Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10 | Maria terkejut bila dapat tahu Esya pregnant setelah diberitahu oleh Rin. Esya pun tak sempat beritahu Adib lagi tentang berita gembira tu  sebab Adib sibuk dengan kerja dia.

Adib pula salah seorang pekerja yang terpaksa diberhentikan kerana cafe tempat Adib bekerja semakin kurang pelanggan dan boss terpaksa memberhentikan beberapa pekerjanya.

Drama : Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10
sumber : TV3 Drama sangat


Adib buntu dan sedih...

"Mampukah aku untuk hadiahkan Eysa kebahagiaan"-Adib

Sampai je Adib di dirumah, Esya beritahu Adib berita gembira tu. Tapi malangnya Adib tak suka dengan berita itu. Adib marahkan Esya sebab mereka dah plan untuk tidak ada anak dalam  masa sekarang.

Adib tambah bingung sebab dia baru dibuang kerja dan berita tu membuatkan Adib rasa terbeban. Dia risau takut tak dapat nak tanggung hidup mereka berdua. Lagi lagi bila anak.

Mereka berdua bergaduh besar..kesian Esya.