Bila tiba hari raya bulan November muncul, perkataan november rain je lah yang muncul dalam kepala ni. Lagu November rain nyanyian Gun N' Roses tu pun hanya tahu tajuk je. Its okay tak tahu bukan benda wajib tahu pun.

Well, it's November month already!! Bulan kesebelas dengan 30 hari. Ready tak ready dah masuk ke dalam november calendar. Maka, marilah kita menghitung hari hari yang bakal kita habiskan dalam tahun 2020 ni.

29 hari akan datang dah masuk bulan december dah. November 2020 kita bakal hadapi 4 angka yang menakutkan. 
"Mungkin selepas 31 Oktober, kita tak ada 3 digit dah, kita dah 4 digit" -Tan Sri Dr Noor Hisham
Harap angka jangkaan tu meleset dan tersasar jauh. Kesian frontliner yang semakin penat. Kesian juga kat kita semua yang penat dengan terpaksa PKP, PKPB, PKPD dan sewaktu dengannya. 

Ye, Allah sedang uji kita. Teruskan positif dan berdoa moga Allah hapuskan segera virus covid-19 perosak dunia ni. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Cuti Bulan November/November Holidays

6 November-Jumaat : Hari Keputeraan Sultan Perak
11 November-Rabu  : Hari Keputeraan Sultan Kelantan
12 November-Khamis : Hari Keputeraan Sultan Kelantan 
14 November-Sabtu : Hari Deepavali (Semua Negeri kecuali Sarawak)
15 November-Ahad : Hari Deepavali (Cuti Kelantan dan Terengganu sahaja)


Bila ada cuti perayaan tu, mulalah perasaan risau muncul kembali selagi si Covid 19 ni tak pupus. Kita fikir yang baik-baik je lah ye. Serabut perut kalau dok asyik fikir je.

NOVEMBER 2020

Just because your path is different, doesn't mean
you are lost. Lead your own life and keep learning
NOVEMBER 2020
Go travel.
It makes you realise
that no matter how much you know,
there is always more to learn,
and there is always room for improvement
Rasanya go travel tak boleh dipakai dalam keadaan sekarang. Mungkin boleh digantikan dengan go on. Yes, hidup perlu diteruskan walau apa jua rintangan dan ujian yang kita hadapi selagi Allah pinjamkan kita nyawa yang sangat berharga ni.

Perbaiki diri jadi lebih baik. Don't bitter, be BETTER. InshaAllah... Selamat enjoy dan happy di bulan November ni. Semoga ada berita baik dan semoga happy selalu.