Bukan main seronok lagi dapat berehat masak sampai ke petang. Semua hidangan dari pagi dan disiapkan. Tinggal hidang dan makan je. Petangnya menjamu selera nasi impit kuah kacang pula. Satu lagi makanan kegemaran saya.
Tak payah nak tunggu raya baru dapat makan nasi impit kuah kacang ni. Hari-hari boleh makan, kalau kedai bukalah. Beli di kedai yang sama dengan lontong kuah lodeh dan nasi minyak ayam masak merah.
Dalam satu bungkus set nasi impit ni ada 4 ketul nasi impit jenis saiz besar tu. Kuah kacang dibungkus asing dalam plastik.


Saya suka dengan sambal kuah kacang dia. Cukup rasa. Kacangnya pun tak halus dan tak kasar sangat. Sedang-sedang je. Ada rasa pedas-pedas sikit. Macam tu saya suka.
Saya memang peminat nasi impit dan kuah kacang. Kadang kalau beli sate, beli extra nasi impit dan kuah kacang.
22 تعليقات
Sy suka jugak makan nasi impit dengan kuah kacang tapi kejadiannya bukan berdua macam ni. Sedap jugak ek kalau cuma ada dua sahaja dalam pinggan, nasi impit dan kuah kacang sahaja.
ردحذفOhhh kena ada yang lain teman juga ye. Macam lontong darat gitu ke? Ke dengan sate? hihi...
حذفKalau saya, 2 ni dah dikira sedap dah.
Kalau ada satey lagi terangkat ni
ردحذفWahhh...Kalau macam tu kena ada timun dan juga bawang potong wak. hihi...
حذفBetul tu nasi impit kuah kacang ni bila2 pun boleh makan. Cie selalu ada kuah serbuk yang instant tu. Beli dari staf. Bila nak makan masak kejap dengan air dah boleh makan. Memang sedap. Kalau beli tempat lain kadang2 tak sedap.
ردحذفBetul! Ooo ada jual ek. Macam kuah kacang sambal pecal tu ke? Senang gitu, anytime boleh makan. Nasi impit pun rebus je.
حذفNampak rupa pun dah sedap tu. Berbaloi beli sebab saiz nasi tu pun besar jugak. 👍
ردحذفAlhamdulillah sedap. Ya, berbaloi beli.
حذفPeminat nasi himpit kuah kacang hadir!
ردحذفMemang sedaplah makan nasi himpit kan Fizah. Pasangan paling cocok sudah tentulah kuah kacang. Kalau balik kampung kakak Kak Amie selalu buat nasi himpit makan dengan rendang kerang.
Yeay, ada geng! Benar kak Amie, sepandan berdua ni. Makan dengan rendang kerang, extra sedap tu.
حذفVibes raya haji ni...!
ردحذفAmbil mood dulu uncle. hihi...
حذفsedapnya, kegemaran akak juga
ردحذفOrang Johor jaranglah tak suka kan kak. Kegemaran ramai.
حذفSedapnye. Dapat makan macam ni pun dah menyelerakan.
ردحذفKann...berselera makan kalau peminat nasi impit dan kuah kacang.
حذفsedap ni
ردحذفBetul, peminat nasi impit dan kuah kacang mesti suka.
حذفWaaah kali di sini nasi impit atau ketupat atau lontong, makan dengan kuah kacang tp pasti ada lauk lainnya. Ntah itu sate, atau tahu goreng atau sayuran 😁.
ردحذفKalau ada lauk lain tu macam lontong darat/kering. Sate pun biasa digandingkan dengan nasi impit dan kuah kacang. Jika sayuran macam lontong tu.
حذفtgk kuah kacang tu pun dah tahu sedap...cicah ngan sate syok juga ni
ردحذفYa, kalau ada sate lagi kenyang makan ni.
حذف