Ada yang dah tengok telefilem 'Demi Tuhan Aku Bersaksi"? Telefilem yang dikatakan agak kontroversi sebelum ditayangkan kerana terdapat unsur-unsur yang tak sepatutnya ditayangkan iaitu kisah songsang.

Sebelum ditayangkan di televisyen, tayangkan khas telah dibuat di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan pendapat dan pandangan terhadap telefilem tersebut.

Demi Tuhan Aku Bersaksi
sumber : google


Ramai yang mengecam lakonan Syafie Naswip dan penerbit Prokuya Studios Sdn Bhd, Fadzil Zahari yang merupakan adik Farid Kamil kerana telefilem ni mengundang kontroversi tentang isu maknyah.

Rasanya ini pertama kali Syafie Naswip berlakon jadi maknyah kan. Tapi lakonan dia tak pernah tak bagus. Dari kecil kot berlakon. Bagi lah watak apa sekalipun kan. Menjadi je lakonan dia.

Kita pula yang rasa macam geli geleman tengok watak lembut yang dibawa tu. Part dia berlaga pipi dengan mak dia yang tak tahan tu. Boleh eh bawa watak sampai macam tu. huhu.

Setelah setahun terperam dan mendapat kelulusan, telefilem demi tuhan aku bersaksi telah ditayangkan di TV1, 31 Oktober 2020 Sabtu yang lepas.

TELEFILEM DEMI TUHAN AKU BERSAKSI

Waktu siaran : 31 Oktober 2020(sabtu) jam 10:00 malam
Siaran TV : TV1 (Panggung RTM)
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Prokuya Studios Sdn. Bhd.

PELAKON

  • Syafie Naswip
  • Fezrul Khan
  • Ismail Yaacob
  • Taiyuddin Bakar
  • Melanie Tan
  • Sheila Mambo
  • Aman Graseka

SINOPSIS DEMI TUHAN  AKU BERSAKSI

Mengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji! Mampukah Hamd menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.T?

Semoga cerita ni dapat dijadikan pengajaran untuk mereka yang telah tersasar jauh tu ataupun yang baru mula berjinak jinak ke arah itu. Cerita bukan sekadar hiburan. Ada mesej yang disampaikan supaya manusia berubah untuk jadi yang lebih baik. 

Kadang hairan kenapa golongan 'mereka' ni orang dok sokong. Ada yang dah insaf, lepas tu dia transform semula jadi perempuan. Lepas tu insaf, lepas tu minta maaf, lepas tu insaf balik, minta maaf balik. Banyak betul drama dia.

Harap 'mereka' betul-betul insaf dan bukan drama air mata semata-mata meraih simpati orang ramai untuk dimaafkan. Yang penting mereka bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.