Masa shopping di Jaya Grocer, belek-belek lah kejap rak jem tu. Nak cari stok baru sebab yang peanut butter tu dah nak habis. Lama menghabiskan masa depan tu je dok belek satu-satu mana yang berkenan. Yang penting no sugar!
Kami sepakat memilih hazelnut chocolate cream jenama Symphony Spread.
Good To Know: No Preservative, No Flavouring, No Colouring, Non-GMO.
Berkenan juga dengan dia punya packaging, premium dan lain dari yang lain. Ada sebab packaging tu macam tu. Untuk elakkan dari terkena panas atau cahaya bagi menjaga kualitinya.



Ada beberapa perisa lagi peanut butter cream dan matcha. Tapi matcha dah habis ye. Licin kat rak tu. Kalau ada nak jugalah rasa. Boleh rambang mata dibuatnya nak memilih. Nanti nak cari pistachio pula lah. Tapi harganya boleh tahan juga. Aigooo...

Ingatkan penutup kertas tu penutupnya. Rupanya dalam tu ada penutup besi macam biasalah.

Isi dalamnya tak penuh sangat. Teksturnya halus dan tak ada cebisan hazelnut. Elok dikisar halus. Aroma dark chocolate dan kacang buat rasa tak sabar nak makan.

Saya makan dengan roti sourdough tu sedap gila. Dahlah roti lembut, sapuan pun sedap. Dark chocolate tu sememangnya tak manis dan ada pahit-pahit coklat tu. Terasa juga kacang hazelnut yang berlemak. Gabungan coklat dan kacang hazelnut yang sedap. Boleh pergi jauh makan sampai 2 keping.

