Dahlah psiko! Lepas tu jadi stalker pula. Siapa yang tak seram bila ada psiko stalker muncul. Rasa tak senang hati dibuatnya. Sabtu, 26 September 2020 haritu ada tayangan Telefilem 'Gangguan Psiko Stalker' adaptasi novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah.

Telefilem Gangguan Psiko ni ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD, pukul 9malam. Yang tak berkesempatan tengok, boleh tonton online.

Lakonan pertama Shalma Eliana (adik kepada Shalma Aina) dan bergandingan dengan Ismail Izzani sebelum drama Lelaki Lingkungan Cinta. Semakin laris bakat mereka berdua ni. 

Gangguan Psiko Stalker
sumber : google

TELEFILEM GANGGUAN PSIKO STALKER

Waktu Siaran : 26 September 2020 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Rahim Zali
Penerbit : Dear Creative Media

PELAKON

  • Shalma Eliana
  • Ismail Izzani
  • Zarul Umbrella
  • Ziana Zain
  • Wafariena Roslan
  • Kufrida
  • Akmal Ahmad
  • Fiza Halim
  • Ameerul Asyraf

SINOPSIS GANGGUAN PSIKO STALKER

Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.

Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.

Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.

Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?