Dah tengok telefilem cucu nek putih tak? Telefilem Cucu Nek Putih ni dah ditayangkan ni Astro Citra dan Citra HD pada 31 Oktober 2020 yang lepas. Sekali lagi Nad Zainal dan Remy Ishak bergandingan dalam sebuah cerita.

Tapi Remy Ishak bukanlah hero dia seperti yang Nad Zainal pernah cakap dalam talk show Meletop haritu. Selain Nad Zainal, menampilkan juga Armada Ammar atau lebih dikenali dengan Ammar Titan (kumpulan bersama dengan Issey). 

Telefilem Cucu Nek Putih
sumber : Astro Citra



TELEFILEM CUCU NEK PUTIH

Waktu Siaran : 31 Oktober 2020 (Sabtu) jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra 128 dan Citra HD 108
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Heritage Movies Sdn Bhd

PELAKON 

  • Nad Zainal
  • Remy Ishak
  • Armada Ammar
  • Khatijah Tan
  • Sabri Yunus
  • Dhia Arissa
  • Sheeda Ali

SINOPSIS CUCU NEK PUTIH

Kisah seorang nenek yang harus menurunkan ilmu sihir kepada cucunya. Setelah mewarisi ilmu dari neneknya, Suri kelihatan seperti wanita gila dan penduduk kampung mula bercakap tentangnya.

Suri terpaksa menerima saka dari neneknya sorang pawang yang membantu ramai orang untuk diubati. Walaupun tidak rela namun Suri terpaksa dan hal ini memakan diri Suri. Dek kerana ini hubungannya bersama Sein di halang dan Suri menjadi mangsa cemuhan orang kampung.

Siapa dah tengok? Seram ke tidak?