Ada beberapa perisa lagi peanut butter cream dan matcha. Tapi matcha dah habis ye. Licin kat rak tu. Kalau ada nak jugalah rasa. Boleh rambang mata dibuatnya nak memilih. Nanti nak cari pistachio pula lah. Tapi harganya boleh tahan juga. Aigooo...
40 Comments
dia punya packaging pun cantik dan kemas. lps habis bekas tu boleh isi benda lain
ReplyDeleteBolehlah isi bahan-bahan kering ke kan. Good idea!
Deletenampak sedap. apa saja asal hazelnut memang kegemaran saya
ReplyDeleteSedap! Hazelnut kegemaran saya juga. Geng lah kita. hihi...
DeleteBoleh tahan harganya berbanding botol dan isinya tu yang tak banyak sangat. Tapi, botolnya tu betul² cantik lawa dan kreatif. Ni mesti sambil kunyah roti sambil membelek botol. Semoga jumpa la nanti flavour pistachio tu ya.
ReplyDeleteA'ah. Harga boleh tahan. Sekali ni je lah beli sebab nak rasa. huhu...Tak belek dah sebab dah habis belek masa beli. hihi...
Deletekat rumah i ada nutella, my boys suka jugak mkn dgn roti. brand symphony ni i lom pernah try beli lg
ReplyDeleteNutella tu memang sedap tapi dia manis sikit. Yang ni lulus diet sebab kolestrol dan gula 0.
DeleteNampak sedap tu. Tak pernah cuba lagi yg ni. Akan dicari nanti, kalau anak2 ada, mungkin akan dibelikan matcha (selera gen Z kan 😄).
ReplyDeleteSedap! Hihi..selera GenZ berbeza sungguh lah kan.
DeleteSekarang musim matcha. Di mana mana yang ada matcha ni cepat je habis.. hehe..
ReplyDeleteHazelnut tu nampak comel je bekasnya. Kecil je botolnya harganya boleh tahan. Apa apa yang sihat memang harga mahal sikit..
Ye, musim matcha sekarang ni. Saya pun suka matcha. Bekasnya comel kurang sepadan dengan harga. Mungkin sepadan dengan rasa. Betul, yang sihat tu dia mahal sikit.
DeleteKalau Hazelnut tu ala ala Nutella la kan....packaging dia menarik.
ReplyDeleteYe, betul. Cuma versi tak manis dan lebih sihat. Packaging dia menarik buat orang tertarik nak membeli.
DeleteMenarik packaging nya tu. Cantik. Harga tu boleh tahan. Kecik je botolnya.
ReplyDeleteCantik memang cantik. Harga dia je tak berapa nak cantik. hihi…
DeleteCantik packaging-nya... Kalau mahal sedap takpe, boleh repeat lagi
ReplyDeletePackaging cantik. Rasa pun sedap. Ni beli nak rasa je.
DeletePackaging dia memang cantik... tapi orang yang ambik gambar ni yg pandai ambik shot buat pakaging dia nampak cantik...
ReplyDeletePackaging cantik. Ala uncle, jangan puji uncle. Maceh!
DeleteMatchaaaaa~
ReplyDeleteKita baru beli brand gardenia, biasa-biasa je. Beli spread, rotinya tak beli. Bijak betul bukan? ahahaha~
Boleh pulak terlupa beli rotinya eek..Aduii..kena tunggu beli roti lah baru boleh makan dengan spread nya.
DeleteTak pernah try lg
ReplyDeleteNanti boleh cari kalau nak try.
DeleteMakanan sihat memang mahalkan? Nasib baik sedap. Hehe kadang-kadang makanan begini kurang rasa berbanding yang normal punya.
ReplyDeleteBetul, mostly mahal kan. Mujurlah sedap kena dengan tekak. A'ah kadang tak kena dengan selera. Tapi yang ni lulus ikut selera.
DeletePeanut butter kayangan dari segi rasa, khasiat, packaging dan harga nih ye. Unik packaging nya tuh. Ramai peminat matcha sampai habis licin gitu. Jaya Grocer selalu ada brands yang jarang dengo dan hipster.
ReplyDeleteYa, terlalu premium pulak. Sesekali nak cuba okaylah. Nak beli selalu tu tidaklah kot. Agaknya lah kot, itu yang licin lansung tak tinggal satu pun untuk orang belakang. hihi...Betul, brands yang rare.
DeleteSelalunya kalau benda mahal macam ni, pasti sedap rasa coklatnya.
ReplyDeleteBetul. Mahal tapi mujurlah sedap.
DeletePistachio memang lebih mahal. Tapi hazelnut pun tidak kurang sedapnya.
ReplyDeleteYa, sebab kacangnya mahal. Hazelnut pun sama mahal tapi okaylah favourite juga hazelnut ni. Sedap!
Deletedesign packagng dia sungguh eye catching! mmng nampak premium. kalau dia no sugar, mmng takde rasa manis langsung ke atau manisnya tu dtg semulajadi dri coklat?
ReplyDeleteYa, itu yang tertarik nak membeli. Manis semulajadi daripada bahannya.
DeleteTapi hrg di sana masih murah dibanding spread jam di sini kak 😔. Apalagi yg jenis healthy yaa, ga usah tanya lah. Makanya saya lebih suka nyetok dari Malaysia barang2 macam jam, sebab lebih banyak varian sehat, dan LBH murah dr jakarta
ReplyDeleteOh ye ke. Kena shopping banyak sikitlah di Malaysia buat stok disana.
DeleteAda beli hazelnut spread brand Gardenia je utk anak-anak... mak aiiii takleh telan kat tekak umo 46 ammi ni. manis sgt.
ReplyDeleteTak pernah beli yang spread gardenia tu. Uissh kalau manis sangat saya pun tak mampu nak telan.
DeleteBagusnya, tak ada gula. Nanti pergi Ipoh nak cari. Kat supermarket sini, tak pernah jumpa brand ni.
ReplyDeleteYa, dapat menikmati tanpa rasa bersalah kan Kak Nur. Kena belek-belek lagi kot ada. Mungkin brand lain ke kan.
Delete