Selamat berhujung minggu semua. Setelah lama tak memunculkan widget top komentator di blog sihatimerahjambu ni akhirnya Fiza letak semula. Boleh check top 10 komentator terkini di menu bar about >> top 10 komentator 2020.

Pertama sekali nak minta maaf dulu sebab hanya senaraikan top 10 komentator sahaja. Bukan 20 bukan 30. Rasanya rata-rata blogger meletakkan top 10 komentator dalam blog mereka. Jadi, itu bukan persoalan yang perlu ditanyakan.

Dan selebihnya yang datang komen tu bukan tak dihargai okay. Tetap nak berterima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan komen dan yang singgah walaupun seketika cuma. Tanpa kau orang semua, sendu rasa blog ni haa..

Bawah ni senarai top 10 komentator terkini. Belum muktamad lagi ye. Tahun 2020 ada 366 hari. Tapi untuk top 10 komentator Fiza akan kira sampai 355 hari (1 January 2020-20 Disember 2020). Selepas tarikh 20hb Disember Fiza akan umumkan ye.


Top 10 komentator Blog Sihatimerahjambu 2020



Siapakah Bakal Top 10 Komentator 2020

Untuk penghargaan kepada top 10 komentator ni. Top 3 Komentator, Fiza akan berikan hadiah. Hadiah tu nanti Fiza update sebab baru sampai satu je hadiahnya. 

Untuk 7 lagi komentator lagi, secara automatiknya akan dimasukkan dalam bloglist terus sepanjang tahun 2021. Termasuklah top 3 juga. InshaAllah ada rezeki lebih mungkin tradisi ini akan diteruskan macam tahun tahun sebelum ni yang pernah Fiza buat.

Last Fiza buat tahun 2016. Siapa pernah dapat dulu tahu lah kot. Dulu setiap bulan, lepas tu 2 bulan sekali, lepas tu tak ada dah sampailah tahun ni baru muncul semula.

Siapakah bakal top 10 komentator blog Sihatimerahjambu 2020 ni. Nantikan pertengahan bulan december nanti.  Terima kasih semua.