Bangun subuh tadi, tengok handphone nampak notification yang menangkap mata. Pesanan ringkas dari MySejahtera.

RM0 MySejahtera: Sila semak butiran temujanji dos penggalak vaksinasi COVID-19 untuk No K/P berakhir _ _ _ _ di MySejahtera.
Temujanji Dos Penggalak Vaksinasi COVID-19

Ah sudahhh..rasa macam belum bersedia lagi untuk cucuk penggalak vaksin ni. Risau kesan dos penggalak ni lebih kuat. Setakat ni dos pertama dan dos kedua kesan ringan je. Dos pertama hanya kebas tangan sehari dua macam tu.

Dos kedua kesan kebas tu sekejap je. Rasa tak sampai sehari pun. Syukurlah tak ada kesan teruk selepas cucuk vaksin. 

Dos ketiga ni tiba tiba jadi risau tahap tinggi pulak. Saya dapat hari yang sama dengan encik suami cuma tempat berbeza lah pulak. Lepas tu saya dapat tengahari dia dapat petang. Dah jadi satu kerja pulak nak ke sana ke sini.

Dari geng Sinovac, terus geng kayangan Pfizer. Ada yang dah dapat dos penggalak?