Ramai ke menantikan tarikh cantik sebelas sebelas ni? Ke menantikan big sale 11.11? Kalau tarikh ni jatuh hari jumaat atau sabtu atau ahad mesti dah ada booking buat majlis yang sepatutnya kan. 

Sejak PKPB ni sebarang majlis tak dibenarkan dah.

Bertabahlah ye bagi yang telah merancang majlis. Ingat, perancangan Allah lebih baik. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Apa cerita 11.11 ni? 

Tak ada apa cerita. Sale bersepah sepah je. Nak shopping, tak ada keperluan buat masa ni. Tak tahu lah kot terjebak juga. Lebih baik jangan buka apps lazada atau shopee. Tapi dua dua apps tu macam bakal dibuka sebab nak check status parcel dah sampai mana. Harap tak terjebak lah. Mohon jauh..shuhhh shuhhh

Sebelas Sebelas

Kemurungan

Agak  kemurungan bila mak call cakap abah sakit lagi. Naik ambulance sekali lagi. Nak balik tak boleh rentas negeri pula. Sudahnya asyik berfikir je lah pasal tu. Mampu berdoa dari jauh je lah. Semoga Abah kuat semangat dan Allah kurangkan sakit abah. Aaminnn...

Dalam musim PKPB ni, Mak ayah kat kampung surely terkesan sama. Menanti anak cucu balik kampung macam biasa. Bila lama tak balik mulalah bertanya bila nak balik. Soalan yang paling susah nak jawab buat masa ni. Tak sampai hati nak menjawab pun. Aduhaiiii

Tambah pula jenis mak ayah duduk kampung yang tak berapa nak faham sangat situasi yang berlaku sekarang ni kan. Kita pula yang risau. 

Apapun 11.11 tarikh yang cantik. Senang ingat siapa punya birthday harini.