebarkan kebaikan. Sekecil-kecil tindakan kita, Allah yang menilai.- Jentik hati