Drama bertajuk "Shah Alam 40000" ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia. Menampilkan pelakon lama yang hebat seperti Rita Rudaini, Umie Aida, Arash Mohd dan beberapa penampilan baru Anna Jobling, Jabir Meftah (Hero Remaja) dan ramai lagi. 

Drama bersiri Shah Alam 40000, 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, dibawah arahan Isma Yusoof.

Drama Shah Alam 40000 Episod 1-28 (Akhir) Lakonan Rita Rudaini, Umie Aida dan Anna Jobling
sumber : iqiyi

DRAMA SHAH ALAM 4000

Jumlah Episod : 28
Tarikh Tayangan : -
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Isma Yusoof
Produksi : Global Station Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Rita Rudaini sebagai Datin Rose
  • Umie Aida sebagai Datin Azalina
  • Anna Jobling sebagai Shafinaz
  • Arash Mohd
  • Shah Rezza
  • Jabir Meftah sebagai Akiff
  • Danish Iskandar sebagai Fatah
  • Zailin Aqeesha sebagai Arisa
  • Fadlan Hazim
  • Aedy Ashraf
  • Yusry Abdul Halim
  • Qistina Khaled

SINOPSIS SHAH ALAM 4000

Puan Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz adalah tiga wanita kaya dan terkemuka yang tinggal di kawasan kejiranan di Shah Alam. Masing-masing mempunyai rahsia tersendiri dan sering berkumpul untuk melindungi kepentingan masing-masing. 

Tetapi keadaan menjadi bermasalah apabila salah satu dari mereka memutuskan untuk membuka perniagaan roti, menjadikan persahabatan mereka entah kemana perginya.