Pernah nampak tak orang makan pokok kaktus? Pertama kali nampak orang makan kaktus di satu post di instagram. Lupa pula nak save post sebab masa tu tengah scroll explore instagram tu. 

Dalam video tu seorang perempuan tengah petik pokok kaktus macam dalam gambar di bawah dan dia masak dijadikan hidangan lauk sebagai sayuran mungkin. Ada yang pernah tertengok video tu tak agaknya?

Bila tengok tu rasa macam "Seriouslah pokok kaktus boleh dimakan?". Setelah diselidiki. Ye, pokok kaktus memang boleh dimakan. Tapi ada jenis jenis pokok kaktus yang boleh dimakan.

Tak semua jenis pokok kaktus boleh dimakan. Bukan sembarangan kaktus boleh dimakan.

Pokok Kaktus
gambar sekadar hiasan


Dari apa yang Fiza baca kaktus dan buah kaktus merupakan masakan orang Mexico. Kaktus digunakan dalam kebanyakkan hidangan utama seperti salad, telur dan rencah tambahan hidangan yang lain.

Buah kaktus yang disebut juga sebagai  "Prickly Pears" dikatakan sangat manis dan boleh di makan mentah bergantung pada tahap masak buah kaktus tersebut.  Ada juga yang dikisar untuk dijadikan pemanis.

Amacam? Sanggup makan tak? Kalau diberi peluang, mungkin tidak akan makan. Tak berani oiii sebab dalam kepala ni dah set sesiap pokok kaktus hanya sebagai tumbuhan hiasan walaupun boleh makan. Hihi...

Bukan hanya sekadar boleh dimakan. Tapi ianya boleh membantu dalam proses penghadaman yang baik. 

Terdapat beberapa nutrisi dalam buah kaktus yang kaya dengan pelbagai jenis vitamins dan antioksidan. Antaranya :

  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin K
  • Beta-carotene
  • Potassium
  • Magnesium
  • Calcium
  • Phosphorus

More details : https://www.webmd.com/diet/health-benefits-cactus-fruit#1