Lambat sikit bersiaran hari ni. Biasalah hari Isnin, hari yang sibuk sikit dengan mood Monday Blues. Hampir dua bulan lebih saya mencari-cari ulam daun pucuk tenggek burung.
Sebelum ni dah jumpa dah tempat nak beli ulam daun pucuk tenggek burung ni. Beli di kedai sayur-sayuran di KIPMall/ Kip Mart Lavender Heights Senawang tu. Tapi sejak renovate dan wujudnya Rosyam Mart, tak jumpa dah kedai tu. Tak tahulah jual kat mana sekarang.
Lepas tu mencari di Pasar Ampangan. Pun tak ada. Tak pernah nampak orang jual pun. Nak cari pucuk paku pun payah di Pasar Ampangan ni. Pasar Seremban tak pernah jejak lagi.

Encik suami kata nak cari di Pasar Tani Ahad di Stadium Paroi. Minggu pertama pergi, pakcik tu dah balik awal. Kita yang pergi lambat. Minggu kedua, pakcik tu tak berniaga pula. Lepas tu tak pergi dah. Tak ada rezeki nampaknya.
Semalam, encik suami pergi awal sikit. Akhirnya, rezeki sayalah ada ulam daun pucuk tenggek burung ni. Bukan 1, bukan 2 encik suami beli. Tapi 5 ikat dia beli. Perli bini ke apa ni? Orang dah beli, kita jangan banyak bunyi.
Jadi, minggu ni kita berulamkan daun pucuk tenggek burung je lah ye. Tak payah masak-masak sayur dah. Muka ada senyum, banyak happy. Yang ni banyak sikit daun pucuk daripada daun matang. Tapi masih lembut lagi boleh makan.
Nampaknya kena cari jugalah benih pokok tenggek burung ni. Nak tanam kat kampung, baru senang hidup kan.

Saya suka daun ulam tenggek burung ni sebab tak pahit. Rangup dan ada rasa berangin sikit. Sedap di gandingkan bersama ikan goreng dan sambal belacan atau sambal geprek. Nasi curah kicap manis sikit. Fuhh..berselera makan!
Nampaknya kena cari jugalah benih pokok tenggek burung ni. Nak tanam kat kampung, baru senang hidup kan.
19 تعليقات
First time tengok daun ni. Boleh cari nanti.
ردحذفSemoga ada rezeki jumpa dan dapat rasa ulam ni.
حذفRasa macam tak pernah makan ulam ni. Cie suka ulam juga. Lagi sedap dari sayur bergoreng tu.
ردحذفBetul, saya pun suka ulam. Nanti bolehlah cari dan tanya peniaga sayur di pasar atau pasar tani. Kalau ada, jangan lupa beli dan rasa.
حذفFavorite Akk juga ni...
ردحذفSedap ulam daun ni cicah sambal belacan
Sama fav kita kak. Betul tu. Berselera makan.
حذفTak pernah jumpa ulam tenggek burung di LD. Teringat dulu kalau balik kampung arwah Kak Ros rajin petik di kebun.
ردحذفMungkin di sana orang tak makan ulam ni kot kak Amie. Masih ada lagi ke pokok tu? Kalau ada benih anak pokoknya boleh tanam. Sesuatu makanan tu mesti kita teringat akan seseorang bila dia tiada.
حذفkita minat gak ulam2 ni, tapi ni feveret mak ayah saya la.. saya plk suka pucuk jambu masam2 gitu time makan ngn nasi cicah ngn budu
ردحذفPucuk jambu saya tak pernah cuba lagi. Pucuk jambu apa tu? Jambu batu ke?
حذفFirst time dengar nama ulam tu. Kena pergi cari jugak ni kat Pasar Paroi tu. Pakcik tu jugal bahagian mane kak.
ردحذفHusband saya yang pergi haritu. Nanti saya tanyakan dan inform kat sini ye.
حذفPakcik jual sayur yang kepala lori warna merah 2 tan tu. Belah dekat stadium.
حذفx pernah plak makan..but kalau masuk dlm makanan tu maybe ada la kot
ردحذفSaya tahu buat ulam je. Dalam masakan tu tak pernah jumpa lagi.
حذفTenggek burung. Bestnya! Lama dah tak makan. Susah nak jumpa kat sini.
ردحذفSedap kan ulam ni kak Farrah. Itulah tu, susah betul nak jumpa. Pasar Tani je lah yang selalunya ada kot.
حذفblkg umah mak cik sy byk fiza... moh ler turun ke melaka...amik free je hehehe
ردحذفJauh nau tu nak kena turun Melaka Anies. hihi...Apa² pun Terima kasih Anies untuk itu.
حذف