Drama komedi 'Isteri Misteri' Lakonan Sharnaaz Ahmad, Azira Syafinaz, Tiz Zaqyah, Azar Azmi dan Sharifah Sakinah mula bersiaran semalam, 25 November 2020. Drama Isteri Misteri ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Khamis pukul 6 petang di TV3. Pukul 7malam pula di viu.

Drama Isteri Misteri adalah hasil kerjasama Viu Malaysia dan Media Prima Berhad. Gandingan pelakon yang hebat-hebat ni. Jarang Sharnaaz Ahmad dan Tiz Zaqyah pelakon senior yang terjebak dalam drama komedi ni. Masih dalam mood PKPB ni bolehlah layan drama komedi macam ni.

Drama Isteri Misteri Episod1-10 (Akhir)
sumber : Viu 

DRAMA ISTERI MISTERI

Jumlah Episod : 10
Mula Tayangan : 25 November 2020
Waktu Siaran : Rabu-Khamis, 6:00 petang
Siaran TV : TV3 atau Viu Online
Pengarah : Faisal Ishak & Esham Shahlin
Produksi : Primeworks Studios & VIU

PELAKON DAN WATAK

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Rizal
  • Tiz Zaqyah sebagai Emma
  • Sharifah Sakinah sebagai Yatie
  • Azira Shafinaz sebagai Lisa
  • Azar Azmi sebagai Jun

SINOPSIS ISTERI MISTERI

Drama isteri misteri mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Rizal. Seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya. 

Dengan bantuan pembantunya (Jun), dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri!