Satu telefilem bertajuk 'Imam Hakiki' telah ditayangkan sempena Maulidur Rasul pada 29 Oktober 2020 lepas. Ada yang dah tengok ke telefilem ni? Telefilem yang ditayangkan pada hari khamis, pukul 10 pagi di Astro Oasis tu telah menimbulkan rasa benci penonton dengan PU Azman. 

PU Azman memegang watak seorang bilal yang riak, lain sama sekali dengan watak yang pernah dibawakan sebelum ni. Lakonan pertama juga buat Atita Haris, instafamous yang merupakan isteri pelakon Nas-T. sekarang ramai dah terjebak dalam bidang lakonan ni. Okaylah ada bakat serba boleh. Tak cuba tak tahu. 

Telefilem Iman Hakiki
sumber : Astro Oasis

TELEFILEM IMAN HAKIKI

Waktu Siaran : 29 Oktober 2020 (Khamis) jam 10 pagi
Penulis Skrip : Team Opera Klasik, Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Operas Klasik Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Hisyam Hamid sebagai Iman
  • PU Azman sebagai Bilal Kamal
  • Datuk Rahim Razali sebagai Tok Mahat
  • Zaidi Omar sebagai Pak Daud
  • Atita Haris sebagai Maimunah
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Teh
  • Rashid Sibir sebagai Yus
  • Aishah Sudin sebagai Mak Sal


SINOPSIS TELEFILEM IMAN HAKIKI

Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman. 

Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti zaman Nabi Muhammad SAW. Dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran zikir dan segala aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?

Yang belum tengok boleh tonton telefilem Iman Hakiki dalam youtube di bawah. Ambil pengajaran apa yang ada dalam telefilem ni.